
KETUA KERAJAAN BARISAN NASIONAL
INTIPATI PENTING LAPORAN AUDIT NEGARA 2011
1. Pada tahun 2011, Kerajaan Persekutuan telah mengutip hasil berjumlah RM185.42 bilion iaitu peningkatan sejumlah RM25.77 bilion (16.1%) berbanding tahun 2010 yang berjumlah RM159.65 bilion
2.LHDNM telah berjaya mengutip hasil sejumlah RM109.61 bilion pada tahun 2011 iaitu peningkatan 26.7% berbanding tahun 2010.
3. JKDM pula telah berjaya mengutip RM30.38 bilion pada tahun 2011 iaitu peningkatan 7.9% berbanding tahun 2010
4. Pada keseluruhannya, Jabatan Audit Negara mendapati tahap prestasi pengurusan kewangan agensi bagi tahun 2011 adalah lebih baik dengan 111 (31.4%) Kementerian/Jabatan/Agensi yang mendapat penarafan SANGAT BAIK (4 Bintang) berbanding dengan 77 (21.6%) pada tahun 2010 dan 48 (12%) pada tahun 2009.