Monday, October 8, 2012

PASCA E 13 : INGAT GUAN ENG !!! GEREJA BUKAN TEMPAT BERPOLITIK


Dr. Thomas Phillips

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pihak gereja meminta pemimpin politik tidak mengheret rumah ibadat ke dalam kancah politik kerana ia hanya akan menimbulkan suasana yang tidak harmoni.

Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt. Rev. Dr. Solomon Rajah berkata, permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini semalam, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.
Menurutnya, kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak seharusnya menjadi ikutan penganut Kristian.

"Gereja ialah tempat yang sangat suci. Mengapa keluarkan kenyataan seperti itu di dalam gereja? Gereja bukan tempat sesiapa untuk berceramah tentang politik.

"Memang kita berhak untuk menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara tetapi saya merasakan ketika ini, keadaan Malaysia bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil alternatif untuk mencampuradukkan soal spiritual dan politik," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam yang memetik kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang menggesa penganut Kristian tidak berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah'.

Guan Eng ketika bercakap di hadapan 300 pemimpin gereja berkata, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' yang merupakan slogan pakatan pembangkang.

"Gereja boleh memainkan peranan menentang ketidakadilan untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Dalam sesi dialog dua jam itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diminta berkongsi cabaran yang dihadapi dalam menangani isu-isu berkaitan gereja sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008.

Menurut Rajah, seruan meminta gereja menyatakan pendirian mereka terhadap soal ketidakadilan seperti dinyatakan Guan Eng itu hanya akan dilihat sebagai bermotifkan politik.

"Saya tidak pasti sama ada beliau menganut agama Kristian atau Buddha. Saya juga tidak pasti mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu di dalam sebuah gereja tetapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu diseru untuk menegakkan keadilan demi kepentingan politik.

"Kami tidak mewakili suara kerajaan atau pembangkang serta bukan alat politik mana-mana pihak, kami berdoa untuk kesejahteraan semua orang. Jangan sesekali politikkan isu agama," tegasnya.

Beliau turut menyeru kepada rakyat khususnya yang beragama Kristian supaya tidak taksub dengan pihak tertentu sehingga terlibat dengan perkara yang melanggar undang-undang.

"Saya secara peribadi tidak gemar dengan keadaan huru-hara atau perhimpunan yang melibatkan keganasan kerana adalah lebih elok kita menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan," ujarnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Gereja Malaysia, Rev. Dr. Thomas Phillips berkata, adalah tidak elok sekiranya seseorang menggunakan gereja sebagai tempat mencari undi.

"Kita tidak boleh sesekali menggunakan gereja sebagai tempat memancing undi untuk mana-mana parti politik. Gereja bukan tempat berpolitik," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas berhubung kenyataan Guan Eng yang menggesa penganut Kristian supaya bersuara terhadap ketidakadilan.

"Saya tidak boleh beri sebarang komen berhubung perkara ini kerana tidak pasti apakah sebenarnya niat Guan Eng pada sesi dialog tersebut," katanya

KOMEN BK : DAP SAMA MACAM PAS LAH. DAP POLITIKKAN GEREJA. PAS POLITIKKAN MASJID. PKR POLITIKKAN SEMUA RUMAH IBADAT. KESIMPULAN SEMUA INI ORANG JAHAT YANG MAHU MEROSAKKAN INSTITUSI AGAMA.

PAS , DAP DAN PKR NAK PENGANUT ANTARA AGAMA BERKELAHI DAN INGINKAN UNDI PENGANUT AGAMA KRISTIAN. LALU DAP KATA KERAJAAN BN DAN UMNO TIDAK BERLAKU ADIL PADA GEREJA. SENTIMEN INI AKAN DIGUNAKAN OLEH GUAN ENG SAMPAI BILA BILA.

BILA SEBUT TAK ADIL PADA PENGANUT AGAMA KRISTIAN, DAP BERHARAP SOKONGAN PENGANUT AGAMA KRISTIAN DI SABAH DAN SARAWAK AKAN MENINGKAT. GILA APA GUAN ENG INI!! BUMIPUTRA SABAH DAN SARAWAK YANG MENGANUT AGAMA KRISTIAN KENAL ERTI PERPADUAN DAN JASA KERAJAAN. JANGANLAH NAK MAINKAN SENTIMEN.