" wa yang rancang ini semua ......ini melayu mana tau...
Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengambil tanah wakaf kawasan tapak perkuburan Islam Sg Dua, dengan menawarkan RM1.5 juta yang akan digunakan sebagai tapak komersial.
Pada 7/12/2009 Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP telah mengarahkan membuat pembayaran keatas Nor Hidayah @ Hidayah Bt Md Zain ,no kad pengenalan 351008075088 di atas sekeping cek bernilai $1,581.457.26 berdasarkan tuntutan yang dibuat pada 1/12/2009.
Pelbagai persoalan timbul. Antaranya ialah :
Mengapa tapak perkuburan yang diwakafkan boleh di ambil alih dan pampasan dikeluarkan?
Adakah tindakan ini dibuat tanpa pengetahuan Majlis Agama Islam Pulau Pinang?
Bagaimana waris boleh mendapat pampasan keatas tanah yang sudah diwakafkan?
Adakah dengan mengambil tapak perkuburan ini,tiba tiba dihalalkan untuk dijual beli.
Persoalan timbul apabila pembayaran jika benar sekali pun diambil alih mengapa tidak dibayar kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.?
atau apakah selanjutnya status tanah ini sekarang?