Wednesday, June 27, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN DAP PENAG MENCEMAR MANIFESTO SENDIRI


Kawasan bahagian pulau di DUN Tanjung Bunga, Pulau Pinang merupakan satu kawasan pelancongan dan tumpuan warga asing sebagai rumah kedua

Pembangunan Ini adalah bentuk penipuan pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP yang gagal mengotakan janji-janji manifesto pada PRU 12 lalu seperti
. Pembangunan perumahan mewah sangat giat dilaksanakan termasuk kawasan lereng-lereng bukit.“Memperluaskan kawasan hijau dan menghentikan projek-projek pembangunan tidak terkawal contohnya Pulau Pinang Global City Centre (PGCC) yang tidak mematuhi peraturan dan tidak dimasukkan dalam Draf Rancangan Struktur Pulau Pinang 2005- 2010.”

Sejak kebelakangan ini, banyak projek pembangunan perumahan mewah didirikan di lereng-lereng bukit di sepanjang Jalan Tanjung Bunga sehingga Batu Ferringhi. Biarpun demonstrasi dan bantahan telah diadakan oleh penduduk tempatan, projek-projek ini masih diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tapak projek perumahan mewah yang dibantah oleh penduduk adalah:

i) Projek pembinaan 21 unit villa 4 tingkat dan 80 unit banglo di lereng bukit di Jalan Low Yat yang terletak di Mount Pleasure, Batu Feringghi.

ii) Projek pembinaan 3 unit Double Storey Bungalow di Lot 589, 590, 592, Mukim 17 di Persiaran Tanjung Bunga 3.

iii) Projek Perumahan 23 three-storey linkhouses di Solok Tan Jit Seng, Tanjung Bunga.

Pada 1hb Jun 2012, telah berlaku satu kes tanah runtuh di belakang rumah No. 4, Jalan Bunga Chempa Puteh, Taman Puncak Mutiara, dimana tembok penahan rumah itu runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah dan merosakkan 3 kenderaan.

Pada 4hb Jun 2012, satu lagi kes tanah runtuh berlaku yang melibatkan satu Kuil Hindu Sree Maha Bathrakaliamman Temple terletak di Lot 471, River Side Batu Ferringhi. Tembok dan lantai di depan dan belakang kuil rosak menyebab bilik penjaga kuil merbahaya untuk didiami.

Perkara ini merisaukan penduduk Pulau Pinang kerana pembangunan pesat tanpa kawalan terutama di lereng-lereng bukit akan merosakkan kualiti hidup. Bukit-bukau perlu dilindungi dan memastikan sungai dan udara bersih supaya kualiti hidup rakyat
terpelihara.

Semasa Barisan Nasional (BN) memerintah (Ketua Menteri – Tun Dr. Lim Chong Eu) perkara begini amat diambil perhatian. Bila projek perumahan di lereng Bukit Bendera mahu dibangunkan ianya mendapat bantahan dari penduduk setempat yang diketuai oleh
Setiausaha Agung DAP ketika itu (YB Lim Kit Siang) pihak BN memberhentikannya. Namun bila ia berulang kepada anak bekas Setiausaha Agung DAP itu sendiri dan demi kesejahteraan rakyat, perkara sama tidak dilaksanakan. Ini gambaran
double standard berlaku.