Harus diberi pujian.Persembahan menyambut TPM amat beradab dan tidak seperti Bertam Nite. Inilah buktinya, tanpa persembahan yang menjolok matapun ramai yang rurun bersama TPM di bagan.
Oleh : Azira
17 Jun- Bagan . Seramai hampir 40 000 ribu orang hadir bersama sama meraikan kehadiran TPM di parlimen Bagan. Bertempat di Jalan Raja Tun Uda, rakyat begitu sabar menunggu kehadiran TPM.Bermula dari jam 12.30 tengahari keadaan 3 buah khemah besar yang disediakan begitu amat sibuk sehinggalah jam 5.00 petang. Kehadiran rakyat silih berganti dan setia mendengar ucapan TPM
Sambutan luar jangka dari kaum Tionghua haruslah diberi pujian dan ucapan tahniah. Di anggarkan sebanyak 70% yang hadir ialah kaum Tionghua yang merupakan pengundi di bagan. Bas yang disediakan hanyalah untuk penduduk yang jauh dari sekitar parlimen bagan .
Kejayaan yang luar biasa ini membuktikan konsep 1 Malaysia dan kehadiran TPM amat dinantikan. Berkat kerjasama yang erat di antara parti komponen parlimen Bagan berjaya menyatukan sekalian rakyat. UMNO sendiri yang dipimpin oleh Y.Bhg Datuk Latif Mirasa begitu komited bersama -sama rakan komponen lain menanti kehadiran TPM.
Dalam ucapannya selama 45 minit, TPM menempelak Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri yang suka meletakkan kejayaan Pulau Pinang hari ini disebabkan pakatan dan bukannya kerajaan dahulu. Apa yang perlu Ketua Menteri tahu ialah pembangunan yang dibuat bukanlah seperti lampu ajaib/aladdin . Apabila di gosok maka keluarlah pembangunan.
TPM juga menasihatkan semua yang hadir agar bersama sama menyokong BN kerana Pulau Pinang akan terus bertambah maju di bawah BN dan BN mempunyai perancangan rapi untuk membawa Pulau Pinang ke arah sebuah negeri yang maju di utara. Dalam hal pendidikan, beliau menyatakan selaku Menteri Pelajaran beliau tidak pernah membezakan mana-mana sekolah di Malaysia malah menambah lagi peruntukan sedia ada untuk SJKC, SJKT, SK dan sekolah aliran agama serta mubaligh.
TPM juga menjelaskan, bahawa sokongan rakyat Pulau Pinang semakin amat membanggakan. Beliau yakin untuk menjemput PM agar turun ke Bagan kerana sambutan rakyat di sini amat dahsyat. Dalam majlis semarak kasih rakyat ini, TPM telah mengumumkan RM 500 000 untuk projek pembangunan sekitar parlimen bagan.
Sepanjang lawatan TPM di Pulau Pinang, TPM telah meluluskan 250 unit rumah kos sederhana rendah di Permatang Tok Subuh Bukit Minyak di bawah ICU, RM 10 000 untuk setiap 60 NGOS, RM 500 000 untuk parlimen Bagan dan pelbagai permohonan lain lagi.
Pengerusi BN negeri Encik Tan Cheng yeow menyampaikan ucapan aluan beliau
TPM menegaskan konsep kesediaan masyarakat yang mampu menerima kejayaan kaum lain
antara penduduk yang sedang menungu kehadiran TPM
Tunjang UMNO Bagan . UMNO Bagan berjaya mengerakkan hampir 8 000 orang Melayu ke Majlis ini.
tiada ruang untuk mencelah kerana terlalu ramai yang hadir
lihatlah kepadatan puluhan ribu rakyat bersama TPM
TPM di arak masuk sambil bersalaman dengan hadirin. Hampir 20 minit TPM bersalaman dengan hadirin
antara pimpinan BN negeri yang hadir bersama majlis semalam.
BK : TAHIAH KEPADA PENYELARAS PARLIMEN BAGAN EN DAVID, MCA BAGAN UMNO BAGAN, MIC BAGAN, PPP BAGAN, GERAKAN BAGAN , IPF BAGAN DAN SEMUA YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI. YANG PENTINGNYA TERIMA KASIH KEPADA RAKYAT YANG SUDI HADIR KE MAJLIS INI.
PSSS.....GUAN ENG SAMPAI SEKARANG TAK BELANJA SAYA MAKAN MEE UDANG " KATA TPM"