Saturday, May 26, 2012

PASCA E 13 : PR SELANGOR UTAMAKAN WANG HAPUSKAN HAK RAKYAT


Di luar dewan banner-baner direntangkan berbunyi, “Selamatkan padang SS7″, PKR Perompak Kekayaan Rakyat”, manakala di dalam dewan pula wakil penduduk marah-marah dan memaki Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dalam sesi dialog di antara penduduk Kelana Jaya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju yang diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, 23 Mei.

“Jangan cakap tak serupa bikin..kenapa dekat sini MB (Menteri Besar) tak datang..”, begitulah bunyi suara-suara protes dalam dewan itu.

Selain Azmin yang hadir mewakili PKNS, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad juga hadir.

“Batalkan saja..orang sini hidup aman..jangan cari gaduh di sini..tak pasal-pasal nanti..you all kalah pilihanraya..” protes salah seorang penduduk.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam itu berlangsung dalam keadaan tegang apabila hampir 300 penduduk sekitar yang hadir tidak bersetuju dengan penjelasan demi penjelasan yang diberikan.

Terdengar juga jeritan-jeritan mengecam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri.


Penduduk, sejak awal sesi dialog, masih mempertahankan kehendak mereka yang mahu projek itu dibatalkan sama sekali di situ. Ada yang mencadangkan agar projek itu dipindahkan ke tempat lain agar tidak mengorbankan padang harian kesayangan mereka.

Padang bersejarah yang pernah menjadi gelanggang perlawanan kriket Sukan Komanwel 1998 dan medan ‘melahirkan’ jaguh bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari itu dikatakan akan dijadikan tapak pembangunan untuk tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat.

Ia yang terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan berdekatan dengan sistem pengangkutan awam kini memiliki dua buah padang bola sepak, enam gelanggang tenis dan rumah kelab yang digunakan penduduk untuk mengadakan keramaian.

“Mutakhir, padang ini yang dahulunya aman damai kini telah menjadi satu ‘spotlight’ kepada rakyat umum terutamanya rakyat negeri Selangor. Ini gara-gara pendedahan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan padang tersebut menjadi satu kawasan komersial yang dijangka memberi pulangan dalam bentuk wang ringgit dan juga faedah-faedah setempat yang dijangka boleh dinikmati oleh penduduk Petaling Jaya amnya dan Kelana Jaya khususnya.

“Sepantas berita tersebut diketahui, maka ramailah yang membuat bantahan kepada kerajaan negeri dan mendesak agar rancangan tersebut dimansuhkan,” komen penduduk di kawasan itu dalam laman peribadinya,