Tuesday, May 22, 2012

PASCA E 13 : PAKATAN PERAK TERUS DIKENCING MUKA MEREKA

zamhuri bersama nizar yang kononnya berusaha keras menarik pimpinan umno bersama PR. malangnya nizar sekali lain diperbudakkan dan dipermainkan oleh umno perak. kempunan lagi PR perak nak beli orang umno. apa punya kemaruk la PR ni nak tarik orang umno.

“Saya memohon maaf kepada Menteri Besar dan semua ahli UMNO di Malaysia dan saya berasa amat kesal dengan kejadian itu”.

Ketika ditanya oleh wartawan tentang apa yang sebenarnya berlaku ketika itu, lantas Zamhuri menjawab dalam keadaan tenang di mana beliau merasakan telah dipermainkan oleh pegawai dan pentadbiran di Pejabat Tanah dan Galian Kinta di Batu Gajah.

“Saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli Umno di Malaysia kerana saya telah berjuang dengan UMNO selama 27 tahun, jadi tak mungkin dalam keadaan normal saya akan memburukkan kerajaan… sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada parti.

“Saya ingin tegaskan bahawa dalam jiwa dan perjuangan saya dalam UMNO tidak pernah terpadam malah saya sanggup berkorban serta berjuang demi bangsa dan tanah air.

“Saya tak sanggup nak tinggalkan parti yang mempertahan bangsa dan agama saya, apa yang berlaku cuma saya merasakan saya tidak mendapat pembelaan dalam usaha mencari rezeki,” katanya.

“Saya memang tak sanggup nak tinggalkan parti apatah lagi memasuki parti DAP yang sememangnya sebuah parti yang paling teruk,” jelas beliau lagi.