hafiz nordin mantan ketua pemuda pas penang satu persatu di asak oleh pimpinan pas penang agar di pecat dari pas. baru baru ini dalam muktamar pemuda pas bertempat di simpang tiga sg aceh, wakil balik pulau telah cuba membawa usul untuk memecat hafiz atas sebab beliau sering berada di atas pentas umno. walaupun hafiz bercakap soal akiqah islam dan bahaya dap, lalu dia di label oleh pas sebagai pengkhianat. mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. bapa beliau ialah bekas aktivis dan pejuang pas penang . bukan calang calang orang . jika dibandingkan dengan dengan generasi baru pas kini, memang tak terlawan darah pas hafiz dengan darah pas pemuda pas sendiri. hafiz ditempelak kerana melawan guan eng sejak mula dap memerintah.
hafiz nordin bersama ketua pemuda umno bukit mertajam. salahkah beliau bersama pimpinan melayu lain bersama untuk mempertahankan islam?
ULASAN LAIN HAFIZ NORDIN
HAFIZ: Saya tidak mahu kata begitu. Tetapi cuma saya tengok dari awal hingga 1980-an dan sampai akhir pegang jawatan, pimpinan Pusat di mana-mana ceramah dan program dalaman parti sering menyebut bagaimana Saidina Omar Al-Khattab ditegur dengan pedang.
Kami tak pernah bawa pedang dalam muktamar. Jadi kita tak sampai tegur secara biadab tapi cuma lantang, tegas dan berterus terang. Sesuai dengan Pas yang selalu minta kepada musuh-musuhnya agar telus dan terus telus.
Dan itu ketelusan yang cuba kita bawa peringkat negeri kepada Pemuda Pas Pusat. Pemuda Pas Pulau Pinang selalunya kami bertembung, pandangan kami ditolak, dalam muktamar cakap kami disekat.
Benda itu semua saya dok perhati dan sampai sekarang apabila Pas mula berkawan dengan parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan. Di sini saya nampak Pas ada sikap double standard. Ini memang kena tulis.
Tolong tulis. Pas memang ada double standard. Sebab dengan UMNO, Pas tolak bermati-matian sampai hari ini. Baru nak duduk bincang meja bulat, Pas dah beri syarat UMNO kena tukar dasar. OK, itu saya setuju dan saya terima kerana dasar UMNO bukan Islam.
Dan kerana itulah saya berada dalam Pas sejak 1980-an dahulu kerana UMNO memang tidak boleh diharapkan untuk memperjuangkan Islam. Tetapi kenapa Pas bertegas dengan UMNO sampai hari ini macam satu kemestian kalau UMNO nak bincang kena tukar dasar.
Tetapi kenapa dengan dua parti yang hari ini jadi anggota Pakatan Rakyat (PR) terang-terang, yang terkini contoh hudud, wayang gambar berulang apabila Tuan Guru Nik Aziz (Nik Mat) melontarkan cadangan untuk melaksanakan hudud, sekali lagi Karpal Singh menentangnya.
Dulu kata “over my dead body”. Sekarang ni dia tunjuk sekali lagi sikap sebagai seorang ahli politik DAP yang menentang hudud dilaksanakan. Kemudian (Lim) Kit Siang pun memang sokong Karpal Singh dan tidak setuju dari dulu lagi sampai sekarang begitu juga anaknya Guan Eng.
Memang tiada tertulis apa-apa iaitu dalam PR ini apabila setelah ditakdirkan mereka mengambil alih Malaysia akan laksana hudud atau undang-undang Islam, memang tiada.
Malah saya lebih kesal lagi dan kena tegur Pas Pusat, sampai hari ini kenapa satu pakatan yang sangat longgar diteruskan melebihi 10 tahun dan tidak bertulis apa-apa. Tiada satu perjanjian yang jelas yang dibuat.
Kalau kita pertikai dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu pada Islam, kita tak mahu duduk semeja, berunding dan tidak akan bekerjasama. Kenapa dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dasar mereka tidak Islam dan tidak boleh tolak ansur dalam pelaksanaan hudud, Pas terima.

PKR DAN DAP TOLAK HUDUD. MENGAPA UMNO DISERANG JUGA ?Saya ada fakta (Datuk Seri) Dr Wan Azizah Wan Ismail tolak hudud melalui keratan akhbar. Anwar Ibrahim pun tidak jelas pendiriannya. Tetapi bagi saya tak jelas pun tak apa, dia bukan ahli PKR hanya penasihat.
Saya tak pandang pada Anwar tetapi pada Presiden PKR. Pemimpin DAP pun tolak hudud, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng pun tak setuju. Dia marah apabila kita bangkit soal hudud. Saya masih ingat ketika muktamar Pas negeri,
kita jemput Ustaz Azman Shapawi kalau tak silap saya, pada ceramah sebelah malam itu, Azman sebut kalau PR menang, kita akan laksana hudud. Hari ini keluar surat khabar, esok Guan Eng jawab terus. Tak setuju dan tidak ada dalam perbincangan