Thursday, May 3, 2012

PASCA E 13 : KETUA POLIS YANG BERBUDI BAHASA TIDAK SEPERTI ANWAR YANG SOMBONG


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar meminta maaf kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.

"Polis minta maaf atas insiden yang berlaku. Dalam keadaan kekalutan dan kelam-kabut polis tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media," katanya kepada Muhammad Arif, 23, yang ditemui semasa pertemuan dengan media di Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Semasa pertemuan itu, Ismail melihat sendiri kesan kecederaan di muka Muhammad Arif yang masih kelihatan lebam di wajahnya.

Muhammad Arif, yang memakai kemeja corak berkotak dan berseluar jeans, bersalaman mesra dengan Ismail sebelum kedua-dua mereka mengambil gambar bersama.

Sabtu lepas, Muhammad Arif cedera di muka dan anggota badan setelah dikatakan dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

INILAH SALAH SATU CIRI ORANG MULIA. JIKA BERLAKU KESILAPAN MINTA MAAF. TAK LUAK DAN TIDAK MALU ATAU TIDAK JATUH MARUAH DENGAN MEMOHON MAAF BAGI ORGANISASINYA.TAHNIAH TAN SRI.