KENYATAAN MEDIA
SEKRETARIAT PERHIMPUNAN MELAYU PULAU PINANG BERSAMA RAKAN NGOS
TARIKH : 27 APRIL 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih di atas kesudian rakan media hadir di dalam sidang media sempena dengan laporan polis yang dibuat berkaitan isu kenyataan berbaur hasutan YB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang menuduh Angkatan Tentera Malaysia akan memainkan peranan sekiranya Parti Pemerintah Barisan Nasional kalah pada masa akan datang.Ucapan beliau mengaitkan Perdana Menteri dalam hal ini boleh memberi kesan bahaya ke dalam Negara. Dengan kata lainnya, YB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin cuba mengaitkan Angkatan Tentera Malaysia dalam menentukan kancah politik negara seterusnya menimbulkan suasana tidak selesa dikalangan rakyat.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.YB Mohammad Nizar yang juga yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya seperti yang dilaporkan dalam Buletin Utama TV 3 jam 8.00 malam pada 26 April 2012 mendakwa Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
SPMPP melihat kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan Negara. SPMPP menyedari sejak kebelakangan ini wujud banyak pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha untuk meracuni pemikiran rakyat bertujuan bagi menghakis keyakinan masyarakat terhadap ATM dan kerajaan memerintah pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka.
Justeru, bagi SPMPP kami memhon agar pihak polis menyiasat laporan yang telah kami buat pada hari ini agar nama baik ATM sebagai badan keselamatan yang bebas dari unsur politik. Perlu disedari ATM diletakkan di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong. Kami tidak mahu melihat agensi pertahanan Negara di manipulasi dalam agenda politik parti tertentu. Sebelum ini, parti tertentu juga sering mengkritik pihak polis dan sekarang mereka mula membawa pihak ATM ke kancah politik sempit mereka sendiri.
SEKIAN TERIMA KASIH.
BK ucapkan terima kasih di atas kenyataan media yang di emailkan oleh pihak sekretariat.. Siasatan akan dilakukan oleh polis perak dalam masa yang terdekat seperti yang dilaporkan oleh akhbar perdana hari ini.