Y.B. Dato' Mansor Hj Othman untuk bertemu dan beramah mesra dengan siswa-siswi dari negeri Pulau Pinang yang sedang menuntut di IPTA di Sabah dan sarawak
Dato' Mansor merupakan Pengerusi Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang (MPMPP) bertemu bersama kira-kira 300 orang siswa-siswi Pulau Pinang di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Disamping jamuan makan malam, program tersebut juga diserikan dengan majlis penganugerahan sijil kecemerlangan akademik oleh MPMPP kepada mahasiswa anak Pulau Pinang yang cemerlang dalam bidang pengajian mereka.