Friday, April 20, 2012

PASCA E 13: DARI DULU BK DAH MAKLUM YDP MAIPP IALAH MALIK KASSIM SEKULAR


Isu perlantikan Yang diPertua dan Ahli-ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) seharusnya tidak perlu dijadikan modal politik oleh pihak-pihak tertentu. Walaupun kini dalam musim pilihanraya, adalah tidak wajar bagi pihak-pihak tertentu mensensasikan isu ini sehingga menimbulkan suasana ketidaktentuan dan syak wasangka bekenaan isu agama. ( modal politik apa mansor...BK dan cerita benda ini awai lagi dah. hang tau tak ramai pegawai hang dalam pejabat tu dah tahu awai dan bebulu dengan sikap hang ni. PKR tu bohong kuat)
Kedudukan sebenarnya ialah pada 20 Januari 2012, pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengutus surat ke Istana Negara memaklumkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang memperakukan YB Dato' Haji Salleh Man sebagai Yang diPertua MAINPP selama tempoh dua (2) tahun mengikut Seksyen 11 (1) Enakmen Pertadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.
( kenapa sebelum ni pi hantaq nama kat agung nama malik kassim. hangpa ingat agung ni ketua menteri boleh main tarik tali bab surat. ini bukan watikagh surat cinta. soalan BK sekarang mengapa ...mengapa...mengapa hantar nama malik utnuk diperakukan.guna letterhead jata negeri pulau pinang.hawat bodoh sangat????)
Kekeliruan ini berbangkit apabila watikah perlantikan daripada Istana Negara telah melantik YB Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim sebagai Yang diPertua MAINPP. Namun begitu pihak kerajaan negeri masih membuat rayuan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengenai perkara ini. Justeru sepucuk surat telah diutus ke Istana Negara bagi memohon mengadap.

Pihak Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tidak dapat menerima memohon mengadap kerana mungkin mempunyai urusan-urusan rasmi yang lebih mendesak seperti Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. ( agung pun tahu biadap. apatah lagi puak puak hangpa kurang ajar masa majlis pertabalan agung. kurang ajaq punya pkr , pas dap...tuihhhh )
Dalam masa yang sama, pihak kerajaan negeri sedar bahawa pihak MAINPP perlu menjalankan mesyuarat pertama dalam tempoh 3 bulan dari watikah perlantikan dikeluarkan. Oleh kerana itu, MAINPP akan mengadakan mesyuarat pertama yang dijadualkan pada esok bersamaan 19 April 2012.

Sementara menunggu rayuan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong YB Dato' Salleh Man akan mempengerusikan mesyuarat ini seperti mana janji Pakatan Rakyat dalam dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pada Ogos 2009.

Sekian,

Y.B. DATO' MANSOR BIN HJ OTHMAN
Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

BK DAH DEDAH AWAL AWAL LAGI. SO MEMANG INI PERANCANGAN JAHAT PKR UNTUK MENOLAK SALLEH MAN YANG POCIK YELLEK.