Thursday, January 12, 2012

PASCA E13 : DNBN -BAHAGIAN 2 : RUJUKAN TERPENCIL, MENGUBAH PERSEPSI RAKYAT

PKMM JUGA ADALAH GABUNGAN PKM MELAYU YANG TIDAK BERSETUJU DENGAN PENYERAPAN NILAI ISLAM.SEMUA INDIVIDU YANG BK PAPARKAN INI ADALAH WATAK UTAMA YANG PASUKAN DNBN PAPARKAN DALAM CD MEREKA.

 Yahya Nassim, 88 tahun, berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. ungkapan yahya nassim "Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak." . Sokong pula jepun pakcik ni

 Laporan pengisytiharan hartal se-Malaya PUTERA-AMCJA dalam akhbar Utusan Melayu 6 Okt 1947 dibaca oleh Zainuddin Andika

sayangnya zainuddin andika juga :

Hashim Said, 85 tahun, berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945. Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam. Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda
 sayangnya hashim said juga :

Majid Salleh, 84 tahun, berasal dari Ipoh, Perak. Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa. Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU). PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.

 sayangnya majid salleh berpaksikan kepada prinsip di bawah :


Lim Kean Chye, 88 tahun, dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman. Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945. MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.malangnya beliau juga :


KESIMPULAN :

BK ingatkan kita jangan lupakan sejarah kerana apabila Jepun menyerah kalah secara yang tidak dijangka pada 14 Ogos 1945, ia telah meninggalkan kekosongan politik di Malaya beberapa hari. Keadaan ini telah diambil kesempatan oleh MPAJA (sayap militer PKM) untuk menguasai beberapa kawasan yang ditinggalkan oleh tentera Jepun selama dua minggu. Dalam jangka masa tersebut telah digunakan oleh MPAJA yang ditaja oleh PKM membuat pembersihan ke atas orang yang menyokong Jepun atau bersubahat. Kebanyakan mereka yang menjadi sasaran penyerangan dan pembunuhan MPAJA adalah orang Melayu yang membantu Jepun dan enggan menyebelahi MPAJA semasa perang. Perkara ini telah mencetuskan rusuhan antara kaum Melayu dengan Cina ( Ho Hui Ling, hal.129; Stockwell, hal. 15-16).

Selepas dua bulan tentera Jepun menyerah kalah dan sebulan selepas British kembali memerintah Malaya Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM telah ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober 1945. Ia ditubuhkan oleh ahli PKM dari bangsa Melayu bersama-sama dengan tokoh-tokoh KMM dan tokoh nasionalis Melayu lainnya. Antara mereka yang menghadiri mesyuarat penubuhan PKMM ialah Mokhtaruddin Lasso ( orang kuat parti buruh pro sosialis. Kalau la ni macam PSM dan PKR), Arshad Ashaari, Baharuddin Tahir, Rashid Maidin dan Abdullah C.D. dari golongan komunis. Sementara Ahmad Boestamam dan Dahari Ali dari golongan bukan komunis (Mohamed Salleh Lamry, hlm. 61).

Lapan resolusi ini menurut Victor Purcell (1967) mirip dengan lapan perkara yang menjadi perjuangan PKM. Lapan perkara tersebut ialah:

(1) menyatukan hak bangsa Malaya bagi semua bangsa;
(2) kebebasan bercakap, akhbar, bersidang dan lain-lain ;
(3) meningkatkan ekonomi rakyat;
(4) meningkatkan kegiatan pertanian dan tiada cukai yang dikenakan ke atas tanah pertanian;
(5) layanan yang baik ke atas warga buruh, memperbaiki taraf hidup dan membataskan masa mereka bekerja;
 (6) memberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka dapat belajar dengan bahasanya secara percuma;
(7) memperkasa hubungan yang baik antara kaum, dan
(8) menyokong Gerakan Nasionalis Indonesia dengan segala matlamat dan sumbernya (Victor Purcell, 1967, hlm.277; Mohemad Salleh Lamry, hlml.62-63).

LIHAT TIADA MATLAMAT PERJUANGKAN AGAMA ISLAM. INI BERBEZA DENGAN UMNO YANG JELAS DAN NYATA MEMASUKAN ISLAM SEBAGAI PERJUANGAN DALAM PERKARA 3 PERLEMBAGAAN UMNO.

Wujudnya persamaan antara lapan perkara yang menjadi matlamat perjuangan PKMM dengan lapan teras perjuangan PKM disebabkan kepimpinan awal PKMM adalah terdiri daripada ahli PKM seperti Mokhtaruddin Laso (Mokhtaruddin Laso adalah bekas anggota Parti Komunis Indonesia (PKI) yang lari ke Tanah Melayu), Taharuddin, Arshad dan Khatijah Ali yang mempunyai pengaruh terhadap PKMM. Bahkan menurut Mokhtaruddin Laso, PKM telah memberi sokongan moral, politik dan ekonomi yang penuh terhadap PKMM (Abdullah C.D., hlm.52-53).

Walaupun PKMM sebuah pertubuhan politik Melayu yang menggabungkan tokoh-tokoh Melayu PKM dan para pejuang nasionalis Melayu yang beraliran kiri, namun parti ini tidak menyifatkan diri mereka sebagai sebuah parti perkauman.


Tambahan pula, PKMM cuba membuang kedudukan raja (anti-feudal) dan menggantikan kepimpinan pembesar dengan rakyat biasa dalam konteks totalitarian ( PKMM MAHU KUASA RAJA RAJA MELAYU DI HAPUSKAN). PKMM cuba melaksanakan suatu pembaharuan dalam politik apabila ia cuba menonjolkan kuasa rakyat ( MENYAMAI PKR) sebagai struktur dasar dalam pemikiran politik partinya (Ahmad Boestamam, hlm. 138). Bagaimanapun, Ahmad Boestamam dalam Memoirnya (2004) menafikan bahawa PKMM tidak mendapat sokongan yang kuat dari orang Melayu (Ibid., hlm 138) sebabnya mereka ingin membuang kesultanan melayu dan tiada mesej islam di dalamnya.

PARA PEMBACA SEKALIAN SEJARAH TIIDAK PERNAH BERBOHONG. PASUKAN DOKUMENTARI DNBN YANG CUBA MEMBOHONG SEJARAH KERANA MEREKA INGAT TIDAK RAMAI ANAK MELAYU YANG TERPELAJAR KOT. HARI INI BK TELAH BONGKARKAN SECARA RINGKAS UNTUK PEMBACA MUDAH FAHAM. SETIAP GAMBAR GAMBAR YANG BK PAPARKAN DI ATAS MEMPUNYAi TAG LINE REVOLUSI 48. APAKAH REVOLUSI 48 ?BACA KENYATAAN BK DI BAWAH

Department of Chinese Affairs banyak melaporkan bentuk kejadian terhadap kaum mereka pada tahun 1948. Department of Chinese Affairs yang ditubuhkan oleh British merasakan amat penting diwujudkan satu dasar atau polisi mengenai kaum Cina yang baru. Dasar ini mungkin akan dapat meningkatkan keyakinan kaum Cina terhadap kerajaan Persekutuan yang prihatin terhadap kehidupan mereka dan meningkatkan hubungan di antara kerajaan dengan kaum Cina. Henry Gurney yang menggantikan Edward Gent sebagai Persuruhjaya Tinggi Malaya telah menulis surat kepada Creech Jones, Setiausaha Tanah Jajahan pada 5 Julai 1949. Beliau telah menyatakan bahawa Inggeris perlu mewujudkan satu polisi yang khusus terhadap kaum Cina dan mengingatkan bahawa proses “Malayanisasi” kaum Cina di negara ini akan mengambil masa yang lama dan melalui proses yang sukar. Justeru itu, ia memerlukan langkah yang bijaksana dan sokongan pada setiap tahap atau tindakan yang diambil (Ching, 2000, pp. 140-141).

( LIHAT BAGAIMANA BRITISH MENJAGA HATI KAUM TERTENTU DI MALAYA KETIKA ITU. MENGAPAKAH DALAM DOKUMENTARI INI MEREKA KONONNYA MENYATAKAN KAUM CINA MENENTANG BRITISH. INILAH PERMAINAN PERSEPSI. SEBENARNYA HUBUNGAN KAUM CINA DAN BRISTISH AMAT BAIK. PANDAI TAK AGEN PKR DAN DAP MEMAINKAN SENTIMEN DAN BERBOHONG TENTANG SEJARAH.YANG BERMUSUH DENGAN BRITISH IALAH ORANG MELAYU.)NAMUN, BRITISH CUBA MENGHUKUM KAUM CINA YANG AKTIF DI DALAM PKM.INI TIDAK BERMAKNA BRITISH MENENTANG CINA. RENUNG SEMULA SEJARAH.BUKA SEMULA SEJARAH R.O WINSTED

REVOLUSI 1948 YANG DILAUNGKAN KUMPULAN INI SEBENARNYA MAHU MENENTANG PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU YANG DIBENTUK PADA TAHUN 1948.MEREKA YANG DIPIMPIN OLEH KOMUNIS YANG MENYERAP DALAM PKMM MENENTANG ISTILAH PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. MEREKA MAHUKAN TANAH MELAYU LIBERAL DAN BEBAS. MUJURLAH ALLAH SAYANGKAN TANAH MELAYU.TIDAK MALAYSIA HARI INI SAMA MACAM AMERIKA LA. SEMUA BEBAS. PAS PUN SILAP SILAP MASUK LUBANG JAMBAN JER.

PARA PEMBACA BUDIMAN, BK DAPAT PAPARKAN PENCERITAAN MUDAH UNTUK KITA SEMUA FAHAM. APAKAH MATLAMAT SEBENAR CD DNBN. NANTIKAN BAHAGIAN 3 SELEPAS INI. BANYAK YANG PERLU DIKAJI KERANA PERMAINAN POLITIK KAFIR UNTUK MENJAHANAMKAN ISLAM AMAT LICIK.

YA ALLAH BERIKAN BK KEKUATAN DALAM PERJUANGAN INI. INI YANG TERMAMPU BK LAKUKAN DEMI ISLAM.