Sunday, December 25, 2011

DAP PULAU PINANG DALAM KEMELUT PEREBUTAN KUASA


perdamaian antara 2 musuh politik bakal berlaku. tidak pelik dalam dunia politik kini

pertama sekali BK bersyukur kepada Allah kerana parti kafir harbi sedang berperang akibat tamakkan kuasa. Godfather yang diungkapkan oleh p. ramasamy adalah tepat pada masanya dan khas ditujukan kepada karpal dan lim kit siang. budaya kroni dan membina empayar family menular di dalam dap Pulau Pinang khususnya. Wujud 2 kumpulan iaitu kumpulan anak jati pulau pinang (yakni orang lama dap) dan kumpulan pro pendatang dalam dap pulau pinang ( yakni pro guan eng). DAP Pulau Pinang menyerahkan kuasa kepada lim guan eng bukanlah kerana guan eng anak jati pulau pinang, tetapi kerana menghormati godfather mereka. Guan Eng yang merupakan anak kelahiran batu pahat dan lim kit siang juga merupakan orang batu pahat. Guan eng mencuba nasib di Kota Melaka namun orang melaka lebih mengenali siapakah guan eng.

p. ramasamy adalah nama baru dalam dap pulau Pinang. sebelum ini bekas pensyarah ukm ini bukanlah terkenal sangat . ketika menjawat jawatan TKM2 sekarang ini pun, beliau tidak mampu menonjolkan diri. kejayaan beliau hanyalah berjaya menonjolkan perut buncitnya sahaja( bukan nak kata, tapi realiti ). selepas konvensyen dap pulau pinang berlansung, jawatankuasa pusat dap telah memutuskan agar p ramasamy tidak boleh membuat sebarang bentuk kenyataan media. namun, sebagai seorang bekas ahli akademik, p. ramasamy tidak mampu lagi membisu. kes ini menyamai kes dr hassan ali.p. ramasamy sekali lagi membuat kenyataan bahawa ada pihak dalam parti yang mahu menjatuhkan beliau. lalu, semalam, karpal dengan berang mahukan ramasamy melepaskan jawatan sebagai TKM2 pulau pinang.

sehingga jam 4.00 petang hari ini, wartawan gagal menghubungi ramasamy. BK pun cuba juga menghubungi beliau tetapi ternyata gagal.berdasarkan dapatan yang diperolehi, kem lim guan eng dan kem karpal singh sedang menyusun bakal calon tkm2 dan bakal calon pilihanraya ke 13 yang terdiri daripada calon dun dan parlimen yang menjadi tukang angguk kepada lim guan eng. sekiranya ramasamy melepaskan jawatan , maka antara nama yang disebut ialah adun bagan dalam yb thana. rayen confirm tak kan mampu menjadi TKM 2 kerana beliau masih muda dan baru dalam politik dap pulau pinang. lebih teruk lagi sentimen kasta melanda rayen sendiri dan beliau gagal dalam bercampur dengan kaum india dari kasta bawahan. rayen pandai berlakon dalam hal ini.

setelah diselidiki, rupa rupanya ramai lagi calon yang bakal disingkirkan dalam kem guan eng dalam pilihanraya akan datang. antaranya ialah tan beng huat adun dap jawi. tan beng huat anak kelahiran kg jawi, juga bakal disingkirkan. tan beng huat merupakan budak belasahan exco kebajikan pulau pinang. nama lain seperti hock seng juga bakal dipinggirkan kerana sudah tua dan  cakap melayu pun pelat.

apa yang bakal kita saksikan nanti ialah, perbalahan ini membuktikan memang jelas dap yang dikuasai oleh cauvanis cina seperti lim guan eng bakal hancur.guan eng hanya mampu bertahan kerana berjaya memainkan sentimen perkauman. sokongan kaum cina begitu kuat kepada guan eng bukanlah kerana guan eng hebat dalam pentadbiran dan perancangan negeri, tetapi guan eng di anggap dewa kerana kekuatannya memainkan isu perkauman. cina untuk cina dan pulau pinang untuk cina. soalnya sekarang, permainan rasis ini bakal mengundang bala yang amat dahsyat. ingat!!! guan eng bukan orang penang dan beliau bersedia melihat orang penang berkelahi sesama kaum sekiranya isu rasis terus dimainkan.

apapun, kita bakal saksikan kehancuran dap selepas pengumuman ramasamy meletakkan jawatan tkm2 dan melepaskan semua jawatan dalam parti . saksikan dalam tempoh minggu hadapan.p ramasamy akan meletakkan semua jawatan.ini gambaran awal. namun, pengikut setia beliau, mahukan beliau bertahan.