Tuesday, December 6, 2011

ANTARA PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN OLEH KERAJAAN DAP PULAU PINANG DALAM MELUMPUHKAN SYIAR ISLAM


NASIB MALANG UMAT ISLAM PULAU PINANG YANG PAS TIDAK BELA. APATAH LAGI PARTI LIBERAL PKR

1) Di dalam Buku Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Pembangunan Tahun 2011, di dalam mukasurat 55, kerajaan negeri akan mengkaji kemungkinan untuk menggubal suatu Enakmen Silaturrahim Kaum merangkumi  orang alim dari semua kaum  untuk memantapkan perpaduan rakyat.Enakmen ini dicadangkan akan dibentang pada akhir tahun 2011. Soalnya sekarang, apakah portfolio hal ehwal bukan Islam  yang diwujudkan sekarang akan menggunakan bidang kuasa enakmen yang bakal kerajaan wjudkan?.
2) Membuat trade mark “ amar makruf nahir mungkar “ bagi mengaburi mata orang Melayu.
3) menggunakan konsep pentadbiran cara Khalifah Umar Abdul Aziz sedangkan terbukti KM sendiri menghina cara hidup Umar Abdul Aziz. Ambil kisah cara hidup Khalifah Umar yang zuhud untuk mendapat air telaga Kausar seperti yang terkandung dalam hadis Nabi SAW
4) masuk dengan sewenang wenangnya kedalam ruang solat masjid bagi menggambarkan begitu dekatnya diri beliau dengan Islam
5) berbuka puasa dengan jemaah masjid dan duduk bersama mereka serta makan dengan menggunakan tangan.
6) membatalkan perarakan maulidurasul berdasarkan surat yang bertarikh 5 Februari 2010 seperti yang didedahkan oleh Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang. Surat ini dihantar kepada semua ketua agensi kerajaan negeri dan persekutuan.
7 )Jumaat 13 Ogos 2010 di Masjid Padang Menora Tasik Gelugor. Khatib Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan Ketua Menteri Khalifah Sosialis Guan Eng menggantikan Yang Pertuan Agong didalam Khutbah Jumaat. Pada 22 Ogos 2010, Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Kubang Buaya Bagan) mengakui mendoakan nama Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat dalam Sinar Harian . Zakaria Ahmad mengakui bahawa beliau membaca nama Guan Eng sejak dua tahun lepas dalam khutbah Jumaat. Mujahid Yusof Rawa menyatakan ianya adalah fitnah, manakala Malik Kassim pula menyatakan ianya adalah perkara tidak waras. Ini bukti pengakuan dari khatib sendiri. Mengapa Exco Agama Islam Pulau Pinang tidak tahu perkara ini? Ianya sudah berlaku sejak dua tahun lepas bukannya baru berlaku.

8) mewujudkan Portfolio bukan Islam yang dipengerusikan oleh beliau sendiri dan timbalan pengerusinya pula dipegang oleh TKM 2 P Ramasamy
9) mengadakan pilihanraya masjid sebagai langkah awal untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam . Akhirnya percaturan berjaya diselesaikan. Dalam hal ini , kerajaan negeri membelakangkan Yang Di Pertuan Agung. Sudah tentulah Exco agama terlebih tahu akan hal ni tetapi cuba menafikan.