Sunday, November 13, 2011

BN BAKAL MENAKLUKI SEMULA PULAU PINANG JIKA......

60% bakal calon yang diketengahkan oleh UMNO, MCA, GERAKAN dan MIC adalah muka baru dalam kumpulan umur antara 30 hingga 50 tahun.Semua calon muka baru ini pula perlulah mempunyai kelulusan minima diploma hinggalah ke Phd. Bagi mereka yang telah berkhidmat lebih daripada 3 penggal eloklah berundur dan berilah muka baru mentadbir pulau pinang. Dengan kata lainnya jasa mu tetap ku kenang.Bagi calon yang memenangi kerusi pilihanraya ke 12 dan menghadapi masalah kesihatan , eloklah berundur juga  kerana pencen pun bakal diperolehi hasil berkhidmat sebagai adun.

Gerakan dan MCA ialah 2 buah parti cina yang satu ketika dahulunya kuat. Namun secara tradisi, gerakan akan menjadi ketua menteri sekiranya BN menang di Pulau Pinang walaupun kerusi yang mereka menangi sedikit. Teman cadangkan berdasarkan faktor demokrasi dan meritokrasi, sekiranya mca memperolehi lebihan kerusi pada pilihanraya akan datang, maka KM pulau pinang mesti datang dari MCA yang mewakili kaum cina sebab kaum cina telah memberi undi tertinggi kepada mca( sekiranya berlakulah).

Gerakan mempunyai pemimpin pelapis yang hebat- hebat.ada yang bergelar doktor perubatan, ada yang mempunyai phd, ada mempunyai master dan hampir kesemuanya berpendidikan. begitu juga dengan mca.Soalnya sekarang bagaimana pula dengan UMNO?

ketua pemuda umno negeri bagi teman ok sebab  sedagg buat phd di UTM  dan berkelulusan dalam kejuruteraan . fasih juga bahasa inggerisnya. dikalangan pimpinan pemuda umno, teman tengok bolehlah di ketengahkan seorang atau pun 2 orang. Tapi soalnya sekarang, nak bertanding dikerusi mana?

bermain politik kata dato najib maca main bola. ada kawan teman kata macam main catur. tapi bagi teman, setiap permainan ada menang dan ada kalah. semua orang ingin menang cuma yang peliknya, baru baru ini kawan teman kata ada juga pemimpin yang nak kalah. bila kawasan dia kalah, kerajaan akan pump lebih banyak peruntukan ke kawasannya atas alasan ingin memenangkan kawasan tersebut. pelik bukan.

PARTI MANA YANG SUKA KALAH SEBAB PERKARA TERSEBUT?