NGA KOR MING , PEJUANG MEMUSNAH ISLAM MALAYSIA.
TEMAN PAPARKAN SEDIKIT PERKONGSIAN MINDA DENGAN SAHABAT DALAM CATITAN YANG AGAK RINGKAS INI. KERAP KALI DIBINCANGKAN HAL BERKAITAN SUARA ANAK MUDA SUARA KERAMAT. LAUNGAN INI DIBANGKITKAN TERUTAMANYA OLEH ANGKATAN MUDA KEADILAN . BAGI MEREKA ANAK MUDA ADALAH PENENTU KEMENANGAN PR. EMOSI ANAK MUDA ADALAH EMOSI YANG TIDAK DIRANCANG. LALU PKR MENJADIKAN SIFAT EMOSI INI SEBAGAI ASAS UNTUK MEMPERALATKAN ANAK MUDA. PELBAGAI JANJI DI TABUR UNTUK ANAK MUDA. ANAK MUDA DILONJAK DENGAN SEBEGITU KUAT. KEMAMPUAN ANAK MUDA MENGUBAH NEGARA DICERAMAHKAN DALAM SETIAP CERAMAH UMUM. ANAK MUDA DI PUJI DAN DIANGKAT SEBAGAI PEJUANG. LALU SEMANGAT INI MENYEBABKAN SUARA ANAK MUDA MULA TERARAH KEPADA PR. SOALNYA APAKAH INI BENAR? APAKAH TIADA LAGI ANAK MUDA YANG MENYOKONG UMNO DAN BN? APAKAH PEMUDA UMNO GAGAL DALAM HAL MENDEKATI SUARA ANAK UMNO ATAU PEMUDA UMNO KADANGKALA BERSIFAT ELITIS DAN BERHUJAH DENGAN LANDASAN MEMPERKECILKAN SUARA ANAK MUDA.
SUARA ANAK MUDA SUARA KERAMAT DAN BUKAN MINYAK GAMAT.SUARA KERAMAT IALAH SUARA BAK GURUH DI LANGIT DAN GEMPA MEMBELAH BUMI. KERAJAAN PERLU MENGGUNAKAN KEMBALI SUARA ANAK MUDA . ANAK MUDA BEREMOSI PERLU DI URUS EMOSI MEREKA DAN BANTU MEREKA MEMENUHI RUANG HARAPAN MEMBINA MASA HADAPAN. JANGAN PERKECILKAN SUARA MEREKA. JANGAN PERLEKEHKAN SUARA MEREKA. HARGAI MEREKA. SAYANGI MEREKA. BUKA RUANG KEPADA MEREKA. BANTU MEREKA . BANTU MEREKA JANGANLAH HANYA DENGAN MEMBERIKAN PROGRAM CERAMAH SAHAJA. TETAPI BANTULAH MEREKA MENGIKUT NALURI MERERKA YANG SUKA BERGERAK DAN DAPAT MELUAHKAN PANDANGAN YANG IDEALIS.KERAJAAN UMNO PERLU FIKIRKAN.