Saturday, August 6, 2011

AL FATIHAH BUAT TOK JANGGUT. SYAHIDNYA SEORANG PEJUANG ISLAM

TOK JANGGUT TAK SAMA DENGAN NIK AZIZ. PERKARA INI KENA FAHAM BETUL BETUL.
 
 
KITA IMBAS KEMBALI PADA SEJARAH TANAH AIR.....

Tokoh Pejuang Melayu dalam perjuangan untuk Bangsa dan tanahair..

British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya. 23 Mei 1915 British membakar rumah Tok Janggut dan pengikutnya kerana enggan menyerah diri. Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh 24 Mei 1915 British menyerang Tok Janggut yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh, Saring. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.
Tok Janggut terkorban dan  mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Kemudian digantung songsang di Padang Balai Besar (padang Merdeka), Kota Bharu selama beberapa hari kemudian dikebumikan di Pasir Pekan.
Kesan Penentangan Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang menentang kuasa penjajah Barat semangat JUANG mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan British.Semoga rohnya dicucuri rahmat...