Wednesday, July 20, 2011

SIRI 8 DAP LAKNATULLAH : EXCO AGAMA ISLAM INDAH KHABAR DARI RUPA


MALIK OH MALIK......BILA MALIK SALAM DENGAN PEREMPUAN PAS DAN NIK AZIZ DIAM PULAKKKK. CILAKO.... CILAKO....

Teman terpanggil untuk membuat penilaian berstrata tentang apa yang selalu diungkapkan oleh guan eng bahawa kerajaan negeri begitu komited membantu perkembangan islam di Pulau Pinang. Indikator yang beliau bawakan seperti bantuan kepada SAR, one off pada guru kafa sebanyak rm 100, bantuan imam dan bantuan ramadhan. Tak lama lagi teman bakal dedahkan jumlah bantuan kerajaan BN kepada rakyat Pulau Pinang dalam bantuan ramadhan. Selama ini guan eng sahaja yang menari dan menyanyi lagu pembohongan buat rakyat pulau pinang.Artikel sebelum ini teman dah cuit sedikit tentang pembohongan peruntukan untuk agama islam oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri perlu malu dengan risalah yang ternyata mengaburi mata rakyat. Untuk kali ini mari kita kupas sedikit beberapa dasar yang ingin dilaksanakan oleh MMK Hal Ehwal agama yang diketuai oleh malik kassim atau lebih dikenali ramai dengan malik i***.

1. melahirkan generasi al quran

( 3 tahun setengah kerajaan negeri dap perintah, sudahkah generasi quran wujud  di Pulau Pinang? Jumlah orang Islam di Pulau Pinang hampir 660 000 orang. Apakah yang dilakukan oleh malik kassim dalam nak wujudkan generasi al quran? Keadaan ini berbeza dengan kerajaan terengganu yang menampilkan usaha untuk melahirkan generasi al quran. Rakyat boleh nampak. Di Pulau Pinang yang teman nampak ialah kejayaan kerajaan negeri melahirkan generasi hiburan. Bukti nya setiap majlis di Pulau Pinang mesti ada konsert . Kerajaan negeri pun menjadikan konsert Ning sebagai cara menyambut kegembiraan pelaburan yang bertambah ( tuihhh bohong juga). Generasi quran telah berubah kepada generasi hiburan. Dulu pemuda pas marahkan pesta pulau pinang. sekarang boleh dikatakan setahun berpuluh kali ada ekspo dan pesta di pulau pinang. Ini belum kira kawasan auto city yang tersasar dari prinsip Islam. )

2. memperkasakan institusi masjid dan surau

( Kayu ukur atau penilaian  memperkasa yang bagaimana malik maksudkan?Memperkasakan masjid dan surau dengan menukarkan imam, siak dan bilal? itukah maksud memperkasakan rumah ibadat? Rumah Ibadat masih seperti zaman sebelumnya.Kalau berubah pun adalah sesetengah masjid yang menganjurkan kuliah malam yang diselang seli dengan mengkritik kerajaan BN . Kerajaan PR lah yang syumul. Boleh dkatakan pengkuliah seoalah-olah baru lahir di malaysia. Semua yang baik ialah dap.Malik kena belajar pembangunan institusi Islam. Barulah layak nak bercakap soal pembangunan Islam. setakat belajar tak habis tentang islam , tak payahlah malik. syarat jadi imam pun kau dah tak sah. tak percaya cakap teman. Cuba suruh malik jadi imam. dengar  dengan teliti tajwid dan makhraj nyer. amatlah malu . Bukan nak buka aib, tapi nak bagi tau pas, ajar malik kassim bab quran ini dulu )

3. Memantapkan pendidikan Islam dan memperkasakan dakwah Islam

( perkara yang paling teman geli apabila kerajaan negeri mengaku nak mantapkan pendidikan islam. Pendidikan islam dimantapkan oleh BN. Di sekolah, anak-anak ditambah dengan J Qaf. Balik rumah pi kelas KAFA. Malam belajar agama lagi. Kerajaan negeri buat apa. Tumpang sekaki usaha kerajaan BN ker. Tak malu ker. Oklah aku nak cabar malik, boleh dia tunjukkan kejayaan dia dalam hal pendidikan Islam pulau Pinang. Dakwah nak kata berjalan. Imam pas pun kecut teluq. Apatah lagi imam pkr. langsung tak berani nak tegur anak muda berpeleseran. Yang mereka tahu salahkan UMNO. Inilah zikir harian ahli agama pas dan pkr iaitu menyalahkan umno.Dakwah Islam tidak berjalan, tapi yang nampak kalut la ni ialah dakwah kristian. Apa erti dakwah, malik boleh baca buku fathi yakan bertajuk apa erti saya menganut Islam. Faham buku tu dan baru baca usul dakwah. Oppssss teman terlupa malik bukan aliran agama. Tak berapa cerdik pun. Masa dalam umno dulu pun kaki rembat juga.)Seperkara lagi, BN bina surau di setiap sekolah, setiap universiti,stesen minyak petronas, setiap pejabat kerajaan  dan  dilebuh raya pun ada surau. Kerajaan negeri bina apa ?Buatlah surau di auto city juru . paling tak sebesar masjid as syakirin KLCC. KLCC pun cina yang ramai tapi kerajaan BN buat surau sebesar masjid. Bukit bintang ada masjid. Auto City????? wa cabar lu malik dalam tempoh 6 bulan, guna duit kerajaan negeri buat masjid di tengah tengah auto city juru.

4. Antara program retorik yang malik buat ialah menubuhkan majlis musyawarah, jawatankuasa penyebaran pendidikan islam, memperkemaskan kaedah perlantikan ahli jawatankuasa masjid dan surau, mewujudkan jawatankuasa SAR dan para huffaz dan menjelaskan isu-isu semasa dengan tepat dan berkesan. Kalau baca apa yang malik nak buat ni memang baik. Tapi baca macam baca cerpen atau novel jer la. Baca dan boleh angan-angan. Bahasa moden kata RETORIK. Malik cukup pandai nak bohong orang. teman pun boleh tulis dan teman yakin ramai lagi golongan agama boleh bagi idea macam malik nak buat. Yang kecoh baru baru ni ialah kaedah perlantikan jawatankuasa masjid dan surau. Buat kalut dan nak lawan kuasa agong. Bohong rakyat lagi. Akhirnya terpaksalah illias zakaria mengadap agong. Kan dah terbukti malik tak cerdik dalam hal ehwal agama islam.Teman setuju dengan bulan al quran. Tapi wadahnya tak menyerap. siapa yang tahu? setakat buat banner, buat risalah, buat kuliah dan buat apa lagi? buat glamour bagitau rakyat kerajaan negeri bantu orang Islam? Malik cukuplah tu nak membohong. Bulan al quran yang teman nampak pada banner di setiap masjid dan beberapa tempat yang lain. Bubuhlah banner bulan quran di sekeliling auto city ker, sekitar padang kota lama dan baru, batu feringgi terutama berdekatan dengan pintu masuk disco dan pub. Barulah dakwah namanya.Ni nak berdakwah dengan orang islam pun tak habis lagi. Dakwah hanya sekadar retorik  bagi malik kassim. Tidak serius dan main-main. Dalam berdakwah pada masa yang sama  banyakkan pusat urut  dan hiburan.

Ok cukup setakat ni dulu. Banyak lagi nak tulis. Boleh buat cerpen pasal MMK agama ini sebab exconya tak berapa pandai agama sangat. Cuba suruh malik kassim ambil pendidikan islam tingkatan lima dan sejarah islam tingkatan enam atau tamadun islam universiti. Nak tengok boleh dapat berapa gred agama dia. Opps bukan nak hina, tapi aku benci sekutu dap laknatullah.SEBELUM TERLUPA, TEMAN CABAR KERAJAAN NEGERI BINA MASJID DI TENGAH TENGAH AUTO CITY , JURU.....