Wednesday, July 27, 2011

SIRI 15 KERAJAAN DAP LAKNATULLAH : CAKAP TAK SELUPA BIKIN

SESEDAP LIDAH GUAN ENG BERCAKAP

Teman minta maaf pada semua sahabat setia yang membaca artikel teman. Teman dah tak menulis hampir 3 hari. Teman agak sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Bukan apa, sibuk dengan ayam dan itik di kampung. Tapi bukan malik itik ya. Dengan malik itik ni pun teman sibuk juga sebab tak lama lagi teman nak bongkarkan kejayaan malik menambahkan bilangan kes maksiat di Pulau Pinang .Untuk pengetahuan semua pada 25 Julai yang lalu, guan eng telah mencabar kerajaan pusat agar memberi rm 1000 sebagai saguhati kepada semua warga emas setiap tahun. Katanya warga emas di Malaysia ada seramai 2.1 juta orang.Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh guan eng sewaktu menyampaikan wang RM 1000 kepada waris yang kehilangan ibu bapa sepanjang Mac hingga Julai 2011 di dewan serbaguna Jawi. majlis ini telah berlangsung pada jam 3.00 petang. Seramai 115 keluarga dari bukit tambun, jawi, sg bakap dan sg acheh telah menerima bantuan ini.

Isu yang teman nak bawakan di sini ialah bukannya rm 1000 tersebut, tetapi sebelum guan eng nak cabar kerajaan BN, guan eng seharusnya bertanya kepada dirinya sendiri, MENGAPAKAH KERAJAAN KEDAH, KELANTAN DAN SELANGOR TIDAK MENIRU JEJAK GUAN ENG MEMBERIKAN RM 100 KEPADA WARGA EMAS ? dan adalah agak pelik cabaran ini diberikan kepada BN. BN dah terlalu banyak membantu rakyat yang memerlukan. BN bantu tanpa mengira samaada warga emas yang memerlukan bantuan tersebut merupakan pemilih yang berdaftar di pulau pinang atau tidak. Tetapi guan eng HANYA MEMBERI BANTUAN KEPADA WARGA EMAS DAN WARIS SIMATI YANG MERUPAKAN PEMILIH BERDAFTAR DI PULAU PINANG. DALAM HAL INI SAHAJA GUAN ENG TELAH TIDAK BERLAKU ADIL. Dengan kata lain guan eng MERASUAH RAKYAT supaya mengundi DAP.C.A.T yang dilaungkan seperti D.O.G. Patutlah DAP bagitau letak anjing pun mereka akan menang.