Monday, February 24, 2014

DISEBALIK SUARA GURU MALAYSIA......


Guru-guru yang membantah pelaksanaan Penilaian Sistem Berasaskan Sekolah (PBS) akan menghantar memorandum kepada perdana menteri menuntut ia dimansuhkan serta-merta, kata pengerusi Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari.

Menurut Izzat, pihaknya setakat ini berjaya mendapat tandatangan lebih 500 orang guru yang menyokong pemansuhan tersebut.

"Hari ini saya secara rasminya akan menghantar memorandum dengan pelbagai cara supaya ia segera sampai kepada perdana menteri Malaysia," katanya dalam sidang media yang dinamakan 'Himpunan 222' di Bangi petang ini.

Menurut Izzat, beliau tidak akan teragak-agak untuk memanjangkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya tiada sebarang respons daripada Datuk Seri Najib Razak selepas memorandum itu dihantar kepadanya.

"Kita memberi tempoh seminggu sebelum kami jawatankuasa SGMM menghantar memorandum terus kepada Istana Negara," katanya lagi.

Jelasnya, tindakan tersebut didorong oleh pertemuan dengan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang tidak membawa sebarang hasil.

Lebih mengecewakan katanya, beliau menerima arahan agar ditukarkan tempat bekerja selepas pertemuan itu.

"Datuk Seri Idris Jusoh minta (saya) bersabar (tetapi) lima jenis pegawai datang berjumpa saya selepas saya berjumpa beliau.

"Apa yang terjadi pada saya? Ditukarkan serta-merta," katanya.

Katanya lagi, Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Mary Yap Kain Ching pula mengeluarkan kenyataan mengelirukan apabila memberi maklum balas kepada satu kenyataan yang tidak pernah dibuat pihaknya.

"Dia kata kami desak tangguh PBS supaya diganti dengan sistem matrikulasi," kata Izzat.

Pelaksanaan PBS dibantah sebilangan guru kerana didakwa mengganggu tugas pengajaran dan pembelajaran guru kerana dibebankan dengan tugas perkeranian untuk memasukkan data penilaian murid-murid.

BK : DI MANA NUTP DAN KGMBB. YANG DOK SEBELAH KANAN KIRI CIKGU MD NOOR TU SEMUA PAS DAN PKR. INI SUARA PR NAMANYA. APAKAH GURU MALAYSIA SEMUANYA PENYOKONG TEGAR PR

YANG KPM PUN SATU. BILA NGOS PRO KERAJAAN TEGUR HANGPA DUK DIAM. BILA BGOS PRO PR TEGUR CEPAT CEPAT BAGI KEPUTUSAN TANGGUH. PORAHHHH

KENALI ANWAR IBRAHIM DALAM KONTEKS SAHABAT BELIAU





Kesimpulannya, terdapat kesilapan pemikiran yang jelas oleh DSAI yang perlu diperbetulkan. Ada 

kemungkinan DSAI tidak mempunyai kelengkapan Islam yang mencukupi sebelum mentelaah buku-

buku pemikiran yang ditulis oleh Barat dan orientalis sehingga wujud seolah-olah satu direct 

endorsment pemikiran Barat di dalam pemikiran DSAI. Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada 

beliau dengan menarik balik ucapan ini. Dan semoga ada golongan ulama dan asatizah yang 

mendampingi beliau dapat menegur kesilapan pemikiran ini. Di pihak kerajaan mungkin dengan 

memanggil DSAI untuk bermuzakarah tentang maksud 'pluralisme agama' boleh menjernihkan 

keadaan. 

CONTOH BEBANAN PBS. MACAM NAK BUAT KAJIAN PULAK






KESANNYA :







PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH : SATU PENDEKATAN TIDAK ILMIAH




Kuala Lumpur: Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya akan memaklumkan keputusan kajian semula berkenaan setelah Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan. 

Katanya, penambahbaikan itu mengambil kira dapatan kajian terbaharu kementerian, rungutan guru dan mengambil kira pandangan masyarakat termasuk Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM). 

Teliti semula perlaksanaan

“Kementerian mengambil inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru, dengan memfokuskan kepada rombakan perkara yang membabitkan kekerapan guru memasukkan data termasuk pengisian borang perekodan prestasi murid yang boleh membebankan guru,” katanya.

BK : KPM KALUT PASAL PELAN TINDAKAN GURU. ALIH ALIH DEPA SENDIRI TAK BUAT PELAN TINDAKAN.BUATLAH KAJIAN EKSPERIMENTAL DULU .BARU APPLY

Friday, February 21, 2014

ANWAR DAN LEGASI KAJANG



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Kajang pada 23 Mac ini penting bagi mengakhiri legasi Umno-BN.

Anwar berkata kemenangan itu kelak menjawab segala tohmahan pelbagai pihak terhadap pemilihannya sebagai calon di kawasan DUN itu dan mencerminkan sebuah kerajaan negeri ideal dan berjaya.

“Kalau Selangor ini betul-betul berjaya, maju dan khidmat baik kepada rakyat, dengan sendirinya terjawab semua serangan dan itu tanda berakhirnya sejarah Umno BN di seluruh negara.

“Lambat lagi penamaan calon, dia serang habis londeh. Belum lagi mula kempen. Hari-hari dicerca,” katanya di depan 300 penyokong parti dan penduduk setempat sempena majlis pelancaran bilik gerakan daerah mengundi Sungai Sekamat di Kajang, malam tadi.

Anwar yang selesa mengenakan kemeja putih dan berseluar hitam pada malam tadi memuji pengundi di Kajang yang lebih celik internet.

“Keistimewaan di Kajang, penembusan internet cukup kuat malah orang Kajang yang mengikuti berita melalui internet itu lebih daripada yang mengikuti berita RTM, TV3 dan suratkhabar.

BK :TAK SABAQ SANGAT DAH NAK JADI PM DAN MB 

PARTI GENBARU .MUJUQ BUKAN PARTI CENCARU


 Parti Genbaru yang diluluskan pendaftarannya pada 28 Ogos 2013 telah menerima permohonan 26 orang anak Kajang yang berusia bawah 40 tahun untuk dijadikan calon.

Menurut Setiausaha Agung Parti Genbaru, S. Gobi Krishnan  tiga nama disenarai pendekkan sebagai calon ialah bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay, 27, atau nama sebenarnya M. Yuktervaran; Mohd. Azim Nordin, 28, yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dan Elizabeth Lee Su Fen, 31, yang berkelulusan Ijazah Sarjana dalam Ekonomi.

“Calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri satu proses penilaian lanjut termasuk ujian psikologi dan temu duga akhir yang bakal dijalankan minggu depan.

“Kami akan mengumumkan calon yang dipilih untuk mewakili parti ini di Kajang pada Sabtu atau Ahad depan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Menurut Gobi, pemilihan tiga calon yang disenarai pendek itu dibuat oleh jawatankuasa penilaian yang diketuai penasihat parti, Dr. Nizam Tahir; presiden, Dr. Azhar Hamid dan dua naib presiden iaitu Adrian Lim dan Kamariah Ali, pada Isnin lalu.


Thursday, February 20, 2014

GILIRAN MIC DAN IPF BELASAH MOORTHY

PRESIDEN IPF

KETUA PEMUDA MIC 


Presiden Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) Datuk M. Sambanthan meminta Waythamoorthy supaya tidak mengulangi kenyataan yang memburukkan kerajaan demi kepentingan sendiri.

    
Tindakan Waythamoorhty mendesak Najib meletak jawatan memperlihatkan beliau cuba menutup kegagalannya sendiri semasa memegang jawatan timbalan menteri.
    
"Saya juga membidas sebagai tidak betul tuduhan Waythamoorthy yang mengatakan kerajaan tidak membantu masyarakat India.
    
"Selama ini jelas banyak bantuan yang telah diberikan dan terbaru Najib mengumumkan peruntukan RM100 juta setahun untuk disalurkan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil," kata Sambanthan kepada Bernama di sini.  
    
Beliau mengulas dakwaan Waythamoorthy kononnya kerajaan di bawah Najib gagal menunaikan janji membantu masyarakat India di negara ini.

"Sepatutnya dia sebagai Timbalan Menteri mewakili kaum India dalam kerajaan, harus panggil semua pemimpin kaum India untuk berbincang mengenai program yang boleh dilaksanakan.
    
"Tetapi selama sembilan bulan Waythamoorthy jadi timbalan menteri, dia tidak panggil pun pemimpin kaum India, malah tidak bercampur dengan sesiapa," katanya.
    
Sambanthan berharap rakyat terutama masyarakat India tidak terpengaruh dengan dakwaan Waythaamoorthy yang dilihat cuba memburukkan kerajaan demi kepentingan sendiri.

Sementara itu,  Pemuda MIC hari ini menyifatkan P Waythamoorthy sebagai pemimpin yang lemah dengan meletakkan kesalahan ke atas Najib atas kegagalan beliau (Waythamoorthy) bagi memenuhi janji kepada masyarakat India.
    
Ketuanya C. Sivarraajh berkata tindakan Waythamoorthy meminta Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan adalah tidak masuk akal kerana Najib telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam membantu masyarakat India.
    
"Apa yang Perdana Menteri kita dan Barisan Nasional lakukan adalah untuk jangka panjang dan penyelesaian yang berkekalan untuk kaum India. Tetapi Waytha mahu menyelesaikanya secara 'ad hoc' hanya untuk menonjolkan kejayaannya sepanjang tempoh beliau menjadi senator dan timbalan menteri.
    
"Saya katakan, Waytha tidak menunjukkan watak pemimpin yang berkualiti, beliau sepatutnya kekal dalam sistem dan meneruskan usaha untuk menyelesai dan membawa perubahan kepada masyarakat...tidak membasuh tangan begitu sahaja dan menyalahkan PM untuk menutup kegagalannya.
    
"Saya percaya beliau diberi tekanan oleh Hindraf untuk meletakkan jawatan kerana prestsinya yang lemah selepas dilantik sebagai timbalan menteri," katanya dalam kenyataan hari ini. -Bernama

BK : ELOK BAGI JAWATAN TIMB MENTERI NI PADA MIC . BUKANKAH MIC YANG BERSAMA BN. BAGI LA SATU JAWATAN GLC PADA IPF DAN PPP