Saturday, January 10, 2015

PEMIMPIN PAS TERLIBAT BALAK AKAN DI DAKWA???




Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata tidak akan mempertahankan mana-mana pemimpin PAS yang didapati terlibat dalam skandal balak, antara punca banjir besar berlaku di negeri tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2015. 

PAS tidak akan membela mana-mana pemimpin partinya yang menyeleweng dan terlibat dalam skandal balak di Kelantan, kata Mohamad Sabu.

Timbalan presiden PAS itu berkata, bagaimanapun dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu sebelum pihaknya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin PAS yang terlibat.

"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kataya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) pada sidang media di Petaling Jaya tadi menggesa agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan untuk menyiasat pemberian konsesi balak di Kelantan yang didakwanya menjadi punca bencana banjir.

Presidennya Ramesh Rao berkata, kerajaan negeri Kelantan perlu dipersalahkan kerana tidak mengendahkan laporan alam sekitar yang diserahkan NGO alam sekitar pada tahun 2010.

"Saya minta kerajaan pusat buat Suruhanjaya Diraja untuk siasat siapa penerima konsesi balak dan bagaimana konsesi itu dianugerahkan.

"Kalau kerajaan berani menunjukkan kejantanannya, tubuhkan segera RCI ini untuk siasat skandal balak," katanya.

Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana mendakwa tidak pernah mendengar aduan berkaitan pemimpin PAS sebelum ini.

"Ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya sambil ketawa.

Ramesh mendakwa ada pemimpin PAS di Kelantan yang mempunyai kekayaan luar biasa disembunyikan di selatan Thailand, dipercayainya hasil pembalakan.

"Kami ada bukti pemimpin PAS Kelantan terdiri daripada bekas exco dan exco sekarang memiliki harta dianggarkan lebih RM600 juta di luar negara," katanya.