Friday, August 8, 2014

AMARAN TG HARON DIN : HENTI SANGGAH PRESIDEN PAS



Majlis Syura Ulamak memandang serius beberapa kenyataan terbuka sebahagian pimpinan parti yang dilihat menyanggahi kenyataan Presiden sebagai ketua parti.

Maka Majlis Syura Ulamak memberi peringatan tegas kepada seluruh pimpinan dan ahli parti agar kenyataan-kenyataan ini dihentikan serta merta.

Keputusan itu dibuat pada Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu, Kelantan.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan Majlis Syura yang ditandatangani Mursyidul Am PAS dan timbalannya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

BK : KUNCU ANWARINAS DALAM PAS YANG MENENTANG KUAT KEPUTUSAN MAJLIS SYURA. MEREKA NI MENENTANG WALAQ DAN BARU SEDAQ SOAL MAKSUM

PAS PENGACAU PAKATAN RAKYAT KATA PENYOKONG



Pas dah mula nak mengacau pemerintahan di selangor dan Pulau Pinang. Mengapa Pas terlalu sombong sekarang. Dah mula nak berbaik dengan UMNO dan tendang rakan2 dlm PR. 

Pernah ke PKR atau DAP kacau PAS dalam pemilihan MB di kelantan dan kedah dulu. Walaupun dalam pemilihan MB kelantan yang lepas, ramai dikalangan ahli PR yang lain lebih setuju jika Husam musa Jadi MB. Tapi PKR DAP tak pernah kacau, demi nak jaga hati PAS. 

Khalid dari PKR. PKR ada sebab mengapa khalid mesti ditukar. Biarlah PKR yang tentukan,..mengapa PAS pulak yang sibuk.. Atau PAS tak setuju dengan calon MB Baru tu,..Sepatutnya Kalau PAS tak setuju dengan calon dari PKR,..PAS cadangkan lah calon MB dari PAS. Kemudian bawa ke mesyuarat pimpinan PR, dan biarkan DAP jadi penentu. Apa saja keputusan majoriti kena akur. segalanya boleh selesai dengan baik. tak lah kecoh macam sekarang ni. 

Tapi sekarang, dalam pada buat kecoh di selangor, sempat lagi nak usik penang pulak. PAS kena sedar, tanpa PKR dan bukan islam, PAS akan tetap macam dulu. Kelantan je lah....Memang lah kemenangan itu ditangan allah, tapi kita kena ada usaha dan strategi untuk menuju kemenangan. 

Pas kena ingat, jawatan MB bukan jawatan Presiden atau PM. MB tak ada kuasa apa2 sedangkan PMnya masih BN. MB hanya ada kuasa terhadap tanah, kutip cukai premis, kerajaan tempatan...itu je. Tukar MB macam tukar pengurus syarikat je....apa nak heran sangat,..Pengurus banyak buat tindakan yang tak menguntungkan syarikat sebaliknya menguntungkan syarikat lain,..tukar je la...takkan nak tunggu ada kes rasuah pulak baru nak tukar. 

Yang peliknya mengapa yang PAS sayang sangat kat Khalid tu. Beriya-iya pertahankan MB ni. PAS dah siasat ke khalid tu. kalau malas nak siasat jangan nak pertahankan sangat. Khalid tu anak orang, anak PKR, Dia ada bapak...biar bapak dia yang tentukan........ 

Soal Hudud di kelantan pun PAS tak tahu nak tangani. Baru kena cucuk sikit dgn UMNO pun dah melatah gopoh tak tentu pasal. Dan terkena dalam perangkap UMNO. PAS kena paham, Di kelantan tu sapa yang berkuasa sebenarnya. PR ke, PAS ke, sapa yang berkuasa ke atas polis, tentera, mahkamah, dan sebagainya. Apa kuasa PAS sebenarnya di kelantan. PAS cuma jaga tanah dan lain2 yang saya sebut di atas tu. Nabi Muhammad s.a.w melaksanakan hudud setelah ada kuasa. PAS kuasa pun tak cukup,...akhirnya dengan rakan DAP pulak bertekak. 

Sepatutnya bila UMNO cabar PAS laksanakan hudud, PAS kena jawab kita akan laksanakan hudud bila PAS pegang kerajaan pusat. Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa penuh untuk melaksanakan undang2 hudud. Tapi kalau kerajaan pusat itu dipegang oleh PR, ia masih memerlukan persetujuan dari parti komponen PR. Strategi PAS, apabila PR berjaya menguasai putrajaya, kita mempunyai aset yang cukup untuk berkempen dan memberi penerangan yang sejelas-jelasnya kepada org bukan islam. Walaupun memerlukan masa, tetapi PAS akan memulakannya dengan bersungguh-sungguh. Dan DAP tak perlu risau, selagi kerajaan itu PR, PAS tidak akan melaksanakan hudud selagi tidak dapat sokongan majoriti org bukan islam. Kita yakin dengan usaha serta kempen bersungguh -sungguh dan disaluti dengan doa, allah akan menolong untuk kita merealisasikan pelaksanaan hukum hudud ini. Tapi lain lah ceritanya kalau PAS sendiri dapat majoriti di parlimen....tapi logik ke buat masa ini.....

KETUA MENTERI PP SAMAN AJK PAS



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi masa 24 jam kepada ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hasan Tantawi untuk menarik balik apa yang didakwa "pembohongan" terhadap pentadbirannya atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 

Lim menjawab komen Nasruddin semalam bahawa dia tidak dikritik mengenai projek terowong dasar laut Pulau Pinang sepertimana yang dihadapi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam isu Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex). 

Nasruddin mendakwa projek terowong bawah laut itu akan mencecah 
harga RM4.63 bilion dan mendakwa ia diberikan secara rundingan terus kepada Construction Zenith BUCG Bhd. 

Nasruddin turut mendakwa bahawa pentadbiran Lim mencatatkan bajet defisit selama enam tahun. 

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata semua tuduhan itu sama seperti yang dibuat tentera siber pro-BN dan pro-Umno selama ini. 

"Jika Nasruddin mendakwa dirinya sebagai seorang Muslim yang baik dan tidak munafik, maka beliau patut menarik balik pembohongan itu dan memohon maaf kepada saya dalam masa 24 jam," kata Lim. 

"Jika gagal berbuat demikian, maka tindak tanduknya tidak bermaruah dan tiada bezanya dengan Umno. 

"Saya tiada pilihan dan akan melayannya sepertimana saya melayan lawan dari BN dan akan mengarahkan peguam mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana menyebarkan fitnah dan kata-kata nista terhadap saya," tambahnya. -MKINI

BK : PUAK PR NI MACAM MAIN MAIN. SAT NANTI BERPELUK CIUM. SAT KELAHI MACAM NAK RAK BERPISAH SANGAT. YANG KENA MOHONG RAKYAT JUGER LEEEE

PKR BUKA RAHSIA TENGKU RAZALEIGH CALON PM PAKATAN



Dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah portal pembangkang, PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. 

"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Mustapa kepada portal The Malaysian Insider. 

Mustafa mengulas kenyataan Rafizi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada UMNO itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya

Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi. 

"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar. 

"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu. 

"Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya. 

Untuk rekod, Mustapa antara pemimpin paling senior PAS dalam barisan kepimpinan yang ada selain Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Selain itu, Mustapa dianggap pencatur sebenar disebalik langkah-langkah politik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun PAS secara keseluruhannya. 

Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap UMNO. 

"Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman," kata Zuhdi dalam Facebooknya. 

Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:"Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan."

BK : RAFIZI MOHON STOPA INGAT SKANDAL SEKS NYER. LA BETUI LA SELAMA NI STOPA ADA SKANDAL SEKS.

ADUN IJOK DR IDRIS CALON MB BARU. WAN AZIZAH BAKAL DISINGKIR




Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan dipanggil untuk 'report duty' di Pejabat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tropicana pada pukul 10 pagi Jumaat.

Difahamkan, kesemua ADUN dipanggil untuk menandatangani Borang Akuan Bersumpah dan menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Menariknya kali ini, dikatakan terdapat satu lagi Borang Akuan Bersumpah untuk menyatakan sokongan kepada ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad sebagai Menteri Besar yang baharu.

Menurut sumber dalaman PKR, perkara ini terbongkar apabila seorang Ahli Parlimen PKR Selangor secara 'tidak sengaja' telah memanjangkan emel seorang kakitangan pejabat Anwar yang menyatakan hal berkenaan.

"Pada masa yang sama, terdapat satu mesej melalui SMS daripada Setiausaha Kerja MPN Selangor yang meminta semua ADUN supaya mengabaikan emel yang tersebar itu dan meminta semua untuk menunggu emel yang 'sebenar dan tulen'.

"Bagaimanapun, pesanan yang ditulis dalam emel pegawai Anwar? yang dipanjangkan tersebut menyatakan bahawa ia adalah lampiran yang 'sah dan final' sementara surat bagi Dr. Idris akan menyusul," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

Pada petang Khamis, Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor, Shuhaimi Shafiei berkat?a, sidang media MPN Selangor yang diberi Ketua Cabang Ampang, Zuraida Kamaruddin pada Rabu disifatkan tidak sah sekali gus tidak boleh diterima sebagai keputusan rasmi MPN Selangor sendiri.

Bagaimanapun jelasnya, nama ADUN Bukit Antarabansa, Azmin Ali harus dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar yang baharu selain Wan Azizah.

Tegas Shuhaimi, keputusan meletak dua nama calon itu sudah dipersetujui semua selain menyatakan kenyataan media yang memberi nama Wan Azizah dan Azmin merupakan kenyataan rasmi daripada MPN.

Tambah sumber itu, pendedahan itu membuktikan ada calon alternatif bagi jawatan menteri besar selain Wan Azizah.

"Ini sekali gus menafikan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa PKR telah memutuskan hanya satu nama iaitu Wan Azizah.

"Kenyataan Anwar sebelum ini juga dipertahankan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bahawa hanya satu nama dan tidak ada nama lain bagi calon alternatif yang dibincangkan," ujarnya.

Sebelum ini, sebuah portal pernah melaporkan kesediaan Dr Idris untuk menjadi menteri besar jika mendapat persetujuan Anwar.

Dr Idris yang dicadangkan PAS sebagai calon kompromi berkata, selaku ADUN Selangor, segala kemungkinan boleh berlaku dan persediaan untuk menggalas tugas itu perlu sebagai tanda perjuangan untuk rakyat.-astroawani 

HANIPA MAIDIN TAK SEDAQ DIRI . HINA KEPUTUSAN MUKTAMAR

TEGURAN PEJUANG PAS :

Belajarlah adab apalagi apabila berada dalam jemaah. Jangan ingat kepala kita sudah besar dan penuh ilmu maka kita pandang rendah yang lain dan kita menyangka kita punya lesen untuk memaki hamun dan mengatakan apa sahaja yang terlintas di lidah dan bibir kita itu.



Kita punya hak menegur pimpinan namun dalam forum yang bersesuaian, dalam mesyuarat dalam mukatamar, tetapi apabila kita pilih gelanggang terbuka, depan khalayak ramai sebenarnya YB menyelak kain sendiri, depan umum, tak malukah muka YB, siapakah agaknya Naqib dan guru YB, kesian.

Benar sebagaimana YB ucapkan yang YB diangkat oleh Muktamar sebagai AJK PAS Pusat, tapi di sana ada ramai lagi AJK yang bertaraf sama, PAS cuma ada satu Presiden, yang turut diangkat oleh Muktamar.


Jawatan Presiden, meminjam kata-kata Mursyidul Am adalah Nakhoda atas bahtera (PAS) yang besar ini. Barangkali YB menyangka YB sudah setaraf Nakhoda, apalagi pasanglah cita-cita melawan Nakhoda secara terbuka, walau kita lihat kail YB panjang tak sampai sejangkal pun.
Atau barangkali bahtera ini sudah terlalu busuk dan lekeh buat YB, saya secara peribadi sarankan , silalah YB terjun keluar dan naiklah bahtera lain yang pemimpinnya memang YB agung-agungkan itu.

BK : HANIPA MAIDIN LUPA KOT BAHAWA YANG PILIH DIA BERTANDING ATAS NAMA PAS TU PUN BUKAN HJ HADI KE ? TAPI KERANA ANUAR HANIPA MAIDIN SANGGUP HINA HJ HADI. AKAI LETAK DEKAT LUTUT!!!

HOT!!! KEPUTUSAN SYURA SEMALAM TIDAK SAH




Walau apapun keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama iaitu badan kedua tertinggi Pas di Kota Bharu malam tadi, ia tidak akan digunapakai oleh Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang pada Ahad ini. 

Ini berikutan mesyuarat Majlis Syura Ulama itu dikatakan tidak sah kerana diadakan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, iaitu suara rasmi parti dalam menentukan setiap langkah organisasi politik itu, terutama berkaitan kemelut di Selangor. 

Sumber Pas Pusat memberitahu, pihaknya sehingga hari ini tidak dimaklumkan mengenai keputusan yang dicapai dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

"Tetapi desas desus mengatakan Majlis Syura Ulama Pas tidak bersetuju dengan sebarang keputusan pakatan pembangkang hendak menggantikan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

"Keputusan ini tidak akan dapat mempengaruhi ahli korum yang bermesyuarat pada 10 Ogos ini di Kuala Lumpur kerana Pas Pusat perlu akur dengan syarat dan perjanjian yang dimeterai dengan dua rakan gabungannya dalam pakatan pembangkang,” kata sumber itu kepada MalaysiaGazette. 

Turut hadir pada mesyuarat yang tamat kira-kira jam 12 tengah malam itu ialah Timbalan Majlis Syura Ulama, Datuk Harun Din; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Salleh. 

Mesyuarat bermula jam 9.30 malam itu juga turut dihadiri ahli Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Datuk Ahmad Yakub, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Datuk Muhammed Daud, Nasrudin Hassan, Zaharudin Muhammad, Wardah Tahir, Nadzirah Mohamad dan Hashim Jasin. 

Difahamkan, mesyuarat Majlis Syura Ulama diadakan lebih awal bagi mempengaruhi korum Jawatankuasa Pas Pusat supaya menolak cadangan PKR melantik Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. 

Namun keputusan itu, walaupun dari suara Presiden, Naib Presiden, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Majlis Syura Ulama, tidak akan dapat mempengaruhi kehendak korum dalam Jawatankuasa Pas Pusat kerana majoriti daripada jawatankuasa itu pada dasarnya bersetuju berlaku pertukaran Menteri Besar di Selangor. 

Ini telah dinyatakan dari awal oleh Ahli Parlimen Pas Sepang, Mohamed Hanipa Maidin bahawa segala keputusan berkaitan parti, hanya parti yang menentukan, bukan individu. 

Sebelum ini, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz telah menyatakan pendiriannya mahu Abdul Khalid dikekalkan kerana tidak ada sebab Menteri Besar itu ditukar berikutan prestasi membanggakan sepanjang enam tahun menerajui Selangor. 

Walaupun Majlis Syura Ulama tidak mendedahkan keputusan yang dicapai malam tadi, tetapi pendirian kedua-dua pemimpin tertinggi Pas terhadap Abdul Khalid itu sudah cukup dijadikan alasan oleh Pas Pusat untuk tidak akan menggunapakaikannya pada mesyuarat Ahad ini.