Wednesday, November 12, 2014

ISU PERUMAHAN. EXCO PERUMAHAN GAGAL


Pada Sidang DUN Pulau Pinang hari ini, Exco Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa Jagdeep Singh Deo tidak dapat menjawab soalan yang dikemukan oleh YB Ketua Pembangkang yang meminta beliau menunjukkan di mana Rumah Kos Rendah yang telah dibina oleh Kerajaan Pulau Pinang sejak 2008.

Jagdeep hanya menjawab, PDC yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri untuk membina Rumah Kos Rendah masih dan sedang memperincikan projek berkenaan.

Pada 2010, Laporan Ketua Audit Negara jelas menyatakan bahawa sejak 2008 hingga 2010 TIADA Satu Unit pun Rumah Kos Rendah yang dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang atau mana-mana agensi di bawahnya.

Dalam Sidang DUN ke-12 sebelum ini, Exco Perumahan semasa itu Wong Hon Wai semasa menjawab soalan Adun Seberang Jaya juga menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak membina sebarang rumah kos rendah sejak 2008.

Apa yang menghairankan adalah Kerajaan Negeri dalam kenyataan-kenyataan di luar Sidang Dewan seringkali memberikan angka-angka rumah Kos Rendah yang dibina mereka sejak 2008. Jumlah yang diumumkan melebihi 11000 unit.

Apakah Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang telah berbohong kepada rakyat Pulau Pinang selama ini?

Jagdeep Singh Deo telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah GAGAL dalam menyediakan rumah kos rendah di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri.

Untuk tempoh 2004-2008, Kerajaan BN terdahulu berjaya menyiapkan sejumlah 9600 unit rumah Kos Rendah melalui PDC sebagai agensi pelaksana. Kenapakah PDC selama 6 tahun di bawah Kerajaan sekarang gagal untuk membina sebarang rumah Kos Rendah?

Apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal untuk merancang atau sengaja tidak merancang membina sebarang rumah kos rendah sejak 2008?

HAMPIR LEBIH RM 310 JUTA DIBAZIRKAN KERAJAAN DAP PR PULAU PINANG


Dalam tempoh 6 tahun (2008-2014) Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh membayar: 
1.kontraktor RM 305juta untuk membuat kajian "feasibility" pembinaan terowong dasar laut bernilai RM 6.3 billion

2.membayar perunding asing RM 3juta untuk kajian lalulintas

3. memanggil RFP untuk projek pengangkutan awam bernilai RM27 billion 

4.membayar RM6.5 juta kepada Surbana International Consultants dari Singapura untuk perundingan projek Rumah Mampu Milik di Batu Kawan. Malangnya Kerajaan Negeri tidak mampu untuk merancang pembinaan rumah Kos Rendah yang diperlukan oleh rakyat berpendapatan rendah.