Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi (kanan) semalam dilaporkan berkata,
penubuhan unit 'polis syariah' bukan untuk mengambil alih peranan kerajaan
negeri tetapi membantu pihak berkuasa negeri menguatkuasakan undang-undang,
termasuk menangani kes ajaran sesat dan jenayah syariah.
Katanya, unit
itu akan diletakkan dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan akan membantu
dari segi perundangan termasuk pentafsiran dan penelitian terhadap undang-undang
berkaitan hal ehwal agama Islam peringkat negeri.
Ketua Pengarah Jakim
Datuk Othman Mustapha pula dilapor menjelaskan, unit itu ditugas menguatkuasakan
semua kesalahan jenayah Syariah dan bukan hanya berkaitan isu Syiah dan ajaran
sesat sahaja.
BK : LANGKAH TEPAT DAN TERBAIK. MALAYSIA KE ARAH NEGARA ISLAM YANG MENGAMALKAN UNDANG UNDANG SYARIAH 100%. LEPAS NI PAS AKAN TERBUBAR DENGAN SENDIRI APABILA UMNO MELAKSANAKAN UNDANG UNDANG SYARIAH.