Tuesday, May 12, 2015

TIADA ISU MUHYIDDIN LAWAN NAJIB



Datuk Seri Najib Razak hari ini dilihat menyindir mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu berhubung krisis dalaman Umno membabitkan dirinya selaku presiden, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno serta menegaskan khabar angin tersebut adalah tidak benar. 

Najib pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan "dari hati ke hati" bersama Muhyiddin dan memberikan komitmen akan selalu berbincang berhubung isu-isu berbangkit.


"Jadi kalau ada apa-apa berita angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini, maka kecewalah mereka yang menyebar berita palsu tersebut," kata Najib, kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.


"Saya berjumpa dari hati ke hati dengan beliau (Muhyiddin) pada pagi tadi dan saya memberi pengakuan kita akan selalu bincang, dari hati ke hati untuk pastikan kepemimpinan Umno diperingkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tiada pihak yang cuba memecah belahkan kita, terutamanya saya dengan timbalan presiden," katanya.

BK : YANG MENARUH HARAPAN TINGGI UNTUK DSN DAN TSMY BERTEMPUR TU ELOKLAH SIMPAN NIAT YANG TAK BAIK NO.

MAHFUZ MEMBELAKANGKAN HJ HADI



PETALING JAYA: PAS bersetuju untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai ketua pembangkang Dewan Rakyat yang baru bagi mengantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu para pemberita pada Isnin yang keputusan untuk menyokong Dr Wan Azizah sebagai ketua pembangkang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat Sabtu lalu.

Sebelum ini, DAP awal-awal lagi telah memberikan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai wakil rakyat baru untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat itu dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


"Keputusan itu dicapai secara sebulat suara," katanya di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. - Mstar

BK : PELIK SUNGGUHLAH. DALAM PAS NI KETUA PENERANGAN YANG BAGI KENYATAAN.BUKAN LAGI SETIAUSAHA AGONG DAN PRESIDEN. MAU POPULARITI 

RUU BAKAL DI BENTANGKAN OLEH PAS.




KOTA BHARU - Pas telah menghantar semula notis ke Parlimen untuk membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang akan mula bersidang Isnin ini.


Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, pihaknya berharap rang undang-undang persendirian itu dapat dibahaskan memandangkan ia tidak sempat untuk dibahaskan pada Mesyuarat Pertama persidangan itu yang diadakan sejak 9 Mac hingga 9 April lepas.


"Notis kedua telah dihantar, dan (Pas) serah pada Speaker (Dewan Rakyat) dan kerajaan (menentukannya)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di sini.

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata dengan pembentangan dan lulusnya rang undang-undang itu nanti, Pas dapat membuat pindaan pada Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 supaya Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dapat dilaksanakan di Kelantan.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang, telah mengemukakan notis bagi pembentangan usul berkenaan di Dewan Rakyat pada 18 Mac lepas bagi membolehkan beliau membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Bagaimanapun rang-rang undang itu tidak dapat dibahaskan kerana kesuntukan masa dan terdapat urusan-urusan kerajaan lain perlu didahulukan.

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac lepas.


- Bernama