Thursday, January 29, 2015

PASMA TEBUK KAPAL PAS BAGI TENGGELAM

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Hadi berkata, jika ada pihak yang merasakan ‘bahtera PAS’ bergerak perlahan dan mempunyai kekurangan, maka mereka dilarang membocorkan dan merosakkannya tetapi pergi kepada 'bahtera' yang lebih laju.

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengibaratkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) seperti golongan yang menebuk kapal dalam parti PAS.

Menerusi laman Facebooknya hari ini, Hadi berkata, jika ada pihak yang merasakan ‘bahtera PAS’ bergerak perlahan dan mempunyai kekurangan, maka mereka dilarang membocorkan dan merosakkannya tetapi pergi kepada ‘bahtera’ yang lebih laju.

“Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini. PASMA ibarat golongan yang menebuk kapal,” ujarnya.

Abdul Hadi juga memberi cadangan agar PASMA menyertai bahtera lain untuk mencapai ke destinasi dengan lebih cepat.

“Kalau rasa payah sangat, pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau mahu lebih cepat lagi ke Putrajaya, maka pergilah ke bahtera UMNO,” katanya.

Selain itu, Hadi menjelaskan terdapat perbezaan antara parti itu dengan PKR dan DAP.

“Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yg sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham,” tambahnya.

Sebelum ini, laman facebook PASMA menyiarkan gambar Abdul Hadi bersama presiden pertubuhan itu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dalam satu majlis anjuran PAS Kuala Kedah pada 24 Januari.

PASMA turut mendakwa Abdul Hadi telah menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Syukur Alhamdulillah, akhirnya Tuan Guru menerima baik PASMA dan mendaftar sebagai ahli PASMA,” kata PASMA.

Malah PASMA turut meminta semua ahli PAS yang ingin mendaftar sebagai ahli NGO itu bertindak menghubungi wakil PASMA.

Bagaimanapun, Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat menafikan dakwaan itu dan menyatakan Abdul Hadi berada di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat dan bukan mendaftar sebagai ahli NGO berkenaan.-therakyatpost 

TAHNIAH KASTAM DI RAJA MALAYSIA



PUTRAJAYA 26 Jan. - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun lepas, meningkat 5.8 peratus atau RM2.07 bilion berbanding tahun 2013, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad. "Ini adalah angka tertinggi dalam sejarah Kastam. 

Ia hampir mencapai sasaran kita sebanyak 98 peratus bagi pungutan hasil tahun lalu," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia ke-33 di sini hari ini, yang dirasmikan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Mengenai kes rampasan, beliau berkata, sebanyak 5,944 kes bernilai RM726 juta direkod tahun lepas, membabitkan cukai sebanyak RM437 juta. 

"Bilangan kes rampasan telah menurun sebanyak 16 peratus berbanding tahun sebelumnya susulan peningkatan kecekapan Jabatan Kastam dalam aspek penguatkuasaan dan pematuhan," katanya. 

Mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), beliau berkata jumlah pendaftaran sehingga 21 Jan tahun ini adalah sebanyak 306,887 syarikat. - BERNAMA