Saturday, September 17, 2011

GUAN ENG TRAUMA DENGAN PERKISAHAN KEKEJAMAN KOMUNIS???


Sebagaimana yang telah teman dedahkan semalam berkaitan pentomen yang di batalkan di saat akhir oleh kerajan negeri pulau pinang kerana mengandungi unsur kekejaman komunis di tanah melayu. Laporan isu ini telah didedahkan di dalam ahbar sinar bertarikh 17/9/2011. Berdasarkan laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa pentomen ini dibatalkan di saat akhir. Mengikut tentatif program, pentomen ini sepatutnya dipersembahkan selepas koir dari SMK tunku abdul rahman. Soalnya sekarang mengapakah pentomen ini dibatalkan?

Berdasar sumber terdekat yang teman terima, sewaktu raptai penuh diadakan, ianya telah mendapat liputan daripada beberapa buah akhbar termasuk akhbar berbahasa cina. Teman tidak prejudis kepada akhbar berbahasa cina kerana kita perlu bebas melaporkan perkara yang baik. Namun, yang teman rasa berbulu sangat ini apabila dikhabarkan salah seorang wartawan yang membuat liputan raptai berkenaan telah melaporkan kepada guan eng tentang persempahan pentomen tersebut yang memasukkan unsur kekejaman komunis.

Lalu selepas perkara ini diketahui oleh guan eng, maka guan eng telah mengarahkan dato suk ( dato farizan darus untuk memanggil wakil pentomen berkenaan. Kemudian, kepeutusan yang dibuat, demi menjaga lim guan eng, pentomen itu terpaksa di batalkan.Teman tidak salahkan dato SUK kerana beliau berjaya menjadi seorang penjawat awam yang taat kepada pemerintah tidak seperti sesetengah ketua jabatan yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan, tapi hentam kerajaan persekutuan macam pemimpin pembangkang.

Jika mat sabu trauma dengan filem bukit kepong dan sarjan hassan, teman boleh nyatakan di sini bahawa guan eng trauma dengan persembahan pentomen kemerdekaan usm. Semalam teman sempat pergi melihat pentomen berkenaan di dewan DTSP usm bagi melihat sejauhmanakah keberkesanan aspek sejarah di dalam pentomen tersebut.

Bagi teman ianya amat tepat dengan perkisahan merdeka dan guan eng tak seharusnya takut dengan paparan kekejaman komunis. Itu hanyalah realiti sejarah bahawa komunis bunuh orang melayu dan juga cina.Komunis mahu hapuskan sistem beraja dan menggantikan negara Malaya dengan republik komunis malaya.

Alasan yang diberikan oleh pengerusi majlis majlis rasmi kerajaan pulau pinang iaitu ybhg dato abdul halim hussain yang menyatakan persembahan tersebut terlalu lama sehingga menggunakan masa selama  45 minit adalah satu alasan yang paling dangkal dan bersifat prejudis.

Apakah dato abdul halim masih lagi nak menjaga guan eng ? Teman saksikan persembahan tersebut di dtsp tak sampai 15 minit pun. Kepada SUK dan exco melayu dalam kerajaan PR Pulau Pinang, janganlah tidak berpijak di bumi yang nyata. Sejarah tidak pernah berbohong. Mansor yang juga bekas pensyarah USM pun tahu akan kebenaran. 

Hanya kerana elemen komunis pentomen dibatalkan. Teman berharap agar mahasiswa usm bangkit membuat satu deklarasi kekejaman komunis terhadap kaum melayu , cina dan rakyat malaysia satu ketika dahulu.Jika benar-benar mahasiswa USM yang dipimpin oleh mahasiswa berstatus APEX, mereka harus bangkit menyatakan pendirian dan menghantar surat rasmi bantahan di atas pembohongan yang dibuat dalam kenyataan di dalam akhbar sinar.

Teman ulang sekali lagi, apa yang teman tonton semalam hanyalah persembahan sekitar 15 minit dan bukannya 45 minit. Sahlah DAP takut mereka disamakan dengan komunis dan DAP mahu rakyat lupakan kekejaman komnis dan di angkat komunis sebaga pejuang.

Menyusul selepas ini cabaran kepada mahasiswa APEX dalam isu pentomen. Bangkit atau jadi PONDAN!!!! 

ALAMAK USTAZ PKR DAPAT BUNGA LA PULAK

SEBAGAI TANDA KASIH CHUNG ENG PADA YB MAKHTAR

USTAZ PKR BELAJAR MENEMBAK


DOK TENGOK DAPAT ATAU TAK KERUSI SG BAKAP AKAN DATANG. TENGAH DOK KELAHI REBUT KERUSI. UNTUNG SABUT, DAPAT NAIK KE PARLIMEN......NASIB BADAN

GUAN ENG TIRU IDEA DAN KONSEP AHMAD MASLAN KETUA PENERANGAN UMNO

UMNO BUAT PROGRAM PENERANGAN PERDANA, PR PUN BUAT. DATO NAJIB JUMPA RAKAN FB, GUAN ENG PUN BUAT. SEMUA TIRU TIRU TIRUUUUUUUUUUUU

YDP MPPP DAN MPSP.

RM 50 JUTA PROJEK SPICE. HARIA PENANG HARIA

INI YANG NOMBOR SATU BUAT GUAN ENG. YANG NOMBOR DUA DALAM SIMPANAN DI PEJABAT

SUDAH ADA KAWAN BUAT NOMBOR SATU. TAK MAU GADUH GADUH MA....KASI SAMA-SAMA SAYANG

AIK GUAN ENG PAMERKAN PENJAJAH DALAM PERBARISAN HARI MALAYSIA

SEKALI TENGOK MACAM GAYA PAKAIAN ASKAR BRITISH NAIK MOTOR . MENGAPA BOLEH TERSENARAI DALAM ACARA PERTUNJUKAN PERBARISAN. DAP SOKONG PENJAJAH BRITISH KER. DI KHABARKAN SKETSA MERDEKA SEMPENA HARI MERDEKA HANYA SEKALI SAHAJA DI PERSEMBAHAKAN KERANA GUAN ENG TAK SUKA BABAK KOMUNIS DALAM SKETSA BERKENAAN. BETUL KE? KALAU BETUL MEMANG SAH LAH GUAN ENG ARAHKAN MAT SABU BANGKITKAN ISU KOMUNIS SEBAGAI HERO.

FITNAH KE ATAS JEREJAK RAIN FOREST OLEH GUAN ENG

RISALAH AWAL YANG KERAJAAN NEGERI KELUARKAN SEBELUM INI SELEPAS TAN SRI KOH MEMBANGKITKAN ISU PULAU JEREJAK
ADALAH TIDAK ADIL DAN TIDAK BIJAK GUAN ENG MENYATAKAN JEREJAK AKAN TERUS RUGI SEDANGKAN PROJEK INI MASIH LAGI TERUS BERJALAN MENGIKUT FASA PERANCANGANNYA. SOALNYA APAKAH GUAN ENG MAHU JEREJAK DIKUASAI SEPENUHNYA OLEH SYARIKAT DARI SINGAPURA DAN BOLEH DIJADIKAN  PUSAT BEBAS HIBURAN?PDC SEBABAI PEMEGANG SAHAM SEBANYAK 49% SEHARUSNYA BERSAMA DENGAN RAKAN NIAGANYA IAITU UDA DI DALAM TERUS MEMAJUKAN JEREJAK. MENGAPAKAH GUAN ENG MAHU MENGHENTIKANNYA.

MARI KITA MELIHAT TENTANG PEMBATALAN PEMBINAAN PGCC YANG GUAN ENG KATAKAN MEMBAZIR . TETAPI GUAN ENG BERSAMA ECO MERIDIAN BINA PROJEK sPICE YANG MENYEBABKAN MPPP MELABUR SEBANYAK RM 50 JUTA.APAKAH GUAN ENG YAKIN PROJEK INI BERJAYA?

SUDAHLAH MELABUR RM 50 JUTA, MPPP KENA SEDIAKAN TAPAK RUMAH SECARA PERCUMA LAGI. SP SETIA SEPERTI ANAK EMAS GUAN ENG. PENJUALAN TANAH TAPAK HOTEL LIMA BINTANG PULA HANYA BERNILAI RM 100 BAGI SETIAP KAKI PERSEGI.MENGAPAKAH PROJEK YANG MERUGIKAN KERAJAAN NEGERI BERNILAI HAMPIR RM 480 JUTA INI DITERUSKAN JUGA SEDANGKAN TERNYATA RUGI RM 480 JUTA. APA PULA KAITAN SP SETIA SEHINGA TERLALU DI JADIKAN SEPERTI ANAK EMAS?

ANTARA HUJAH GUAN ENG DALAM HAL TANAH JEREJAK :

Isu Tanah RM10.6 Juta

Permohonan tanah di Pulau Jerejak telah dibuat oleh TIR pada 19 November 1997 dan kelulusan oleh Kerajaan Negeri telah diperolehi pada 15 Januari 2001. Tempoh pajakan adalah selama 60 tahun yang akan tamat tempohnya pada 10 Oktober 2062.

Jumlah premium tanah yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri ialah RM12.95 juta (iaitu RM3.72 skp) bagi tanah berkeluasan 80 ekar. Kadar faedah yang dikenakan ialah 4% setahun dan tempoh pembayaran balik ialah dari tahun 2004 sehingga 2013 (selama 10 tahun).
Setakat ini, jumlah yang telah dibayar oleh TIR adalah sebanyak RM4.63 juta (termasuk faedah sebanyak RM0.47 juta). Baki yang masih belum dijelaskan adalah sebanyak RM10.60 juta (termasuk faedah sebanyak RM1.81 juta). TIR tidak mampu membayar ansuran mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat yang tidak baik

SAHABAT PEMBACA SEKALIAN. GUAN ENG MENYATAKAN KERAJAAN NEGERI RUGI RM 10.6 JUTA AKIBAT KEGAGALAN PEMBAYARAN PREMIUM TANAH. GUAN ENG NAMPAK RUGI RM 10.6 JUTA , NAMUN GUAN ENG TERLUPA KERAJAAN NEGERI RUGI RM 27 JUTA DALAM KES PEMBERIAN TANAH KEPADA PEMBINAAN HOTEL LIMA BINTANG DALAM PROJEK SPICE. WALAUPUN TIR MASIH BERHUTANG, NAMUN TIR TETAP MAMPU MEMBAYARNYA. TETAPI DALAM KES SPICE KERAJAAN NEGERI SAH AKAN RUGI RM 27 JUTA KERANA PENJUALAN TANAH KEPADA SYARIKAT BERKENAAN PADA KADAR RM 100( HARGA SEMASA  RM 300 KAKI PERSEGI)

GUAN ENG BISING KERANA KERAJAAN BN TERDAHULU BOLEH MEMBERIKAN GERAN KEPADA TIR SEDANGKAN PREMIUM BELUM DILANGSAIKAN. TETAPI KENAPA GUAN ENG TAK BISING MENGAPA PULA DIA BOLEH MENJUAL TANAH KEPADA PROJEK HOTEL  LIMA BINTANG PADA KADAR RM 10O KAKI PERSEGI?

MANA YANG LEBIH BESAR RUGI?

PULAU JEREJAK RM 10.6 JUTA
HOTEL LIMA BINTANG DI BAWAH PROJEK SPICE        KERAJAAN NEGERI RUGI RM 27 JUTA.

PENGERUSI BN PULAU PINANG MASIH LAGI BELUM GARANG


DR TENG HOCK NAN PERLU BERANI MENYERANG DAN BUKAN HANYA TERSEKAT-SEKAT DALAM MENYERANG. KALAU BOLEH SERANG DAP SETIAP MINGGU BANYAK ISU YANG DAP LEMPARKAN KEPADA BN. SELAKU PENGERUSI, DR TENG PERLU MENJAWAB DENGAN TEGAS , BERANI DAN MENCABAR GUAN ENG UNTUK BERDEBAT. JANGAN BIARKAN GUAN ENG BERLAGAK SOMBONG.