Thursday, January 30, 2014

NAJIB SETUJU PERDAMAIAN NASIONAL DENGAN ANWAR?BUKTI BN GAGAL...




Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) apabila bersetuju mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang tersebut, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini. 

Keputusan tersebut dicapai selepas perdana menteri selesai berbincang dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini. 

"Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti rancangan untuk menubuhn dan mempromosikan suasana yang kondusif dan membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan konsensus dalam negara," kata Najib dalam satu kenyataan hari ini. 

Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi kebaikan untuk negara. 

"Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu sama lain," kata Najib. 

Najib juga yakin PR akan menyambut cadangan tersebut terutamanya selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran sama baru-baru ini. 

"Saya terharu dengan gesaan pembangkang yang mencadangkan satu konsensus dan saya yakin mereka akan mengalu-alukan perkembangan terbaru ini," katanya. 

Bagi memastikan cadangan rekonsiliasi nasional tersebut dicapai, Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian. 

"Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian." 

Selain itu, Najib juga berharap cadangan tersebut akan membawa hasil yang positif kepada generasi masa depan negara. 

"Kita mesti bekerja ke arah Model Perpaduan Sosial bagi memastikan perpaduan kekal sebagai objektif bersama bagi generasi masa depan negara," katanya. 

Bagaimanapun, Najib menegaskan rekonsiliasi nasional tersebut bukanlah sebuah pembentukan kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya membuktikan keterbukaan kerajaan dalam mencapai kesepakatan dalam perkara tertentu. 

"Ingin saya tegaskan di sini, rancangan ini bukan termasuk pembentukan apa-apa kerajaan perpaduan. 

"Namun, kita mesti melihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti dan majlis," katanya. 

Langkah pertama ke arah komitmen rekonsiliasi tersebut akan bermula dengan penubuhan jawatankuasa bi-partisan di Parlimen, kata Najib. 

"Kami terbuka untuk berbincang dengan semua parti dan boleh gunakan Parlimen termasuk penubuhan jawatankuasa bi-partisan untuk berbincang mengenai isu melibatkan perpaduan nasional," katanya. 

Najib juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyokong rekonsiliasi nasional tersebut. 

"Dalam beberapa bulan ini, kamu akan lihat perubahan yang akan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan menjadi negara yang lebih kohesif. 

"Saya jemput semua rakyat Malaysia untuk bersama dalam pelayaran ini," katanya. 

SUMBER MI

ANWAR MACAM CHIPS MORE ...ITU KOT ULASAN TUN M


tun m di bernama radio semalam

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pilihan raya kecil Kajang untuk menunjukkan kebolehan, seterusnya meyakinkan rakyat yang beliau boleh menjadi perdana menteri, kata bekas perdana menteri. 

"Yalah dia memang hendak jadi ketua kerajaan. 

"Tak boleh yang besar, yang kecil sedikit pun bolehlah untuk menunjukkan kebolehan dengan harapan rakyat akan menghargai dan akan memberi kejayaan untuk cita-citanya menjadi perdana menteri. 

"Cita-cita yang terbesar bagi Anwar ialah menjadi perdana menteri. 

"Soal apa yang jadi lepas jadi perdana menteri tak penting, (yang penting) jadi perdana menteri," kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Mahathir berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini. 

Bercakap kepada pemberita pada sidang media kemudiannya, Dr Mahathir berkata beliau yakin Anwar tetap mahu menjadi perdana menteri. 

MB bukan matlamat sebenar 

Menurut Mahahir, jawatan menyeri besar Selangor yang diintai Anwar seperti diperkatakan banyak pihak bukanlah matlamat sebenar Anwar jika beliau memenangi pilihan raya kecil di Kajang nanti. 

"Satu langkah (dia) nak naik ke ataslah. Itu (jadi menteri besar) bukan matlamat dia," katanya. 

Ditanya tentang perasaannya terhadap gerakan politik terbaru bekas timbalannya itu, Mahathir berkata beliau "tidak seronok" tetapi Anwar berhak berbuat demikian. 

 

ANWAR BERTANDING DIKAJANG KERANA MAHU SELAMATKAN DS NAJIB?


Rakyat bakal menyaksikan pertembungan pilihanraya yang mahal, ekoran perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh, tanpa sebab munasabah. Walau apapun alasannya, pilihan raya kecil terpaksa dijalankan dengan kos yang ditanggung dana awam, di samping pelbagai pengumuman projek dan pemberian imbuhan yang mencecah ratusan juta. 

Jelas ada kelompangan dalam perjalanan demokrasi pilihan raya di Malaysia. Golongan muda berpendapat, demokrasi yang matang menyanjung dan menghormati ketinggian nilai mandat yang diberikan oleh rakyat. Jika dahulu ada yang khianati mandat dengan melompat parti, kini ada yang “pertaruhkan” mandat dengan meletakkan jawatan. 

Sudah tiba masanya satu kajian dibuat bagi mencari mekanisma atau peraturan yang dapat mengekang situasi ini, sama ada dengan meminda akta pilihan raya ataupun fasal perlembagaan berkaitan. 

Satu bentuk penalti monetari yang tinggi patut dikenakan pada wakil rakyat yang meletakkan jawatan secara sengaja tanpa alasan munasabah, contohnya minima RM500,000 untuk Ahli Dewan Rakyat dan RM300,000 untuk Ahli Dewan Negeri, sebagai “denda moral” terhadap hilangnya nilai integriti calon dan parti yang diwakili. 

Anak muda kini makin cakna memikirkan perihal politik, mahu melihat budaya politik yang sihat dan produktif, bebas daripada sempit perkauman dan perebutan kuasa (politicking) tanpa henti. Partisipasi politik anak muda sifatnya merentasi kepartian, sinis terhadap politikus murahan, cenderung menyatakan pendirian, dan berani melakukan perubahan. 

Anak muda juga makin cakna dengan urus tadbir ekonomi. Saban hari anak muda hadapi harga makan minum yang mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga kereta mahal, tambang bas dan teksi mahal. Hendak belajar perlu berhutang, hendak berniaga tiada modal, hendak bekerja peluang terhad, hatta hendak berkahwin terpaksa meminjam. Anak muda mahukan solusi daripada para YB. 

Sedikit peringatan pada yang berkuasa (dan bakal berkuasa), firman Allah SWT (maksudnya): “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Ali–Imran: 26). 

Di Kajang, gong pilihan raya sudah “terpalu”, demi agenda yang lebih besar, dan mandat yang lebih mahal. – 29 Januari, 2014. 

* Penulis artikel ini adalah Pengarah Kajian Polisi Pemuda PAS. 

BK : APAPUN YANG BERLAKU BUDAYA KUASA DAN HARTA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DARI PIMPINAN POLITIK DI MALAYSIA. BILA BERKUASA MAKA HARTA AKAN DIKUMPUL SEBELUM KUASA DI AMBIL SEMULA.

ANAK MUDA MULA MENYAMPAH DENGAN SKIM YANG DI TAWARKAN OLEH PARTI POLITIK DI MALAYSIA. MEREKA BERCAKAP SOAL BERJUANG, TETAPI PERANGAI MEREKA TIDAK MENCERMINKAN APA YANG MEREKA CAKAP.

PENASIHAT PIMPINAN PARTI PULA BERJUANG BUKAN DEMI RAKYAT TETAPI DEMI TEMBOLOK MASING MASING.

APA KAITAN PRK KAJANG DENGAN SERANGAN TUN M TERHADAP NAJIB


PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998. 

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. 

"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir. 

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. 

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku. 

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya. 

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). 

BK : MEMANG ULASAN MACAM KARTUN. BUAT SKRIP DRAMA BARU. CEREKARAMA YANG DI SUSUN PKR DISULAM DENGAN PELAKON TAMBAHAN SEPERTI AZMIN DAN RAFIZI.

Wednesday, January 29, 2014

TAHNIAH DATO ZAHID NAK TUBUH POLIS SYARIAH MALAYSIA

Related: Farrakhan Slams Obama’s Gay Marriage Endorsement: ‘He ...

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi (kanan) semalam dilaporkan berkata, penubuhan unit 'polis syariah' bukan untuk mengambil alih peranan kerajaan negeri tetapi membantu pihak berkuasa negeri menguatkuasakan undang-undang, termasuk menangani kes ajaran sesat dan jenayah syariah. 

Katanya, unit itu akan diletakkan dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan akan membantu dari segi perundangan termasuk pentafsiran dan penelitian terhadap undang-undang berkaitan hal ehwal agama Islam peringkat negeri. 

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha pula dilapor menjelaskan, unit itu ditugas menguatkuasakan semua kesalahan jenayah Syariah dan bukan hanya berkaitan isu Syiah dan ajaran sesat sahaja. 


BK : LANGKAH TEPAT DAN TERBAIK. MALAYSIA KE ARAH NEGARA  ISLAM YANG MENGAMALKAN UNDANG UNDANG SYARIAH 100%. LEPAS NI PAS AKAN TERBUBAR DENGAN SENDIRI APABILA UMNO MELAKSANAKAN UNDANG UNDANG SYARIAH.

AZMIN KECEWA DALAM GEMBIRA

Azmin Ali

AZMIN TUNDUK AKUR.....

Tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sebahagian daripada "tindakan taktikal" PKR, kata Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali (gambar).

Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, pihaknya turut menerima dengan terbuka keputusan parti meletakkan Anwar bagi menggantikan Lee Chin Cheh, yang meletak jawatan semalam petang.

"Ia gerakan taktikal... kita perlukan satu kerusi kosong," kata Azmin mengulas alasan Lee meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

"Kita perlukan pemimpin nasional seperti Anwar untuk bertanding di Selangor dan kukuhkan kedudukan PKR," katanya lagi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.

BK : AZMIN ANAK AYAM NUAR. MANA BERANI DIA LAWAN. PENAT PENAT DIA BALUN KHALID, YANG DAPAT NUAR BRAHIM PULAK.ITU PUN TUNGGU....

PAS NAK AMBIL ALIH JAWATAN MB SELANGOR



Jan 28, 2014
HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di negeri itu secara langsung dan berhati-hati, kata Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman (gambar). 

Katanya, PAS Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Dun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan Menteri Besar (MB) Selangor pada waktu ini. 

Jelasnya, apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi Adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukannya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur. 

“Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan. 

Namun, kata beliau sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan diterima oleh rakyat dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. 

“Ini termasuk menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita,” katanya yang juga Adun Paya Jaras. 

Beliau berkata, PAS negeri akan menghantar nama itu untuk pertimbangan PAS Pusat dan terserah kepada kepimpinan Pusat untuk menentukannya kemudian. 

“Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri,” ujarnya. 

Dengan itu, kata beliau PAS Selangor minta ahli-ahli PAS di semua peringkat untuk terus bertenang dan menunggu arahan terus dari PAS Selangor dari masa ke semasa. 

“Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat (PR) kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PR,” jelasnya.

BK :MUNAFIK BESAR Hakikatnya Adalah KAFIR...Mereka KEKAL Selamanya Di Dalam NERAKA...

Tuesday, January 28, 2014

AZMI HAMID TERAS VZ PROF DIRAJA UNGKU AZIZ.SIAPA KITA NAK PERCAYA ?





"Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpandangan kenyataan Profesor Diraja Ungku Aziz bahawa orang Melayu tidak mungkin bersatu seperti orang Arab yang "payah bersatu" berbanding orang Jepun yang "bersatu dalam satu negara, bangsa dan sejarah yang sama" adalah kurang tepat.

Pandangan beliau yang disiar dalam sebuah akhbar harian nampaknya terbatas pada kerangka penyatuan yang sempit iaitu penyatuan atas dasar bangsa semata-mata.

Sebaliknya bangsa Melayu pada asalnya adalah bangsa yang hidup berbudaya bergotong-royong dan bersepakat dalam pelbagai urusan dalam masyarakat.

Hanya disebabkan pencaturan penjajah dan faham nasilionalisme sempit serta pengaruh aliran faham sekularisme, bangsa Melayu dipecahbelahkan melalui strategi "pecah dan perintah" menyebabkan mereka kini berhadapan dengan realiti yang rumit untuk disatukan.

Bukan satu angan-angan untuk menyatukan bangsa Melayu asalkan wujud kesepakatan antara pemimpin dan peranan media yang berhenti daripada melaga-lagakan sesama kelompok orang Melayu.

Kerencaman dan sikap orang Melayu bukan alasan bangsa ini tidak boleh bersatu. Secara naluri setiap bangsa punya rasa kasih kepada bangsa sendiri.

Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menunjukkan contoh teladan di kalangan pemimpin yang seharusnya mengamalkan sikap terbuka dan bertolak-ansur dalam perbedaan pendapat dan mengelakkan budaya fitnah.

Kami juga berpendirian sememangnya penjajah telah memberi kesan kepada sikap dan nilai orang Melayu, akan tetapi pemimpin Melayu jualah yang telah melanjutkan agenda penjajah sehingga pendidikan yang sepatutnya membentuk nilai hidup Islam yang kukuh gagal dilaksanakan oleh pemimpin Melayu yang berkuasa.

Rumpun Melayu yang terdiri daripada banyak keturunan tidak menjadi penghalang untuk bersatu kerana semua perbezaan yang ujudnya akhirnya telah disatukan oleh kedatangan Islam.

Oleh itu dalam isu kesatuan bangsa Melayu , Islam menjadi tunjang Melayu untuk bersatu dikalangan pelbagai keturunan yang wujud.

Justeru, kami melihat bila wujud pemimpin Melayu yang mengenepikan agenda mengukuhkan penghayatan Islam dikalangan masyarakat dan menghalang perlaksanaan Islam sebagai dasar urustadbir dan organisasi sivil masyarakat Melayu, telah menyebabkan Melayu tidak boleh bersatu.

Soal sikap dengki seperti yang diungkap oleh bekas naib canselor Universiti Malaya itu dan bahawa wujudnya orang Melayu suka "tikam belakang dan dengki", bagi kami bukan suatu ciri umum orang Melayu. Apa yang menjadi ciri teras orang Melayu ialah mereka boleh bersatu bila menyentuh soal yang paling sensitif bagi mereka iaitu Islam.

Oleh itu, Islam hendaklah menjadi titik bermula penyatuan orang Melayu dan yang lain akan teratur dengan sendiri bila kepentingan Islam diletak tertinggi di atas segala yang lain.

Dalam masa yang sama segala faktor penghalang kepada penyatuan Melayu perlu diatasi. Perbuatan seperti pemangsaan politik atas sebab perbedaan parti; pendekatan kepartian ketika penganugerahan projek; pengambilan tanah milik Melayu; penyalahgunaan kuasa dan kemudahan agensi awam; diskriminasi dan manipulasi dalam media; peminggiran ulama dan ilmuan Melayu yang kritikal; kebebasan bersuara secara beradap; rasuah dan kronisme perlu dikikis habis-habisan . 

NIK AZIZ U TURN DALAM HAL KALIMAH ALLAH


KOTA BHARU - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak. 

“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta. 

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan? 

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu. 

Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir. 

Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka. 

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu kalimah ALLAH sebaliknya hanya mengulangi sokongannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada Januari tahun lalu. 

Isu kalimah ALLAH hangat kembali berikutan tuntutan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya sebelum mengundang kemarahan umat Islam. 

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan. 

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. 

NOH OMAQ TUNGGU. KHALID PULAK TAK MAI



Pengerusi badan perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kesal debat mengenai polemik kalimah Allah dibatalkan. 

Beliau meluahkan rasa kesal gagal membetulkan kenyataan timbalan pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dan mahu penganjur memberi penjelasan kerana seolah-olah dipermainkan. 

"Saya merasa kesal dengan pembatalan debat yang telah dirancang. Inilah masanya untuk saya 'sekolahkan' Khalid Samad yang sering mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam isu kalimah Allah. 

“Saya tetap ke Karangkraf hari ini untuk mendapatkan penjelasan daripada mereka kerana saya rasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak penganjur," tulis beliau di laman Twitter hari ini. 

Awal pagi ini, penganjur debat, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd mengumumkan pembatalan debat tersebut. 

Laman Sinar Online memetik Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan saat akhir itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini. 

Abd Jalil berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian. 

Sementara itu Khalid (kanan) membalas dalam blog beliau bahawa pembatalan debat itu "sudah dijangka" dan beliau tidak berminat membuat sebarang andaian. 

"Saya sendiri sebenarnya malas membuat sebarang andaian, namun saya bertambah hairan kerana inilah peluang keemasan untuk mereka membuktikan (kononnya) saya 'jahil' dan telah 'gadaikan agama'. 

“Mengapa mereka lepaskan peluang ini? Mungkin kerana mereka pun sudah tahu bahawa sebenarnya apa yang mereka buat tiada asas yang kukuh," tulis beliau di laman blog. 

Thursday, January 23, 2014

PUZ PULAU PINANG SUMBER BANTUAN ISLAM




Zakat Pulau Pinang mengagihkan sebanyak RM5.3 juta kepada 7,257 orang pelajar di negeri 

ini sepanjang tahun lalu. Daripada jumlah itu, RM1.8juta diperuntukkan untuk bantuan 

persekolahan manakala RM3.5 juta lagi untuk bantuan melanjutkan pelajaran ke institusi 

pengajian tinggi (IPT) di dalam dan luar negara.


Telekom Malaysia Berhad (TM) membayar zakat perniagaan berjumlah 

RM93,032 kepada Zakat Pulau Pinang.

MAHFUZ SERU MP BN JATUHKAN DS NAJIB


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyeru ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berganding bahu dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Demi kepentingan negara dan rakyat, katanya, Malaysia tidak mampu lagi mempunyai Perdana Menteri ‘kangkung’.

"Adakah ini Perdana Menteri yang sepatutnya disokong?

"Bolehkah ahli-ahli Parlimen BN bergabung dengan kami daripada PR untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib?

"Saya tanya demi kepentingan negara dan rakyat," katanya.

Mahfuz berharap mereka dapat mengambil keputusan yang lebih bermanfaat kepada rakyat dan negara.

"Daripada terikut-ikut gerombolan kangkung yang kononnya berjihad mempertahankan Perdana Menteri ‘kangkung’, lebih baik berjuang membebaskan negara ini dari Perdana Menteri seperti itu," katanya lagi.

Bagi Mahfuz, Malaysia bukan sahaja mempunyai perdana menteri bertaraf kangkung malah mempunyai kabinet yang menjadi bala besar kepada negara ini.

"Kabinet Malaysia tidak berkualiti. Mereka menjadi ahli kabinet atas ihsan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor).

"Oleh itu hidup mereka hanyalah untuk membodek atau 'jack-up' Najib dan Rosmah sahaja. Mereka akan berlumba-lumba memuji dan menyokong inisiatif kangkung Najib," katanya.

Itulah kualiti Perdana Menteri dan kabinet Malaysia, katanya.

"Ia adalah sesuatu yang amat sedih - bala besar kepada negara," kata Mahfuz.

BK : HANG JAGA POKOK SENA DULU. SELAKU PESURUHJAYA PAS KEDAH DAN NAIB PRESIDEN PAS YANG KALAH, LEBIH BAIK DIAM DARIPADA MELALOT TAK TENTU HALA.KALAU DS NAJIB BERUNDUR SEKALIPUN PM TETAP DARI UMNO BN.

PR TAK PERLU KALUT NAK CAMPUQ URUSAN BN. PI AJAQ DULU ANWAR CARA NAK MASUK JEPUN MACAM MANA NO. 

Wednesday, January 22, 2014

JIHAD EKONOMI ISLAM. SAMPAI BILA MUSLIM HARUS BERTELAGAH ?





Firman Allah SWT. 


لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ 


Yang maksudnya: 


"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya." [Surah Ar-Ra'd : 11] 

AllahBerfirman dalam surah Al-Hujurat: 



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ 
Yang maksudnya: 



“Hai Manusia! Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujurat:13).[/b] 

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦) مَآ أُرِيدُ مِنۡہُم مِّن رِّزۡقٍ۬ وَمَآ أُرِيدُ أَن يُطۡعِمُونِ (٥٧) إِنَّ ٱللَّهَ هُوَ ٱلرَّزَّاقُ ذُو ٱلۡقُوَّةِ ٱلۡمَتِينُ (٥٨
“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadah (mengesakan ibadahnya) kepada-Ku, Aku tidak menghendaki rizki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak mengendaki supaya mereka memberi makan pada-Ku, Sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Pemberi rizki Yang mempunyai kekuatan Lagi Maha Sangat Kuat” [Adz Dzariat : 56-58]


ORANG ISLAM MALAYSIA BERTELAGAH. PAS HANYA NAMPAK HUKUM SYARIAH HUDUD TAPI LUPA SYARIAH SECARA MENYELURUH.

KENAPA BERLAKU SEDEMIKIAN RUPA SEHINGGA ADA PRODUK BERSTATUS HALAL TAPI PEMILIKNYA IALAH KUFFAR.

LAGI BERITA PKR HENTAM GUAN ENG TAK TOLONG MELAYU



BUKAN UMNO YANG KATA. TAPI PKR SENDIRI MENGESAHKAN REGIM DAP TAK BANTU MELAYU 

ANWAR ISI KE BORANG MASUK KE JEPUN INI?



PATUT LA KANTOI :

SATUNYA ANUAR BEKAS BANDUAN
KEDUA TAK BUAT VISA SEBAB DIA BEKAS BANDUAN 

Tuesday, January 21, 2014

BIJAKSANA TUN M TOLAK IMF.KALU DSAI JAHANAM NEGARA



AKTA IMF 

1) mengharamkan pengunaan emas dan silver 

sebagai currency 

2) ada unsur interest ( riba ). 

3) mengenakan austerity measure kepada 


negara yang tak dapat membayar balik 

pinjaman.


TUN M PULA BERJUANG UNTUK DINAR 

EMAS.RIZAB EMAS AMAT PENTING. IMF MAHU 

MENJADIKAN NEGARA YANG BERHUTANG 

MENJADI HAMBANYA

ANWAR BEKAS BANDUAN. TERLUPA SYARAT MASUK KE JEPUN SEBAB TAK TAHU UNDANG UNDANG IMIGRESEN JEPUN



BENGGONG ...KERJA NAK SALAHKAN UMNO JER. MEROYAN APA KE DIA NI
  1. Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA ...untuk berkunjung ke Jepun.

    Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

    Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

    Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan: CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien)
  2. Article 3 Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.
    (ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).
    (xiv) In addition to those persons listed in items (i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.
    (2) Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.
    **Rujuk Section ii Landing of an Alien

    Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA. Yang menjadi masalah sekarang, apabila dia menyangkakan kelonggaran tidak memohon VISA laku untuk diri dia juga.

Monday, January 20, 2014

KRONOLOGI KALIMAH ALLAH

TEGUR SAYA DS NAJIB BERERTI NAK JATUHKAN DIA??

DAP PUNCA 13 MEI 1969. KENAPA BERARAK?

BUKAN ISLAM BEBAS MENGKRITIK BERKAITAN ISLAM ?




Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan. 

Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetenga perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963. 

“Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009. 

“Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan Islam,” katanya dan menambah fatwa hanya terpakai kepada umat Islam seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah) & Kes Lain. 

Panel hakim pada ketika itu terdiri daripada Hakim Besar Malaya pada ketika ini Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Tun Abdul Hamid Mohamad yang membuat penghakiman terakhirnya. Antaranya, fatwa hanya terpakai kepada penganut agama Islam. 

Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam. 

“Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai kepada bukan Islam,” kata Paulsen. 

“Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan kepada bukan Islam.” 

Beliau mengatakan terdapat beberapa kes mahkamah dengan jelas menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara sekular. 

“Islam bukanlah faktor utama yang boleh menafikan hak asasi rakyat Malaysia seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan,” kata Paulsen. 

“Rakyat Malaysia dijamin kebebasan bersuara, berekspresi dan beragama. Semua ini jelas ditulis dalam Perlembagaan Persekutuan.” 

Beliau memberikan komen selepas Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengatakan sensitiviti agama dan status Islam sebagai agama rasmi negara harus dihormati. 

“Titah Agong merupakan nasihat. Bagaimanapun, ia tidak membantu kerana apa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu ‘Allah’ adalah perundingan di antara pihak berkepentingan,” kata Paulsen. 

Beliau juga mengatakan, Raja-raja Melayu, Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pemimpin Kristian harus duduk bersama bagi menyelesaikan isu ini secara aman. 

Semua pihak berkepentingan harus membuang prejudis dan berbincang untuk menyelesaikan isu ini, kata peguam tersebut. 

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari juga berkata Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan negeri. 

“Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

“Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan." 

Sehubungan itu, beliau menegaskan, apa sahaja pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Pertubuhan Bible Malaysia pada 2 Januari tidak memberi kesan, sama ada kepada umat Islam atau bukan Islam. 

Kenyataan Sultan semalam dibacakan ketika berlaku ketegangan di antara umat Islam dan penganut Kristian berhubung penggunaan kalimah Alla oleh penganut Kristian yang menggunakan bahasa Melayu di Malaysia. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri menegaskan pada hujung minggu lalu, Putrajaya tetap memberikan komitmen terhada penyelesaian 10 perkara ditandatangani dengan Sabah dan Sarawak yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. 

Penyelesaian 10-perkara itu diumumkan pada April 2011 untuk menyelesaian isu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh majoriti penganut Kristian di Malaysia Timur. 

Dalam perjanjian tersebut yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala mengatakan Bible dalam semua bahasa boleh dicetak atau diimport masuk ke dalam negara.