Tuesday, January 15, 2013

PASCA E 13 : ISI HATI AHLI PAS. BACA.....


SITUASI PERTAMA

Mengkafirkan umno dari berkata politik suku agama suku itu memberi laluan kepada PAS meletakkan Politik diatas Agama.

KENAPA ?

Isu nama Allah ada kaitan dengan Agama. Betul ? sebelum ini PAS membenarkan kafirun menggunakan Nama Allah tanpa memberi apa-apa syarat. Beri sahaja tanpa syarat. Betul ?

sedangkan,

Hudud milik ALlah dikatakan untuk muslim sahaja sebagai syarat untuk melaksanakan hudud. Betul ?

Nama Pemilik Undang-undang HAD dibenarkan digunakan oleh kafiran. Tetapi Undang-undang Pemilik Undang-undang  had itu tidak dbenarkan menyentuh tubuh badan kafirun.

Semuanya kerana politik. Semuanya kerana undi.

Ya Pru13 PR akan menang majoriti. UMNO bungkus. Bekas UMNO akan meramaikan keahlian PKR. Kalau bekas UMNO meramaikan keahlian PAS, PAS akan hilang jatidiri PAS.

Kalau tidak berlaku, golongan ulama akan terpinggir dimana golongan profesional didalam PAS akan ke depan menerajui PAS. Kalau berlaku, maka, apa jua jenama parti, POLITIK diletak atas Agama.

Hey!!! orang-orang kafir!!! ( yahudi dan nasrani ), kalau hangpa nak pakai nama ALLAH sangat, hangpa semua perlu bersedia menerima hudud dikenakan ke atas batang tubuh golongan hangpa yang melanggar batas-batas syariat agama Islam. ( cai pas tak suka ayat ini sebab hati-hati cai pas terlebih kasih dan sayang kat kafirun politik mereka ).

Isu nama ALlah, kawan kawan separti dengan aku tak plak menyalak, "BAGI KU AGAMA KU, BAGI MU AGAMA MU".

HEY!!! KAFIRUN!!! Sekian lama hangpa guna perkataan GOD. Itu lah Agama Kamu.

Wahai muslimin Muslimat. Sekian lama kita semua guna perkataan Allah. Itu lah Agama Kita , ISLAM
!!

SITUASI KEDUA

Parti-parti Islam yang memperjuangkan syariat Islam atau menegakkan kembali Negara Khilafah atau Daulah Islam sering dituduh melakukan ‘politik agama’, iaitu berpolitik atas nama agama atau mengheret agama ke dalam dunia politik. Sudah tentu tuduhan sebegini cukup mendukacitakan dan dikesalkan.

Memang benar, jika ‘politik agama’ diertikan sebagai penyalahgunaan agama untuk tujuan menjustifikasikan kepentingan politik tertentu, jelas ini tidak dibenarkan. Sebagai contoh, mempergunakan ayat Quran atau dalil tertentu dalam kempen pilihanraya untuk meraih undi dan menarik perhatian pengundi atau untuk menjauhkan para pengundi dari parti tertentu.

Katakan parti A mempunyai lambang pohon pokok, lalu parti lawan B menggunakan ayat, “Janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (TMQ al-Baqarah (2) : 35). Ini jelas sama sekali tidak dibenarkan kerana menyalahgunakan ayat dan juga tidak kena pada tempatnya.

Akan tetapi, lain pula halnya jika politik agama ini difahami dengan maksud ‘berpolitik atas dasar agama’. Di sini kita perlu mengkaji secara kritis istilah ‘politik agama’ dalam erti yang sebenar kerana istilah itu boleh membawa virus ideologi tertentu yang perlu diawasi.

PASCA E 13 : NIK AZIZ KENA BRAIN WASH DALAM MAJLIS SYURA ?KALIMAH ALLAH EKSKLUSIF UNTUK UMAT ISLAM


Keep your promise: Dr Mahathir and Nik Aziz in a friendly situation in Kelantan around the time Nik Aziz said that the then Prime Minister should retire and that he would follow.


firman Allah swt:



maksudnya:

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:
“Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”

(Surah Luqman, 31:25)


Firman Allah swt lagi,




maksudnya,

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”

(Surah al-`ankabut, 29:63)

PERSOALAN .FIKIRKAN BERSAMA


Mengapa mengharap PENGANUT AGAMA KRISTIAN agar lembut hatinya dan mendapat hidayah melalui MEDIUM bible dan ajaran kristian ?

Adakah jika GOD dan LORD dan FATHER ditukar kepada Allah dalam bible , maka org kristian akan terbuka hatinya kpd Islam ?

Hanya melalui bible sahajakah dakwah dapat disampaikan, maka amat perlu ditukar nama tuhan yg asal ?

Ramai orang kafir yang menerima hidayah dan memeluk Islam akibat dari MEMBACA AL QURAN iaiti AL HUDA (petunjuk), AL FURQAN (pembeza), AN NUUR (cahaya), AL HAQ (kebenaran).