Monday, April 27, 2015
PRK 044 : JENTERA PEMUDA PAS REHAT!!!!!
PERMATANG PAUH - Pemuda Pas Pulau Pinang kekal dengan pendirian merehatkan jentera untuk PRK Permatang Pauh berikutan kegagalan AMK Pulau Pinang memenuhi tuntutannya hingga kelmarin.
Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, AMK Pulau Pinang gagal meminta maaf secara terbuka kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abduil Hadi Awang yang didakwa menjalinkan kerjasama dengan Umno dan memintanya meletak jawatan.
Berikutan itu, semua jentera Pemuda Pas Pinang direhatkan dan tidak terlibat dalam urusan PRK Permatang Pauh walaupun masih menjalin kerjasama dengan rakan PR.
"Dewan Pemuda Pas menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang PRK Permatang Pauh.
"Semua bilik gerakan Pemuda Pas tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis bawah seliaan kami juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh," katanya dalam kenyatan media di sini hari ini.
Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru Pasti juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK itu.
"Kami juga tidak akan terlibat dengan jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.
"Pemuda Pas Pulau Pinang juga kecewa atas sikap berdiam diri AMK Pulau Pinang dan helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu Pas dalam mengurus desakan akar umbi Pas di Permatang Pauh," katanya.
Diminta mengulas tindakan Pas Kawasan Permatang Pauh membuat pusingan-U dan kembali menyokong calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yusni berkata, mesyuarat agung tahunan (MAT) kawasan itu membuat keputusan berdasarkan suara akar umbi dengan meminta permohonan maaf dibuka secara terbuka.
Ini kerana permintaan akar umbi agar Dr Wan Azizah menarik balik kenyataan dan meminta maaf secara terbuka berhubung isu hudud.
"Tetapi beberapa pemimpin kawasan dan negeri mengadakan perjumpaan secara tertututp dan membuat keputusan sendiri tanpa pengetahuan ahli akar umbi
"Namun lain jadinya dalam mesyuarat yang diadakan malam semalam (kelmarin). Sepatutnya majlis taklimat kepada ahli bertukar kepada majlis pelancaran jentera.
"Ini menyebabkan kekeliruan kepada akar umbi dan mahu penjelasan dari pimpinan PKR sama ada menyokong atau tidak hudud," katanya sambil menganggap beberapa isu yang timbul masih tidak selesai selagi belum ada kenyataan rasmi dari Dr Wan Azizah.
Sebelum ini media melaporkan sengketa Pas Permatang Pauh dengan PKR selesai setelah kedua-dua belah pihak bertemu dan bersetuju berdamai pada malam 24 April lalu.
Perjumpaan itu melibatkan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man.
Manakala PKR diwakili presiden, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk mansor Othman.
Omar berkata, pihaknya menerima persetujuan PKR iaitu semua pemimpin dan ahlinya yang beragama Islam akan menyokong pelaksanaan hudud yang dicadangkan Pas manakala pemimpinnya yang bukan Islam tidak menyokong hukum itu.
Sebelum ini, dalam mesyuarat agung tahunan Pas Permatang Pauh Ahad minggu lalu, meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Omar berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.
Pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi kerana ahli Pas Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti. - SH
PRK004 : BILA JADI CALON SEMUA LARAT. BANJIR DI KAJANG NAK LAWAT PUN TAK LARAT
SEPAK BOLA BOLEH.................
SEPAK RAGA BOLEH.............................
BANJIR DI KAJANG TAK BOLEH LAWAT
BANJIR DIKAJANG TAK BOLEH SELESAI
KESIMPULAN : WAN AZIZAH LARAT BILA NAK UNDI. MENANG KALU BYE BYE PENGUNDI. HANGPA TANGGUNG LA SENDIRI
PRK044 : PAS KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT-SAARI SUNGIB
ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata PAS seharusnya keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya rakyat tidak dapat lagi menerima mereka dalam gabungan pembangkang itu.
Beliau yang kini digantung keahlian selama setahun berkata badan pengkaji Merdeka Centre perlu membuat kajian terhadap rakyat dan pengundi sama ada PAS masih lagi relevan dalam pakatan pembangkang itu ataupun tidak.
"Banyak orang tidak puas hati, dalam parti, luar parti, dalam Keadilan, dalam DAP, dalam Pakatan Rakyat, pengundi, penyokong, pelbagai lagi.
"Dari segi semangat (PAS) yang wujud seperti ambil hati, macam kes Permatang Pauh, (terpaksa) berunding, tapi sampai bila (nak) berunding?
"Kalau keputusannya lebih baik PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat, ada bukti yang kukuh, kajian yang menyeluruh, PAS harus keluar dari Pakatan Rakyat. Dan diganti dengan pakatan yang baru,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi menjelaskan lebih lanjut kenyataannya dalam satu forum di Konvensyen PasMa sebelum itu di Perpusatakaan Awam Raja Tun Uda di Shah Alam petang ini.-mkini
BK : PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT. SAARI SUNGIB KELUAR PAS JOIN PKR LE. ALA ITU PUN MALU NAK HABAQ
Subscribe to:
Posts (Atom)