Friday, February 7, 2014

ANWAR MENGELUPUR BILA RANCANGAN UG DIKETAHUI PAS?

 

SHAH ALAM, 6 FEB: Gesaan berterusan Pakatan Rakyat (PR) supaya diadakan dialog bi-partisan bagi membincangkan isu nasional yang dihadapi negara bukan ‘bunga-bunga’ kepada pembentukan kerajaan perpaduan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jika tidak beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor untuk bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Parameter (dialog itu) sangat jelas, jaminan perlembagaan dan memberi keyakinan kepada rakyat berdasarkan kepada jaminan ini.

“Ia akan membabitkan isu perkauman, agama, ekonomi, jenayah dan rasuah serta tidak lebih daripada itu,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.

Dinner PR 01 (anwar)Anwar berkata, hal itu menjadi matlamat akhir sejak tawaran Pakatan kepada BN untuk konsensus nasional itu yang pertama kali dibuat Ogos lalu.

Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, memang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan isu ini kerana BN bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik,” katanya.

Katanya, mesyuarat majlis kepimpinan PR mengkaji tawaran konsensus nasional itu dan beliau sudah mengadakan ‘perbincangan peribadi yang panjang lebar’ dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Majlis kepimpinan PR mengambil pendirian untuk terus menggesa supaya dialog itu diadakan walaupun mengetahui bahawa BN hanya akan menolaknya dan akan ada puak Umno yang menentangnya.-selangorkini

KONSENSUS NASIONAL KETEPIKAN PAS?

petikan kata2 anwar dlm menafikan ada bibit2 UG dlm konsensus nasional...

Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, memang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan isu ini kerana BN bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik,” katanya

NIK ABDUH BUAT SPOIL LAGI BALUN PKR

 

Anwar Perlu Jelaskan Konsensus Nasional

Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum Pilihanraya Kecil DUN Kajang berlangsung. Ini bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalahertikan.

Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit. Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menghuraikannya dengan lebih jelas.

Daripada siri-siri kenyataan media yang telah dibuat, Konsensus Nasional diutarakan ekoran daripada kebejatan politik terutamanya yang melibatkan isu ketegangan kaum khususnya di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Malah, media antarabangsa turut melaporkan kelemahan pentadbiran kerajaan pimpinan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam pelbagai aspek.

Oleh yang demikian, Najib sendiri telah bersetuju untuk membataskan topik perbincangan kepada segmen sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa. Namun, empat segmen ini seolah-olah tidak mendapat persetujuan penuh. Maka, di mana titik fokalnya?

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, para pendokong serta penyokong wajar memahami dan meneliti apakah sebenarnya maksud sebenar Konsensus Nasional. Saya percaya jika ia dilontarkan lebih awal untuk mendapat pandangan awam, maka perkara ini dapat dimatangkan dengan lebih baik lagi.

Dilihat beberapa langkah strategi politik dan idea-idea besar oleh rakan PR yang agak pelik dan kurang disenangi rakyat seperti kes Kajang dan Konsensus Nasional memerlukan kesepakatan dan dibincangkan secara telus di peringkat PR.

Dalam hubungan antara BN dan PR yang dilihat terlalu politiking dan penuh tipu muslihat politik, sudah pasti agenda bersama seperti lontaran idea konsensus nasional yang boleh meredakan suhu politik dan disenangi rakyat haruslah menjadi satu gerakan yang benar dan amanah, bukan sekadar projek politik yang kelak akan memeningkan rakyat.


NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Pasir Mas
AJK PAS Pusat

YESSS YESS LEBUHRAYA DAH SIAP DI KELANTAN

 

LEBUH RAYA RAKYAT BELUM SSIAP. LANCAR DAH LANCAR. DUIT DAH KUTIP.

TAKUT LEBUH RAYA TUKAR JADI LEBUH DUIT KITA MACAM DANA KOHILAL

KERANGKA PEMIKIRAN PAKATAN RAKYAT LA NI DI KAJANG





BK : BETUL KA PKR MACAM NI ??

TU DIA GAJI STAF KONTRAK PKNS.PULUH RIBU MAA!!!!



23 kakitangan kontrak PKNS yang ditamatkan perkhidmatan mendapat pampasan 2 bulan gaji. Ada yang dapat melebihi RM60,000. Mak aii besarnya gaji depa! Patutlah MB, EXCO dan Speaker pun dinaikkan gaji jugak.

Ada cakap--cakap mereka yang dibuang tu semuanya mereka yang dilantik oleh Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Pergaduhan antara Azmin dengan Khalid nampaknya makin menjadi-jadi. Satu kompeni 2 PRO, gaji RM12 ribu sebulan. Teringat kisah silam, isteri orang kuat Anwar (semasa Anwar jadi Menteri Kewangan) yang dilantik sebagai pembantu Pengerusi sebuah bank juga dibayar gaji RM12 ribu sebulan.

Mampukah "Gerak Kajang" menyelesaikan kemelut dalaman PKR Selangor ini?

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan ada sebarang perjanjian untuk mengosongkan jawatan menteri besar atas permintaan PKR.

sumber : sahabat BK

TANAH SUDAH BAGI. TEROWONG BELUM MULA

 

Lim Guan Eng sepatutnya berhenti komen pasal tol lebuhraya. Tol 50 sen  Lingkaran Luar Butterworth yang dia janji nak mansuhkan pada 2008 pun masih belum dimansuhkannya. Malah, terowong yang dia umum akan dibina pada 2025 pun akan kutip tol selama 30 tahun walaupun syarikat kontrektor/konsesi sudah diberikan tanah darat dan laut sebagai bayaran pembinaan terowong dasar laut berkenaan.

BK : Syarikat belum mula buat feasibility study dan EIA pun dia dah bayar dengan tanah... Advanced payment?

MALIK KASSIM INGKAR ARAHAN UNDANG UNDANG MAIPP

Masjid Al Qahhar Kg Permatang Damar Laut.

Sebelum azan Solat Jumaat hari ini 7/2/14 di Masjid Al Qahar Permatang Damar Laut, YB Malik Kasim dengan menggunakan Pejabat Agama Daerah Barat Daya akan mengumumkan perlantikan J/Kuasa Masjid pilihan hati State Govt yg dan dengan sendirinya menolak J/Kuasa Masjid berkenaan yang dipilih pada tahun 2013.

Jkuasa sedia ada telah memenangi pemilihan masjid spt yg di arah oleh MAIPP.Namun kumpulan pro pas dan pkr tidak berpuas hati dan mahukan yb malik kassim menggunakan kuasanya melantik jkuasa baru yg terdiri dari ahli pas dan pkr

JKuasa sedia ada akan pertahankan dan akan halang usaha itu. State govt tetap berkeras.

Admin : kes yg sama berlaku bg masjid sg acheh dimana dato rahman dan jkuasa lama menang dlm pemilihan tetapi yg disahkan ialah jkuasa lantikan dari maipp melalui pej agama yg pro pas dan pkr

Eloklah malik kassim buang undang2 yg kamu pinda sendiri!


BK : KREDIT UNTUK FANPAGE NIBONG TEBAL CARGAS