Monday, August 29, 2011

TEMAN PAPARKAN TEKS UCAPAN MAT SABU : DIPETIK DARI RAKAMAN UCAPAN MAT SABU

Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu (di ambil dari klip ucapan mat sabu)


BLA...BLA...........Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indera, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....
ULASAN TEMAN : JIKA SAHABAT MEMBACA SIDANG MEDIA YANG TEMAN TULIS DENGAN KENYATAAN BERDASAR RAKAMAN UCAPAN MAT SABU, MEMANG SAH MAT SABU PELUPA, BIUL, NYAYUK DAN HARAMJADAH WAL SIAL. SAH DIA SEBUT POLIS TU POLIS BRITISH. TEMAN NAK TANYA MAT SABU, CHIN PENG DIBERI SENJATA MASA JOIN MPAJA, KENAPA TAK KATA MEREKA PENGKHIANAT. SEMUA POLIS DI BUKIT KEPONG TU ISLAM WAHAI MAT SABU.

KENAPA KATA POLIS BRITISH. BUKANKAH MPAJA SEBELUM JADI PKM DAN BINTANG 3 JUGA MERUPAKAN BARUA BRITISH DAN MERUPAKAN TENTERA BRITISH. POLIS BUKIT KEPONG  INI BERTUGAS MENGAWAL KOMUNIS YANG HENDAK BUNUH BANGSANYA DI MUAR. KENAPA MAT SABU TAK SEBUT KIYAI SALLEH DALAM HAL INI.

TEMAN CABAR MAT SABU CERAMAH DI MUAR DAN BATU PAHAT SEBUT KIYAI SALLEH PENGKHIANAT KERANA PERNAH BURU MAT INDERA DAN KUNCU KOMUNISNYA. TEMAN CABAR MAT SABU KALAU ANAK JANTAN. BUAT SIDANG MEDIA SEGERA .
TEMAN CABAR MAT SABU PI CERAMAH DI SG MANIK DAN KATA KUMPULAN TENTERA SABIL SELEMPANG MERAH PENGKHIANAT KERANA LAWAN KOMUNIS DI TELUK INTAN.

SEDIHNYA ON THE WAY DARI PERLIS. SINGGAH BUKIT MERAH MENULIS SAT.ORANG UMNO BOLEH SAMBUT RAYA. TEMAN NI DOK ADA ATAS JALAN RAYA NI.TAK DE PENEMAN.....:)

SIDANG MEDIA MAT SABU DI PERLIS DALAM HAL KOMUNIS

TEMPAT : KOMPLEKS PAS PERLIS
TARIKH 29/8/2011

INTIPATI SIDANG MEDIA MAT SABU

1. Mat sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar  Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

2.beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

3. Penjelasan mat sabu bahawa beliau lambat menjawab isu ini kerana mahu melihat dan mendengar balik apa yang dikatakan di ceramah tersebut. Pagi ini beliau melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

4.Beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

5.Beliau menegaskan  tidak menyebut Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Utusan baru saya tahu nama mereka,"
6. Mat sabu menyatakan beliau  berceramah pada 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap.

7.Mat Sabu menjelaskan rakaman video tersebut ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam.

8.Mat Sabu menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

9.Mat sabu menyatakan media arus perdana terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah beliau adalah penyokong perjuangan komunis bahkan beliau adalah bapa komunis yang sebenar.

10. Beliau menjelaskan beberapa akhbar dan laman  blog meminta komen beliau terhadap kecaman pelbagai pihak
11. Mat Sabu menjelaskan setelah mendengar ucapan tersebut dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti  PAS

12. Mat Sabu menyalahkan utusan dan media arus perdana dengan menyatakan penyiaran berita seumpama itu adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

TEMAN : LETIH MENUNGGU PEMBOHONGAN MAT SABU DALAM SIDANG MEDIA.ORANG LAIN DAH PI CARI LEMANG, DAGING , IKAN DAN PELBAGAI LAGI UNTUK JUADAH RAYA ESOK. SILAP-SILAP 1 SYAWAL ADA ASSINGMENT BARU LAGI UNTUK MAT SABU.KAMERA PUN TAK BAWA.

KERANA MAT SABU TEMAN CUTI RAYA PUN TAK SENANG


Hari ini dalam harakahdaily mat sabu sekali lagi berlakon dengan menyatakan beliau akan saman utusan. Bila pula mat sabu baca utusan. Ini semua kerja munafik baca utusan sebab pas kan dah boikot utusan. So, janglah baca utusan. Petang ini tok mufti seluruh malaysia teropong anak bulan. Kalu anak bulan timbul, esok kita menyambut raya. Esok insyaAllah  1 syawal.

Orang lain seronok menyambut raya, teman pula dok kena follow mat sabu. hari-hari mat sabu akan berlakon dan terkini mat sabu salahkan utusan dan telah berbincang dengan peguam untuk menyaman utusan. Inilah mat sabu yang dah sama dengan anwar ibrahim yang suka sangat main saman-saman. Blog dah paparkan siaran suara mat sabu dok kata pejuang kemerdekaan dan memuja komunis. Mat sabu dah terkantoi.

Bila terkantoi mat sabu akan gelabah gila la. Ingat tak kes bilik 121 di kota bharu . Kes mat sabu berkhalwat dengan bini orang. Apa yang berlaku, mat sabu terlepas sebab pandai berlakon. Katanya si perempuan itu hantar kain. Ada yang kata hantar tuala. Soalnya, kenapa yang hantar itu mesti perempuan. Kenapa mat sabu tak suruh lelaki yang hantar. Mat sabu sedar dia berseorangan dalam bilik hotel. Mana tarbiyyah pas. Mana semangat usrah pas? Mat sabu sekali lagi mencemar nama pas demi  elaun PBAPP dari DAP laknatullah.

Teman melihat, dalam hal ini mat sabu perlu meminta maaf. Kalau tak, teman percaya pas akan kalah teruk dalam pilihanraya ke 13. PAS nak harapkan undi kafir? bila pula halal undi kafir? Bila pula pas jadi keldai atau kuda tunggangan kafir. Malulah pas jadi kuda tunggangan kafir. Mana nak letak kalimah toyyibbah.

Teman nak beraya pun tak senang. Kerana kes mat sabu teman kena menulis perkembangan yang berlaku di balik tabir. Semalam ada di Perlis. Kalu tidak, rasa macam tak bersyukur pulak. Maksud teman, tak bersyukur tinggal di negara yang aman . Teman tiada cuti. Biasalah hidup lone ranger kata orang kampung teman. Apapun teman yakin 1 syawal gerak kerja perang terhadap mat sabu akan dilancarkan.

Ya Allah aku bersyukur kerana 29 hari berpuasa kau mengizinkan hambamu ini berqiamullail . Inilah sejarah pertama teman dalam usia menjangkau tua, teman di izinkan Allah berqiamullail setiap awal pagi Ramadhan. Teman berdoa agar dap dilaknati Allah dan dikurniakan kemenangan dalam perjuangan ini. Kepada rakan dan sahabat jangan lupa malam ini all out bertakbir jika esok jatuh 1 syawal.