Saturday, March 14, 2015

PRESIDEN PERLU DITUKAR -KHALID SAMAD





Kepimpinan tinggi PAS, termasuk presidennya boleh ditukar dalam pemilihan jika 

mempamerkan prestasi tidak memuaskan, kata pemimpin lantang parti Islam itu Khalid 

Samad. 

“Di dalam muktamar, prestasi AJK PAS Pusat akan dikaji dan dinilai dari sudut pencapaian matlamat yang telah diputuskan oleh Muktamar. 

Dan sekiranya prestasinya tidak memuaskan, AJK (anggota jawatankuasa) PAS Pusat, termasuk presiden, boleh dan layak ditukar melalui proses pemilihan di Muktamar,” kata Khalid ketika mengulas peranan AJK PAS sebagai badan eksekutif parti. 

Khalid, anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, prestasi presiden dan setiap AJK dikaji dan diperhalusi oleh muktamar setiap tahun.

KHALID SAMAD MACAM TAK SUKA ULAMAK JADI PRESIDEN JER




KUALA LUMPUR 11 Mac – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menegaskan, jawatan Pre­siden Pas lebih sesuai disandang oleh individu yang mempunyai kepakaran politik dan tidak semestinya dalam kalangan ulama. 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, sebagai ketua pelaksana, Presiden perlu pakar dalam bidang kepe­mimpinan, pengurusan, pentadbiran, ‘bacaan’ politik dan perancangan strategik supaya mampu memacu parti ke arah pencapaian matlamat yang dipersetujui bersama. 

“Maka amat jelas bahawa Pre­siden dan AJK Pas Pusat tidak semestinya dalam kalangan ulama. 

“Pemilihan Presiden boleh di­samakan dengan pemilihan ketua angkatan tentera dalam menghadapi peperangan lima tahun sekali,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog miliknya hari ini. 

Menurut Khalid, adalah pasti, calon paling sesuai untuk mengisi jawatan Presiden parti adalah seorang yang pakar untuk berperang dalam politik. 

“Itu adalah tuntutan jawatan tersebut, begitu juga dalam soal pemilihan Presiden Pas. 

“Yang dipilih semestinya pakar dalam peperangan politik dan bagaimana untuk mengukuhkan sokongan dan kedudukan parti bagi menghadapi pertempuran di medan politik,” katanya. 

Khalid menjelaskan, Muktamar, AJK Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama mempunyai peranan masing-masing dan tidak wajar mengambil alih tugas dan fungsi ditetapkan. 

Katanya, kecelaruan yang timbul adalah hasil kekeliruan terhadap peranan dan bidang kuasa setiap institusi dan ia menjadi le­bih rumit apabila ada yang sengaja menimbulkan kekeliruan itu. -UM