Tuesday, January 29, 2013

PASCA E 13 : PAS YANG DAH SEWEL DAN DITUTUP HATI OLEH ALLAH SWT

Boleh undi calon bukan Islam - Dewan Ulama
Posted on Tuesday, January 29 @ 03:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu


Berita Oleh Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebarang masalah bagi orang Islam untuk mengundi calon bukan Islam pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti jika langkah itu boleh menjuruskan ke arah menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman yang berlaku dalam negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.

Begitu juga menegakkan kerajaan yang adil lagi berkebajikan adalah wajib. Maka sebarang usaha yang boleh membawa kepada tertegak perkara yang wajib itu juga menjadi wajib.

"Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.

"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali," katanya kepada Harakahdaily.

Atas tujuan itu juga ujarnya, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti.

Apa yang jelas katanya, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam PRU13 adalah bertujuan menegakkan kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Umat Islam yang sedar tegasnya, tidak akan mudah terpengaruh dengan sentimen kebencian kepada calon bukan Islam Pakatan Rakyat sehingga melupakan kezaliman dan kemungkaran pemerintah BN sedia ada sejak puluhan tahun.

"Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam," ujar beliau



KENYATAAN PAS DULU DULU MASA JAHIL LAGI.................

..... dalam tahun 1995, terdapat laporan dari Tumpat yang menyebut seorang pemimpin Pas berkata, orang yang beragama Islam tidak boleh mengundi calon dari kalangan bukan Islam dalam pilihan raya kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. ``Usahkan orang bukan Islam, orang Islam pun kalau tidak turut Islam tidak boleh undi, malah orang Islam pun kalau dia bawa dasar yang bukan Islam, rakyat tidak boleh mengundinya,'' kata laporan itu.

PRU 12 -DUN PASIR PANJANG NIZAR JAMALUDIN

.............Sebelum pilihanraya ke-12, Pas mengeksploitasikan isu seperti haram bagi orang Islam memilih pemimpin daripada kalangan bukan Islam.

Dua hari sebelum pembuangan undi pada 8 Mac tahun lalu, petugas Pas mengedarkan beribu-ribu risalah di masjid dan surau dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang ditandingi calonnya, bekas MB Perak Mohammad Nizar Jamaluddin.

Risalah itu memetik fatwa daripada muzakarah ulama yang mengatakan haram bagi orang Islam memilih calon bukan Islam, iaitu Dr S.Vasan daripada MIC yang mewakili BN. "Tetapi, bila sudah berjaya membentuk kerajaan, beliau (Mohammad Nizar) mengatakan beliau Menteri Besar untuk semua kaum. Sekarang baru kita nampak wajah sebenar mereka.

KESIMPULAN :
1. PAS NI  BILA TANG DEPA SEMUA OK DAN HALAL
2. HARAM HANYA BAGI UMNO. HALAL HANYA BAGI PAS
3. PAS MEMANG DAH SEWEL
4. INGAT ALLAH RABBUL JALIL KAWAN BAIK NIK AZIZ KER
5. PAS OVER CONFIDENT MRK MASUK SYURGA
6. PAS DAH LARI AKIDAHNYA

Wednesday, January 23, 2013

PASCA E13 : GAMBAR YANG MERISAUKAN PAS



AMIN AMIN AMIN.......................

PASCA E 13 : MAJAROITI UNDIAN TOLAK ANWAR DAN MEMILIH HAJI HADI . FB PRO PAKATAN


DUA DUA TAK BETUI KALAU JADI PM SEBAB DUA DUA KULI DAN TAKUT PADA KUFAR DAP

PASCA E 13 : JANGAN KAFIRKAN ORANG LAIN.


Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan semua pihak supaya tidak menghukum seseorang atau penyertaannya dalam sebuah organisasi berdasarkan sangkaan tanpa mengetahui sebabnya secara terperinci.

Keadah yang diutarakannya itu berdasarkan penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa Allah tidak menurun azabnya sehingga diutuskan Rasul untuk memberi peringatan dan berdasarkan kepada sunnah dan sirah Rasullah SAW dalam lipatan sejarah Islam.

NONE"Kita tidak boleh mengkafirkan orang, hanya atas sangkaan. Ini satu asas yang kita kena bersetuju... Manusia yang tidak ada pengetahuan, dia tidak akan dihukum.

"Tidak boleh kafirkan masyarakat awam atau organisasi (yang disertai seseorang), hanya kerana dia menyertai organisasi. Kemungkinan dia tidak tahu. Kemungkinan dia ada tafsiran yang lain daripada apa yang kita tafsirkan.

"Ulama kata, kita tidak boleh menghukum manusia pada zahirnya melainkan sehingga kita tanya keadaannya. Kita kena terperinci masalah dia," katanya dalam wacana ilmiah bertajuk "Amanat Haji Hadi dan Kalimah Allah".

Dengan memberi contoh, kisah seorang sahabat baginda Khatib ibn Abi Balta'ah yang mengutus surat memberitahu orang Mekah bahawa Rasullullah SAW sedang menyiapkan bala tentera dan menyangka baginda akan menyerang kota itu sehingga ia diketahui baginda.

Jelas Mohd Asri, tindakan Khatib itu - yang juga ahli Badar yang berasal daripada luar Mekah - mengundang kemarahan Umar Al-Khattab yang ingin memancung kerana menganggapnya sebagai pengkhianat.

Bagaimanapun Rasulullah SAW berpuas hati selepas pendengaran dibuat apabila Khatib mahu keluarganya di Mekah dilindungi daripada serangan itu, sekalipun dilihat "macam memberi kesetiaan" kepada kaum Musyrikin di kota suci itu.

Turut menjadi panelis dalam wacana itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali dan pensyarah Dr Azhar Yusof. Wacana itu dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Supyan Husin.

Mengulas berhubung 'amanat' presiden PAS yang diucapkan di Kampung Banggol Peradong, di Terengganu pada 1982 itu, Mohd Asri percaya orang yang berilmu seperti Abdul Hadi tidak akan mengkafirkan individu "secara borong".

"Tetapi apa yang berlaku, salah faham ka, apa ka, (ahli) yang di bawah ni, ada yang mengkafirkan... Itu satu kesilapan. Kesilapan yang perlu diperbetulkan.

"Bukan kerana PAS menegakkan kebenaran itu salah, tapi noktah ini perlu diperbetulkan. Mungkin pimpinan tidak kata, tadi anak buah lebih lajak daripada laju. Ini satu realiti yang berlaku. Bukan semua orang PAS buat, tapi ada (segelintir) yang buat," katanya.

Menyentuh perkara berkenaan sebelum itu, Mohd Asri terkilan dengan situasi itu termasuk tidak memakan sembelihan dan bermakmumkan imam daripada Umno, apabila tiada pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan jelas membetulkan keadaan itu.

"Saya tidak nampak pimpinan PAS secara umum mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan salah faham, (dengan menyatakan) 'seseorang yang masuk Umno tidak menjadi kafir'.

"Saya rasa perkataan tersebut sangat diperlukan ketika itu, supaya tidak berlaku salah faham orang awam... Alangkah baiknya ketika itu, pemimpin PAS melafazkan orang yang masuk Umno, tidak menjadi kafir kerana masuk parti. Tetapi menjadi kafir jika melafazkan kata-kata kufur," katanya.

Mengulas berhubung pandangan Abdul Hadi tentang perlembagaan, Mohd Asri juga berpendapat sisi pandang presiden PAS itu pada 1980-an jauh berbeza dan berubah berbanding sekarang.

NONEDalam 'amanat' Abdu Hadi itu menyebut penentangan PAS terhadap Umno/BN kerana parti itu didakwa mengekalkan perlembagaan penjajah dan peraturan kafir dan jahiliyah.

Dr Asri yang juga fellow Universiti Oxford berkata, Abdul Hadi mungkin mempunyai sisi pandangannya berhubung perkara tersebut pada ketika itu, berbanding kini yang dilihatnya sudah berubah.

"Sekarang mungkin PAS ada tafsiran baru. Dan saya bersetuju dengan tafsiran PAS sekarang dibanding dengan tafsiran tahun 80-an...Saya rasa tafsiran sekarang lebih menepati realiti.

"Malangnya media massa yang dikuasai Umno, dia bangkitkan tafsiran lama. Dan kadangkala dia perkara yang tak bagus. Dia kata, tahun 80-an PAS salah, kerana kafirkan Umno.

"Pada masa yang sama, dia kata, PAS kena kembali kepada perjuangan asal... Saya rasa biar dalam keadaan sekarang, dia (PAS) lebih terbuka, lebih faham realiti, dia lebih faham keadaan dan dia lebih lihat keluasan Islam," katanya.

Monday, January 21, 2013

PASCA E 13 : ISU BAWANI UUM BETUL BETUL KERAN NAK UNDI KAUM INDIA. KAEDAH LAMA


kenyataan zaharuddin dalam laman FB nya .

"Hebat sungguh sokongan awam kepada Bawani yang kena listen listen listen baru-baru ini. Saya sendiri ada pengalaman kena dimalukan oleh pemimpin sewaktu menjadi presiden persatuan pelajar tahun 1997 dulu. Sejurus selepas memberi soalan dan pandangan, jawapan Timb Perdana Menteri ketika itu, begitu sinis sambil membelasah saya bermula dengan pakaian dan kopiah, sehinggalah kepada idea yang saya berikan. Mahasiswa kena belasah, asam garam untuk kehadapan agaknya..:)"

TIMBALAN PERDANA MENTERI KETIKA ITU IALAH NUAR BRAHIM LA YANG KEJE DIA MEMALUKAN MAHASISWA YANG MENENTANG KERAJAAN. DIPERLEKEHNYA KUMPULAN PMI DAN GAMIS. KEJAYAAN NUAR APABILA TARBIYYAH PASUKAN ABIM BOLEH MENEUTRALKAN PMI SELURUH KAMPUS MALAYSIA.

BAWANI DIPERJUANGKAN SEBAB NAK UNDI SIMPATI KAUM INDIA. ITU SAHAJA. LEPAS NI, MCM BIASALAH SAY BYE BYE

Sunday, January 20, 2013

PASCA E 13 : HIMPUNAN STADIUM MERDEKA BERI KREDIT PADA DS NAJIB


Secara peribadi, dapat saya simpulkan bahawa himpunan HKR112 kali ini GAGAL kerana tidak berjaya mengumpulkan 1juta seperti yg dihebahkan.. walaupun segala jenis kumpulan & NGO yg memihak pembangkang berkumpul di situ.Sebagai contoh 'R' Royalti utk Kelantan, Bersih, LGBT, Hijau ( Lynas ) dll.

selain drp itu, himpunan yg berjalan lancar tanpa rusuhan juga menyebabkan ianya hambar & tidak menarik media2 luar untuk menjadikannya isu panas untuk disensasikan di muka hadapan akhbar pro bn..

Sebaliknya, rakyat melihat Kerajaan BN lebih bijak & matang serta lebih terbuka dalam menangani isu ini.Kalau di terjemah dalam bentuk graf lagi nampak kegagalan sebenar pengarah HRK iaitu mat sabun

apa kata mereka yang pro pakatan :

cuba bayangkan  sebulan PR kempen himpunan sejuta ni di seluruh negara.target 1 juta kerah ahli seluruh negara turun.PR selangor kata kerah 300 000 ahli turun. polis pula  beri kerjasama bermakna himpunan menjadi halal.

malangnya yang datang  cuma 100 ribu iaitu 10% daripada 1 juta.perkara ini amat tidak memberangsangkan. anwar khabarnya  sangat dukacita sebab anwar berharap agar polis halang demo ini.bila halang maka fru akan ambil tindakan maka anwar mahu suratkhabar ,fb siarkan gambar polis pukul ahli PR, tetapi perkara  ini tak berlaku.

Hasilnya HRK ini menunjukkan kematangan kerajaan,polis dan menunjukkan kerajaan sedia untuk berubah. dan pergaduhan antara penyokong pas dan pkr dipintu masuk vip amat memalukan PR

PANASSSS !!!! TARIKH PILIHANRAYA DIBONGKAR AGEN PAKATAN DALAM UMNO? BETUL KER.


BETUL ATAU SALAH PRU 13 TETAP AKAN BERLAKU DAN PAKATAN BOLEH TINGGAL 35 SEAT JE DALAM PARLIMEN. ITU PUN SEAT DAP YANG MENGATASI SEGALANYA.KALAU BETUL LA, BANYAK SUNGGUH TALIBARUT PAKATAN DALAM MKT BN ITU SENDIRI

Friday, January 18, 2013

PASCA E 13 : MUDAH SUNGGUH MAHASISWA JADI GLAMOUR DENGAN MENGKRITIK KERAJAAN WALAUPUN FAKTA MEREKA SALAH


MAHASISWA SOKONG KERAJAAN DI GELAR ANJING. YANG SOKONG PAKATAN DI GELAR KUCING. MAHASISWA HANYA PERLU LAWAN KERAJAAN SECARA TERBUKA KEMDUIAN PAKATAN AKAN BAGI POST ISTIMEWA KEPADA MEREKA. INILAH YANG BERLAKU PADA STUDENT UUM. MUDAH KAN. LEPAS NI SEMUA MAHASISWA PAKAT HENTAM KERAJAAN. SEMUA PAKATAN AKAN JAGA DAN BELAI DAN DI AGUNGKAN. HIDUP MAHASISWA!!!


VC UUM YANG MENJADIKAN SEMUA RAKAN BAIK TAN SRI NORDIN KARDI SEBAGAI MUSUH. APA DAH JADI SEKARANG? TAK BOLEH KAWAL AKTIVITI MAHASISWA ATAU PENSYARAH UUM BERJAYA LAHIRKAN SISWA YANG KRTITIKAL SESUAI UNTUK HANTAM KERAJAAN DAN NAJIB. ADA JAWATAN DALAM MAJLIS PROFESOR NEGARA PUN TAK GUNA KALAU TAK DPT LAHIRKAN MAHASISWA YANG BERFIKIRKAN TINGGI DENGAN MEMBAWA HUJAH SEIMBANG

Tuesday, January 15, 2013

PASCA E 13 : ISI HATI AHLI PAS. BACA.....


SITUASI PERTAMA

Mengkafirkan umno dari berkata politik suku agama suku itu memberi laluan kepada PAS meletakkan Politik diatas Agama.

KENAPA ?

Isu nama Allah ada kaitan dengan Agama. Betul ? sebelum ini PAS membenarkan kafirun menggunakan Nama Allah tanpa memberi apa-apa syarat. Beri sahaja tanpa syarat. Betul ?

sedangkan,

Hudud milik ALlah dikatakan untuk muslim sahaja sebagai syarat untuk melaksanakan hudud. Betul ?

Nama Pemilik Undang-undang HAD dibenarkan digunakan oleh kafiran. Tetapi Undang-undang Pemilik Undang-undang  had itu tidak dbenarkan menyentuh tubuh badan kafirun.

Semuanya kerana politik. Semuanya kerana undi.

Ya Pru13 PR akan menang majoriti. UMNO bungkus. Bekas UMNO akan meramaikan keahlian PKR. Kalau bekas UMNO meramaikan keahlian PAS, PAS akan hilang jatidiri PAS.

Kalau tidak berlaku, golongan ulama akan terpinggir dimana golongan profesional didalam PAS akan ke depan menerajui PAS. Kalau berlaku, maka, apa jua jenama parti, POLITIK diletak atas Agama.

Hey!!! orang-orang kafir!!! ( yahudi dan nasrani ), kalau hangpa nak pakai nama ALLAH sangat, hangpa semua perlu bersedia menerima hudud dikenakan ke atas batang tubuh golongan hangpa yang melanggar batas-batas syariat agama Islam. ( cai pas tak suka ayat ini sebab hati-hati cai pas terlebih kasih dan sayang kat kafirun politik mereka ).

Isu nama ALlah, kawan kawan separti dengan aku tak plak menyalak, "BAGI KU AGAMA KU, BAGI MU AGAMA MU".

HEY!!! KAFIRUN!!! Sekian lama hangpa guna perkataan GOD. Itu lah Agama Kamu.

Wahai muslimin Muslimat. Sekian lama kita semua guna perkataan Allah. Itu lah Agama Kita , ISLAM
!!

SITUASI KEDUA

Parti-parti Islam yang memperjuangkan syariat Islam atau menegakkan kembali Negara Khilafah atau Daulah Islam sering dituduh melakukan ‘politik agama’, iaitu berpolitik atas nama agama atau mengheret agama ke dalam dunia politik. Sudah tentu tuduhan sebegini cukup mendukacitakan dan dikesalkan.

Memang benar, jika ‘politik agama’ diertikan sebagai penyalahgunaan agama untuk tujuan menjustifikasikan kepentingan politik tertentu, jelas ini tidak dibenarkan. Sebagai contoh, mempergunakan ayat Quran atau dalil tertentu dalam kempen pilihanraya untuk meraih undi dan menarik perhatian pengundi atau untuk menjauhkan para pengundi dari parti tertentu.

Katakan parti A mempunyai lambang pohon pokok, lalu parti lawan B menggunakan ayat, “Janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (TMQ al-Baqarah (2) : 35). Ini jelas sama sekali tidak dibenarkan kerana menyalahgunakan ayat dan juga tidak kena pada tempatnya.

Akan tetapi, lain pula halnya jika politik agama ini difahami dengan maksud ‘berpolitik atas dasar agama’. Di sini kita perlu mengkaji secara kritis istilah ‘politik agama’ dalam erti yang sebenar kerana istilah itu boleh membawa virus ideologi tertentu yang perlu diawasi.

PASCA E 13 : NIK AZIZ KENA BRAIN WASH DALAM MAJLIS SYURA ?KALIMAH ALLAH EKSKLUSIF UNTUK UMAT ISLAM


Keep your promise: Dr Mahathir and Nik Aziz in a friendly situation in Kelantan around the time Nik Aziz said that the then Prime Minister should retire and that he would follow.


firman Allah swt:



maksudnya:

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:
“Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.
Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”

(Surah Luqman, 31:25)


Firman Allah swt lagi,




maksudnya,

“Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”.

Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik).”

(Surah al-`ankabut, 29:63)

PERSOALAN .FIKIRKAN BERSAMA


Mengapa mengharap PENGANUT AGAMA KRISTIAN agar lembut hatinya dan mendapat hidayah melalui MEDIUM bible dan ajaran kristian ?

Adakah jika GOD dan LORD dan FATHER ditukar kepada Allah dalam bible , maka org kristian akan terbuka hatinya kpd Islam ?

Hanya melalui bible sahajakah dakwah dapat disampaikan, maka amat perlu ditukar nama tuhan yg asal ?

Ramai orang kafir yang menerima hidayah dan memeluk Islam akibat dari MEMBACA AL QURAN iaiti AL HUDA (petunjuk), AL FURQAN (pembeza), AN NUUR (cahaya), AL HAQ (kebenaran).

Friday, January 11, 2013

PASCA E 13 : KENAPA PILIH UMNO? MASUKLAH PAS KE ATAU DAP? SEMAKKKK


Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat Syamsul Hidayat Moh Sharif semalam mengistyiharkan menyertai UMNO. Dari semakan yang dibuat, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas Adun PKR Batu Caves Amirudin Shari.

Disamping itu beliau pernah mewakili Pasukan Debat Alam Sekitar Antara Universiti UIA yang menjadi johan pada tahun 2000. Beliau turut dinobatkan sebagai pendebat terbaik pada tahun tersebut. Beliau telah meninggal PKR sejak 2009 

Wednesday, January 9, 2013

PASCA E 13 : PEMIMPIN FASIK KANTOI LAGI PASAL 207 BILLION


KUALA LUMPUR: The Japanese embassy today denied any knowledge of the RM207 billion compensation for Japan’s Death Railway project as pursued by PAS’ Mohamad Nizar Jamaludin.

Japan’s second secretary to Malaysia Takaharu Suegami said today his government never confirmed that RM207 billion was paid to the Malaysian government to compensate some 30,000 Malaysians once recruited as forced labour in its Death Railway project.

“Regarding the compensation of RM207 billion inquired by (Nizar), it is outside of the involvement and knowledge of the government of Japan,” he said in a statement.

“We must remind you that the embassy of Japan has never confirmed that RM207 billion was paid to the Malaysian government as compensation for the victims of the ‘Death Railway’ project,” he added.

Suegami’s statement followed claims that RM207 billion in compensation was paid a decade ago, but neither the surviving victims nor their families had received any payment.

Nizar had earlier told FMT that he had obtained internal information regarding the issue from the Finance Ministry in the form of a memorandum quoting the sum of RM207 billion.
Agreement for RM25m settled in 1972

Suegami said all matters related to compensation during the Second World War had been settled under the San Francisco Treaty, 1952.

He added there was also a mutual agreement between Malaysia and Japan in 1967 whereby Japan had agreed to supply Malaysia with grants, products and manpower totaling RM25 million.

“The necessary arrangements for its implementation were already conducted by the two governments,” he explained.

“The government of Malaysia has agreed that all questions arising out of the unhappy events during the Second World War which may affect the good relations between the two countries are fully and finally settled. “All the supply in accordance with the agreement was completed by May 6, 1972,” he added.

Suegami assured that his country was dedicated to building future-oriented and cooperative relationships with Asian nations, and would continuously work to achieve “peace and prosperity of the world in the future as well”.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/01/08/japanese-embassy-what-rm207b/

ULASAN MUDAH :

RM207 adalah GDP negara Malaysia. Dengan ekonomi jepun tengah tenat, logik kah Jepun bayar sebanyak itu? Kalau Malaysia di bayar begitu, China yang begitu teruk sewaktu zaman jepun , di bayar berapa? RM 1 Trillion?. golongan fasil bawa berita macam munafik

Monday, January 7, 2013

PASCA E 13 : TERUS TERANG TERESA KOK BAGITAU NAK BUAT RUSUHAN


Himpunan 12 Januari: Pembangkang Tegas Mahu Stadium Merdeka
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: Pembangkang memberi gambaran kemungkinan akan tercetus keadaan huru-hara sekiranya mereka gagal mendapatkan permit menggunakan Stadium Merdeka sebagai lokasi penganjuran demonstrasi Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok berkata pihaknya tidak akan tergak-agak untuk menggerakkan peserta demonstrasi agar berhimpun di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur sebagai tanda protes( cubaan menimbulkan huru hara. ikut sedap hati jer teresa kok ni nak ajak orang buat rusuhan )"Kita nak tahu, memandangkan ia akan diadakan pada hari Sabtu ini, pihak kerajaan dan polis harus bagi persetujuan (guna Stadium Merdeka) secepat mungkin.

"Kalau tidak kami akan teruskan perhimpunan kita di pusat bandaraya Kuala Lumpur...jangan salahkan pihak Pakatan Rakyat lagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, Isnin. Ditanya ada pembangkang sememangnya menjangkakan akan berlaku kekecohan pada perhimpunan berkenaan, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, jangkaan berkenaan dibuat berdasarkan pengalaman penganjuran perhimpunan seumpa itu sebelum ini.

"Ia hanya berdasarkan pengalaman lalu...banyak benda-benda (tidak dijangkakan) berlaku. Jadi kita tak nak (huru-hara) berlaku. Sebab itu kita buat jangkaan awal," katanya.

Berhubung sama ada penganjur mempunyai pelan alternatif sekiranya Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku pihak pengurusan Stadium Merdeka enggan memberikan kebenaran, Abdul Rani bertegas agar penganjuran himpunan itu diadakan di stadium berkenaan.

"Sehingga sekarang kita tak dapat apa-apa maklum balas sama ada daripada polis, DBKL atau pengurusan Stadium Merdeka.

"Jadi apa yang akan berlaku seterusnya (sekiranya tiada kebenaran)...we will cross the bridge until come into it," katanya.

Sebelum ini Pengarah himpunan berkenaan, Mohamad Sabu, memberi jaminan bahawa penganjuran himpunan pada Sabtu ini akan berlaku dalam suasana yang aman.

Bagaimanapun, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata pihaknya sehingga kini masih lagi menunggu jawapan pengurusan Stadium Merdeka terhadap surat permohonan bagi menggunakan stadium yang dihantar 26 Disember lalu

PASCA E 13 : ISU RM 30 000 HANYA UNTUK TUTUP KES GANGGUAN SEKSUAL . BENARKAH MEREKA ?



Rezal Huzairi Panjang,
Pegawai Khas TKM 1 dan juga mantan Setiausaha Kerja PKR Pulau Pinang.

P7191022
Ketua Penerangan AMK Cabang Permatang Pauh, Mohd Shukri PJK


Roslan Yahya Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah yang khabarnya terlibat dengan kes gangguan seksual dengan isteri orang yang yang bertugas di pejabat yang sama setahun yang lalu. namun, perempuan tersebut telah bertukar.
BK TIDAK BERMINAT NAK MENGULAS PANJANG SOAL BEROMEN DENGAN BINI ORANG. TAPI YANG PELIK MENGAPA ORANG POLITIK PAKATAN  BERIA IA NAK TOLONG PENJAWAT AWAM KERAJAAN YANG MERUPAKAN KETUA SEBUAH DAERAH. PELIK ...HAIRAN B AJAIB? LU PIKIAQ LA SENDIRI BROTHER

PASCA E 13 : UNTUK MASUKKAN MELAYU DALAM CEC DAP, MEREKA SANGGUP BUAT APA SAHAJA


GUAN ENG TERPAKSA MEMENANGKAN ZAIRIL SEBAGAI PROKSI MELAYU DAN JUGA SETIAUSAHA POLITIK KEPADA SETIAUSAHA AGONG DAP . UNTUK DIPILIH SEBAGAI BAKAL CALON, AHLI DAP PERLULAH MENANG UNTUK MENJAWAT JAWATAN DALAM CEC. JUSTERU, ZAIRIL TELAH DICADANGKAN OLEH DAP UNTUK BERTANDING DI DUN SG PINANG KERANA PERATUS MELAYU DI KAWASAN INI HAMPIR 32% .

BERIKUT IALAH KEPUTUSAN LAWAK JENAKA DAP DI ABAD KE 21 INI :
 
NO
CALON
UNDI SEBELUM SILAP KIRA
UNDI SELEPAS DIBETULKAN
PERBEZAAN JUMLAH UNDI
61
WONG SAI HOONG
448
23
-425
62
WONG SZE PIN@JIMMY
761
643
-118
63
WU HIM VEN(VINCENT)
1202
669
-533
64
YONG WUI WUI(VIOLET)
*
*
*
65
ZAIRIL KHIR JOHARI
305
803
+498
66
ZULKIFLI BIN MOHD NOOR
216
249
+33
67
ROSELI BIN ABDUL GHANI
39
69
+30
68
TAN BOON PENG
407
40
-367

JUMLAH UNDI
3378
2496
882 ???

JUMLAH KESELURUHAN UNDI
36044
35162
882 ???
882 UNDI DIHILANGKAN UNTUK MEMENANGKAN ZAIRIL KHIR JOHARI
#DAPRASIS
Sumber ROKETKINI

APA KATA KIT SIANG :9 DOK BERSILAT NAK MEMBOHONG DAN MENGHALALKAN CARA . PELIK JUGA , DAP MENENTANG PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PEMILIHAN DI KAMPUS. TAPI DALAM CEC DEPA OK PLAK.

KOMPUTER DI SALAHKAN. NI LAH SIKAP DAP DAN PAKATAN. SENDIRI PUNYA SILAP, SALAHKAN KOMPUTER. PI LA SAMAN SYKT KOMPUTER TU KALAU BERANI ?

Isu kesilapan itu berlaku dalam pemilihan CEC DAP yang mana bilangan undi calon Zairil Khir Johari sebenarnya adalah 803 (dan bukannya 305 sebagaimana yang diumumkan pada 15 Disember lalu) dan calon Vincent Wu Him Ven sebenarnya mendapat 669 undi (dan bukannya 1,202 undi).

Dengan itu, Zairil sebenarnya menduduki tempat ke-20 manakala Wu mendapat tempat ke-26. CEC DAP mempunyai 20 tempat yang dipilih, dan CEC kemudian berhak melantik 10 ahli untuk menduduki jawatankuasa itu.

Menurut Kit Siang, kesilapan itu bagaimanapun bukan hasil daripada mana-mana kiraan undi, kerana undian Zairil dan Wu telah dikira dengan betul dan terjadual sebagai 803 undi dan 669 undi.

Beliau menjelaskan bahawa kesilapan keputusan pemilihan itu bukan masalah kiraan undi tetapi ralat komputer yang menyebabkan jumlah undian untuk lapan calon terakhir (iaitu No. 61 – 68) dikeluarkan sama seperti undi calon-calon nombor 31 hingga 38, seperti berikut:

No
Calon
Undi

No
Calon
Undi
31
LIM LIP ENG
448

61
WONG SAI HOONG
448
32
LIU TIAN KHIEW (RONNIE)
761

62
WONG SZE PHIN @ JIMMY
761
33
LOKE SIEW FOOK (ANTHONY)
1202

63
WU HIM VEN (VINCENT)
1202
34
M. KULA
984

64
YONG WUI WUI (VIOLET)
*
35
MANOGARAN A/L MARIMUTHU
305

65
ZAIRIL KHIR JOHARI
305
36
MANOHARAN MALAYALAM
216

66
ZULKIFLI BIN MOHD NOOR
216
37
NG CHIN TSAI
39

67
ROSELI BIN ABDUL GANI
39
38
NG WEI AIK
407

68
TAN BOON PENG
407

Justeru, kata beliau, jumlah undi Wu (No. 63) dipaparkan dengan undian daripada No. 33 (iaitu 1,202 undi) dan jumlah undi Zairil (No. 65) dipaparkan dengan undian daripada No. 36 (iaitu 305 undi) sedangkan jadual yang sepatutnya adalah 669 untuk Wu dan 803 untuk Zairil berdasarkan pembuangan dan kiraan undi di Kongres DAP.

“Tiada sebarang unsur penipuan, manipulasi atau tidak jujur di dalam kiraan undi dan proses penjadualan,” tambah beliau. – Roketkini.com


 
TAN BOON PENG
 ( KALAH SELEPAS PERKIRAAN SEMULA. SIAN JADI KAMBING HITAM. TOLAK CINA , AMBIL MELAYU DEMI NAK MEMBOHONG MELAYU  )
Chairman, Perak DAP Voter Registratrion Bureau

PASCA E 13 : MELAYU SEMUA BABI KATA MANUSIA INI


KESAN ISLAM BERPECAH. AMBIL HADIAH BUAT MELAYU UMNO, MELAYU PAS DAN MELAYU PKR
DAPAT PANGGU SEMUA BABI

Thursday, January 3, 2013

PASCA E 13 : SAH MOHD TUAH PENYELARAS PKR DUN PULAU BETONG MERUPAKAN BAKAL CALON


Mohd Tuah sedang menyampaikan hadiah  

Bakal calon yang mewakili PKR bagi kerusi dun pulau betong , parlimen balik pulau telah di muktamadkan oleh pimpinan pkr negeri pada bulan lepas. nama yang telah mereka senaraikan tanpa saingan ialah hj mohd tuah b ismail yang merupakan penyelaras dun pulau betong . beliau yang merupakan anak watan Pusat Daerah Mengundi Titit Teras , akan melawan calon sedia ada dari umno iaitu yb farid.

menurut maklumat yang BK perolehi, nama mohd tuah telah dipersetujui oleh mansor dan anwar sendiri. guan eng pula agak selesa dengan cara kerja beliau. sebelum ini, ura ura terdengar speaker dun pulau pinang dato halim amat berkenan untuk bertanding kerusi pulau betong setelah tewas di teluk bahang dalam pru ke 12.

hj mohd tuah merupakan bekas pimpinan pemuda umno dan kemudiannya menyertai pas. memandangkan beliau seorang yang tidak berprinsip dan tamakkan kuasa untuk menjadi penyelaras dun, maka beliau rela masuk pkr untuk mewakili pkr sebagai penyelaras dun pulau betong. sebagai makluman pulau betong merupakan kerusi pkr .

hj mohd tuah lebih dikenali sebagai katak pisang yang melompat pada daun hijau dan sentiasa melompat ke tempat yang memberikan keselesaan. pas tidak menjanjikan jawatan kepada beliau, lalu beliau melompat ke dalam pkr. beliau meninggalkan umno juga bukan kerana prinsip perjuangan, tetapi kerana ruang untuk naik ke jawatan lebih tinggi tidak diberikan.

hj mohd tuah agak berpengaruh di kg titi teras . kebanyakkan program beliau akan laksanakan di kawasan beliau sendiri dan beliau terpaksa menggunakan orang titi teras untuk menjalankan program di kawasan lain dalam dun pulau betong. peruntukan penyelaras dun yang diberi oleh guan eng kepada beliau juga amat mewah dan memberangsangkan.

hj mohd tuah pada 29 dan 30 disember yang lalu telah menyusun pelbagai program di sekitar dun pulau betong. beliau yakin dapat mengalahkan yb farid walaupun beliau sendiri tahu kekuatan beliau hanya di kg titi teras sahaja. apapun, pkr telah muktamadkan calon mereka. umno bila lagi ?

Wednesday, January 2, 2013

PASCA E 13 : SALLEH MAN MEROYAN BAANGGA KATA KUTIPAN ZAKAT MENINGKAT KERANA PAKATAN RAKYAT?MENJAWAB PEMBOHONGAN SALLEH MAN

 
 
 
Pengurus Besar Pusat Urus Zakat (PUZ) Pulau Pinang, Dr Azman Abdul Samat berkata, peningkatan jumlah itu berdasarkan tahap kesedaran umat Islam menunaikan zakat perniagaan, selain strategi PUZ yang menfokuskan pembangunan modal insan dan pembebasan kemiskinan jiwa.( MACAM MANA SALLEH MAN BOLEH HABAQ DALAM CERAMAH PENINGKATAN KUTIPAN ZAKAT SEBAB DIA JADI YDP MAIPP,SEBAB PAKATAN PERINTAH DAN LEBIH TERUK LAGI PERBURUKKAN UMNO DALAM HAL ZAKAT. SALLEH MAN KENA INGAT, ISU ZAKAT ISU ISLAM. ORANG UMNO DAN PENIAGA UMNO JUGA BAYAR ZAKAT. )

Menurutnya, situasi itu membuktikan bahawa umat Islam semakin yakin dengan pendekatan PUZ dan berharap agar jumlah itu bertambah menjelang penghujung tahun ini.


“Kita yakin strategi itu dapat memberi kesedaran kepada umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka membantu insan yang memerlukan,” tambahnya lagi.

JUMLAH PUNGUTAN ZAKAT BAGI TAHUN 2001-2010 MENGIKUT NEGERI
Negeri
                                                                        Nilai (RM)
Melaka
119,955,985.02
Sabah
144,297,017.48
Perlis
149,336,181.75
Sarawak
219,095,644.83
Negeri Sembilan
258,080,595.35
Pulau Pinang
344,192,569.29 ( SEJAK DARI ZAMAN BN)


Jumlah pungutan zakat di Pulau Pinang meningkat secara stabil dari tahun 2001 sehingga 2009 dan ianya meningkat secara mendadak pada tahun 2010 dengan lebihan kira-kira RM 31 juta berbanding dengan hasil tahun 2009.

( 2001 HINGGA 2008 SIAPA PERINTAH. PENINGKATAN 2009 DISEBABKAN PUZ BERUSAHA MELAKSANAKAN STRATEGI MENGUTIP ZAKAT DAN BUKAN KERANA ARAHAN GUAN ENG ATAU SEBAB SALLEH MAN JADI YDP. SEHINGA Tanggal 31 Disember 2009,Yang Dipertua MAIPP ialah YB  Shabudin Yahaya ADUN BN Permatang Berangan )

SEKARANG MARI KITA MEMBACA KAJIAN PERBANDINGAN YANG DIBUAT OLEH PELAJAR USM YANG MENGAMBIL PHD . INI BUKTI UMNO YANG BERJAYA MENUBUHKAN PUZ. PAS DAN PKR TUMPANG UNTUNG.
 
Kajian ini bertujuan untuk membuat perbandingan tentang pengelolaan zakat di Pulau Pinang dan di Medan. Zakat memainkan peranan yang besar , kerana ianya mempunyai dua tujuan utama; iaitu, ibadah dan social.Bagi tujuan untuk mencapai kedua-dua maksud ini maka di Medan telah ditubuhkan Badan Amil Zakat Daerah Provinsi Sumatera Utara tahun 1992 dan di Pulau Pinang
ditubuhkan Pusat Urus Zakat tahun 1994.
 
Parameter yang digunakan untuk mengkaji system pengelolaan zakat di kedua-dua instansi ini adalah, enekmen zakat, organisasi, pentadbiran, kutipan dan agihan. Kajian ini menggunakan beberapa kerangka teori yang diasaskan oleh: Qaradawi, (1985), Hafidhuddin, (2002), Doa, (2001); Karim, (2001) ; Public Interest Research and AdvocacyCenter/PIRAC, (2002), Permono, (1999). Kajian ini mendapati bahawa pemahaman terhadap fiqh zakat telah mengalami perubahan di sektor-sektor jasa dan usaha. Aktiviti pengumpulan zakat di PUZ Pulau Pinang terdapat pelbagai kemudahan. Jumlah penerimaan zakat sangat memuaskan .
 
Enekmen zakat dan sistem yang dilaksanakan di Pulau Pinang bersifat lebih tegas . Ianya menguntungkan muzakki , kerana zakat mengurangi cukai. Manakala di Medan mendapati lebih unggul daripada segi penyaluran pengembangan; iaitu, pada pelaburan dalam perkebunan, klinik kesihatan dan saham pada bank syariah...... SAMBUNGAN BOLEH RUJUK DAN BACA TESIS DI BAWAH
 
PENGELOLAAN ZAKAT
DI MEDAN DAN PULAU PINANG:
SATU KAJIAN PERBANDINGAN
Oleh
MARATUA SIMANJUNTAK

Tesis yang diserahkan untuk
memenuhi keperluan bagi Ijazah
Doktor Falsafah
Februari 2006
 
SALLEH MAN KALAU TAK MENJILAT GUAN ENG DAN TAK BOHONG ORANG PULAU PINANG TAK NAMANYA YDP PAS PULAU PINANG. HARI HARI PAS MAIN FAKTA BOHONG