Wednesday, June 12, 2013

PRU 14 : DAP LEAD, PAS DAN PKR FOLLOW. PR TIDAK BERSATU DI SABAH


bapaknya berjuang secara berhemah walaupun di tikam nuar brahim dari belakang. anaknya pulak dah kaya raya waktu dalam umno, kemudian bila tiada jawatan masuk pr untuk cari publisiti dan tohmah umno. inilah tamrin ghafar.dalam banyak banyak tamrin , tamrin apa yang tak boleh di ikut oleh anak usrah ialah TAMRIN GHAFAR

Pilihan raya umum pada 5 Mei lalu memberi pengajaran berharga kepada Pembangkang di Sabah, memandangkan BN dapat ditewaskan di empat kerusi parlimen dan lapan kerusi dewan undangan negeri jika tidak berlaku perpecahan undi untuk calon-calon Pembangkang.

Empat kerusi parlimen itu ialah Kota Marudu, Keningau, Tenom dan Pensiangan, manakala lapan kerusi DUN yang berkenaan ialah Kiulu, Kundasang, Paginatan, Tambunan, Liawan, Melalap, Nabawan dan Elopura.

Malah, jika pembangkang bersatu( MAKSUDNYA PR TAK BERSATU DI SABAH DALAM PRU 13) ia mungkin boleh memenangi 11 kerusi Parlimen (iaitu tiga yang telah dimenangi, ditambah dengan empat yang terlepas daripada genggaman kerana undi pecah, dan empat lagi kerusi, iaitu Beaufort, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (iaitu 12 yang ada sekarang, ditambah dengan lapan yang terlepas kerana undi pecah dan enam lagi, iaitu Tanjong Kapor, Karanaan, Kemabong, Sook, Karamunting dan Tanjong Papat).

Bagi PRU13 saya percaya lebih mudah untuk Pakatan merebut kerajaan persekutuan di Putrajaya daripada memenangi kerajaan negeri Sabah.

Bagaimanapun, Pakatan menghadapi cabaran yang amat berbeza untuk pilihan raya umum ke-14 kerana ia mempunyai dua objektif serangkai – untuk memenangi kerajaan persekutuan di Putrajaya dan juga merebut Kerajaan Negeri Sabah.

Atas sebab ini, saya ingin mengingatkan para pemimpin, ahli, dan penyokong DAP serta Pakatan bahawa kita tidak mempunyai masa untuk berehat kerana kita harus segera memulakan kerja untuk mencapai matlamat yang gagal kita capai dalam pilihan raya umum ke-13.

Kita juga perlu membina asas yang kukuh bagi merebut pentadbiran Sabah dalam pilihan raya umum umum ke-14.

Atas sebab ini juga, selain empat kerusi DUN yang telah DAP miliki, DAP Sabah akan segera memberikan tumpuan terhadap 13 kawasan untuk membantu Pakatan Rakyat mencapai kedua-dua matlamatnya dalam pilihan raya umum ke-14.

Kawasan terbabit adalah Elopura, Karamunting, Tanjong Papat, Tanjong Aru, Karanaan, Paginatan, Tanjong Kapor, Melalap, Kemabong, Liaiwan, Sook, Tambunan dan Merotai.

Untuk membantu kempen DAP dan Pakatan di Sabah bagi pilihanr raya umum ke-14, ahli Parlimen dan ADUN DAP di dalam dan luar Sabah digalakkan untuk mengambil salah satu dari 13 kawasan berkenaan sebagai kawasan angkat.
Jawatankuasa Negeri Sabah bersama-sama dengan Teresa Kok, penyelaras CEC bagi Sabah dan Sarawak, akan merangka perincian bagi program kawasan angkat ini yang akan membolehkan lebih daripada seorang wakil rakyat DAP dilantik sebagai wakil rakyat angkat bagi setiap satu dari 13 kawasan terbabit.

Sebagai langkah mula, kit siang  akan mengambil Karanaan sebagai DUN angkat memandangkan saya telah melawat Ranau untuk Pesta Kaamatan Kg Sarapong kelmarin.

PRU 14 : MUSABAQAH DI KELANTAN BUKTI NIK AZIZ MAIN BELAKANG PINTU?


Empat qari dan lima qariah memperdengarkan bacaan Al Quran masing-masing pada malam kedua Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-56 yang berlangsung di Dewan Besar Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di Kota Baharu, semalam.

Empat qari tersebut ialah peserta tuan rumah Zulkipli Harun, Zul Hasyimi Mohamed Yunus (Pahang), Amirahman Abas (Negeri Sembilan), dan Mohamad Hafas Ali (Terengganu).

Lima qariah pula ialah johan menunggu Che Aminah Che Awang, Radziah Ibrahim (Kelantan), Sarina Yahaya (Perlis), Salina Ali (Sarawak) dan Munirah Razali (Perak).

Menarik perhatian penonton yang memenuhi dewan tersebut ialah bacaan daripada Radziah yang bertugas di pejabat Kemas, Bachok, yang pertama kali muncul mewakili peserta wanita (qariah) negerinya selepas 23 tahun kerajaan Kelantan pimpinan PAS melarang wanita menyertai majlis tilawah Al Quran peringkat negeri dan kebangsaan.

Ketika ditemui pemberita, Radziah, 50, berkata beliau amat gembira kerana dapat menyertai tilawah tersebut dan dapat mewakili negeri kelahirannya.

"Saya sangat gembira dan bersyukur setelah 23 tahun kerajaan negeri Kelantan menghalang penyertaaan dari qariah (wanita) dan kali ini saya berpeluang memperdengarkan bacaan saya sebagai wakil qariah dari Kelantan," katanya yang pernah mewakili Pahang pada Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan pada 2003.

Semalam, selepas majlis tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua orang peserta iaitu qari dari Kedah Mohd Fakhrulradhi Kamaruddin, dan qariah dari Selangor Nor Faizah Panut, memperdengarkan bacaan masing-masing.

Malam esok sembilan lagi peserta akan memperdengarkan bacaan.

Majlis tilawah tersebut yang berlangsung sehingga Jumaat ini disertai oleh 29 peserta dari seluruh negara.

ULASAN BK

APAPUN ALHAMDULILLAH DAN SATU PEMBAHARUAN DARI MB BARU . PENDEKATAN MB BARU INI SEAKAN AKAN TAN SRI AZIZAN MANTAN MB KEDAH IAITU MESRA UMNO.

MESTI ADA TANGAN BELAKANG TABIR YANG MENGIZINKAN MB BARU MELAKSANAKAN MUSABAQAH TERSEBUT. TAK KANLAH MB BARU NAK KAN TG NIK AZIZ MURKA
 

PRU 14 : APABILA CINA KUFAR MENYUMBANG UNTUK MASJID DI NIBONG TEBAL. MUSLIM BAGAIMANA ?

resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat




Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Ada 3 resit kesemuanya.RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah

ULASAN BK :

TAHNIAH DAN ALHAMDULILLAH. TERUSKAN. KALAU DAPAT SEMUA TAUKE HALAL WAL HARAM MENDERMA. TANG CINA MENDERMA , PUAK NI TAK KATA PULAK DUIT JUDI KE, DUIT BABI KE, DUIT ARAK KER. BILA ADA TOKOH KORPORAT UMNO MENDERMA, MEREKA AKAN KATA ADA PROJEK ARAK LA DAN SEBAGAINYA.

APAPUN BK DOAKAN CINA INI BOLEH MASUK ISLAM DAN MENERIMA HIDAYAH ALLAH

PRU 14 : PRU 13 BUKTI UMNO TERUS MARA


walaupun mat taib tinggalkan umno, umno umno tetap terus mendapat undian tertinggi melayu. mujurlah pemimpin macam ni tinggalkan umno. dah kenyang baham hak rakyat, tinggalkan umno. busukkan nama umno

Keputusan PRU-13, jelas menunjukkan Undi Melayu adalah Faktor Utama UMNO masih bernafas.

PARLIMEN KERUSI MELAYU (TIDAK TERMASUK KERUSI PARLIMEN MELAYU DI SARAWAK)

UMNO = 88
PAS = 21
PKR = 16
Jumlah = 125 (Majoriti Mudah)

Kerusi Parlimen Kawasan Melayu jelas lebih memihak kepada UMNO terutama di kawasan luar bandar walaupun tanpa mendapat sokongan majoriti kaum cina.Walaupun di katakan Melayu sudah berubah menyokong DAP dan Calon Cina, namun ia masih kecil dan gagal mengubah persepsi itu.

pas dilihat lebih takut kepada dap dan merasakan bila sahaja mereka menyebut soal melayu maka mereka di anggap seperti umno. PRU 14 bakal menyaksikan sama ada umno mampu memenangi semua kerusi yang ditandingi tanpa mendapat sokongan cina.

dalam kedudukan sekarang, umno perlu berubah dan berikan tumpuan kepada pengundi yang mengundi anda. dap telah bersedia pada 6 mei 2013 selepas mereka kalah. mereka ada pelan tektikal sekiranya mereka gagal pada 5 mei lalu. bagaimana dengan UMNO?

BK harap umno berubah secara realiti dan bukannya berfantasi dengan vokal yang tiada hujung yang pasti.