Wednesday, July 17, 2013

PRU 14 : PAS MENZALIMI AYAT AYAT ALLAH

GAMBAR LAMA TAPI INI SIKAP SEBENAR PAS SAMPAI LA NI

Asal ma’na “kezaliman” ialah aniaya dan melampaui batas yang telah ditentukan. Erti zalim menurut ahli bahasa dan kebanyakan ulama’ ialah: “Meletakkkan sesuatu bukan pada tempat yang semestinya”, baik mengurangi, menambah atau mengubah waktu, tempat atau letaknya.”. Oleh kerana itu kata kezaliman diartikan sebagai penyimpangan dari ketentuan, baik besar ataupun kecil. Dikatakan orang itu zalim apabila melakukan dosa kecil sekalipun, apatah lagi dosa besar. Sebagian Hukama’ membagi kezaliman itu menjadi tiga:

(a) Kezaliman manusia terhadap Allah s.w.t;

(b) Kezaliman manusia dengan sesamanya, iaitu berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain rugi kerana perbuatannya seperti melanggar janji, takbur, membuat keonaran dan sebagainya.

(c) Kezalimam manusia terhadap dirinya sendiri, iaitu berbuat maksiat dan kederhakaan, seperti berzina, minum minuman keras dan melanggar larangan Allah, mengurangi atau menambah ketentuan yang ditetapkan Allah s.w.t. dan sebagainya."

[K.H.M. Ali Usman, “Hadits Qudsi”, C.V. Diponogoro, Bandung, Indonesia, 1976; ms.151-152.].

Adalah amat perlu diberi tahu kepada rakyat apa juga kezaliman yang dilakukan oleh PAS dalam bidang politik kerana berkecenderungan hati menyokong dan memenangkan PAS di PRK KUALA BESUT  nanti bererti akan menerima padahnya sebagaimana yang Allah SWT telah Firmankan di Ayat 113 dalam Surah Hud, iaitu:
وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
yang maksudnya:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” [Al-Qur’an: Ayat 113 Surah Hud].

PRU 14: UNTUNG BESARKAH BN DENGAN AES ?

It works: Dr Khoiri showing how the AES cameras work.
gambar hiasan

AES: Syarikat dapat RM13.55juta, kerajaan RM3.4juta
KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula 11 Jun 2012 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.

Menurut jawapan bertulis Menteri Pengangkutan kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him di Dewan Rakyat hari ini, dalam tempoh yang sama sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi, agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 adalah sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan.

Sebanyak 14 kamera AES telah beroperasi di lokasi-lokasi berikut:

1. KM 375.9, Lebuhraya PLUS-Slim River (Arah ke Utara)
2. KM 7, Jalan Maharajalela, Teluk Intan (Aran ke Bagan Datoh)
3. KM 91, Jalan Ipoh-Butterworth (Arah ke Selatan)
4. KM 26, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar (Persimpangan Kg. Kerdah)
5. KM 85.5, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
6. KM 204.6, Lebuhraya PLUS-Taiping (Arah ke Utara)
7. Jalan Pasir Putih, Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
8. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
9. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian Sentul)
10. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
11. KM 301.6 Lebuhraya PLUS -Kajang (Arah ke Utara)
12. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
13. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
14. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
ULASAN BK

MUDAH SAHAJA. KALAU DI PULAU PINANG SETIAP HARI MPSP DAN MPPP BAGI KOMPAUN PADA KENDERAAN.KUTIAPN SETAHUN MENCECAH RM 5 KE 9 JUTA. KENAPA PR TAK BISING? 

AES HANYA PADA PESALAH. KOMPAUN PR DI PENANG PUN KERANA PESALAH. KENAPA PR TAK BISING UNTUK PENANG ? 

PRU 14 : BN DI TUDUH SABOTAJ PERUNTUKAN WARISAN PULAU PINANG


KUALA LUMPUR: Setelah Melaka dan George Town menerima pengiktirafan Unesco sebagai Tapak Warisan Dunia, kerajaan persekutuan, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji akan memberikan RM20 juta masing-masing kepada Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town demi membantu kerja-kerja pemuliharaan, perlindungan dan promosi warisan.

Namun bagi Tapak Warisan Dunia George Town, jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta tidak disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang seperti mana yang dijanjikan.

“Sehingga hari ini kerajaan negeri tidak menerima sebarang peruntukan, sebaliknya negeri Melaka memperolehi RM30 juta,” ujar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam surat kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.

Berikut ialah kandungan surat berkenaan mengenai permohonan geran RM20 juta yang dijanjikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memulihara, melindungi dan mempromosikan Tapak Warisan Dunia Unesco George Town.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perbualan di ruang legar Parlimen berkaitan dengan perkara di atas.

2. Sempena lawatan YB Dato’ Seri ke Taiping baru-baru ini dan kenyataan YB Dato’ Seri tentang kepentingan usaha-usaha untuk mengekal, memelihara dan melindungi aset-aset warisan kita yang bersejarah daripada dihapus oleh arus pembangunan moden, saya dengan tulus hati amatlah menyokong dan menyahut seruan YB Dato’ Seri untuk memelihara dan mempertahankan aset-aset warisan kita yang tak ternilai demi kepentingan generasi-generasi kita yang akan datang.

3. Untuk makluman YB Dato’ Seri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak dahulu lagi telah bertekad dan berusaha gigih dalam perancangan serta pelaksanaan kerja-kerja memelihara dan memulihara aset-aset warisan negeri yang dibanggai dan dikagumi ramai. Tambahan pula kini dengan pengiktirafan status Tapak Warisan Dunia UNESCO kepada George Town pada 7hb Julai 2008, usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan di Pulau Pinang amnya dan khususnya Tapak Warisan Dunia George Town telah giat berkembang dan pelbagai program/aktiviti pemuliharaan warisan telah dirancang dan dijalankan oleh Pihak Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dan agensi-agensi/persatuan lain.

4. Untuk makluman lanjut YB Dato’ Seri, setelah Melaka dan George Town menerima pengiktirafan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, kerajaan persekutuan, mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji akan memberikan RM20 juta masing-masing kepada Tapak Warisan Dunia Melaka dan George Town demi membantu kerja-kerja pemuliharaan, perlindungan dan promosi warisan. Namun bagi Tapak Warisan Dunia George Town, jumlah peruntukan sebanyak RM20 juta tidak disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepertimana yang dijanjikan. Sehingga hari ini kerajaan negeri tidak menerima sebarang peruntukan, sebaliknya negeri Melaka memperolehi RM30 juta.

5. Memandangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi komitmen penuh kepada pihak UNESCO dalam usaha memelihara dan melindungi aset-aset warisan dalam Tapak Warisan Dunia George Town, yang merangkumi aset warisan ketara dan tak ketara, maka kami ingin memohon sokongan dan kelulusan khas YB Dato’ Seri agar janji peruntukan RM20 juta. Wang tersebut yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dapat meneruskan lagi perancangan-perancangan dan program-program pemuliharaan warisan yang telah dijalankan dan bakal dijalankan di Tapak Warisan Dunia George Town demi manfaat semua pihak seperti yang dijanjikan dalam Pelan Pengurusan Pemuliharaan dan Rancangan Kawasan Khas George Town.

6. Setakat ini, projek-projek pembangunan dan pemuliharaan warisan yang sedang giat dijalankan dalam Tapak Warisan Dunia George Town adalah seperti disenaraikan dalam lampiran.

7. Adalah menjadi harapan kami dan semua rakyat jelata Pulau Pinang bahawa Kerajaan Persekutuan dapat berganding bahu dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama menerajui usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan aset-aset warisan Pulau Pinang agar budaya warisan negara kita dapat diturun-temurunkan kepada generasi-generasi kami yang akan datang serta Tapak Warisan Dunia George Town dapat dimajukan sebagai satu tapak warisan dunia UNESCO yang betul-betul unik, unggul dan bandar warisan hidup (“Living Heritage City”) yang sebenarnya.

8. Segala pemberian sokongan dan kerjasama YB Dato’ Seri dalam penyaluran peruntukan baru ini amatlah dihargai dan dialu-alukan. Jasa baik YB Dato Seri adalah dihargai.
ULASAN BK

KERAJAAN PUSAT ADA KUASA UNTUK MENGGUNAKAN WANG WARISAN MELALUI AGENSI ATAU JABATANNYA TANPA MENYALURKAN PERUNTUKAN TERSEBUT SECARA TERUS KE AKAUN NEGERI.