Thursday, August 7, 2014

PELIK TAPI BENAR.TS KAHLID MINTA SPRM SIASAT DIRINYA SENDIRI





Pejabat Menteri Besar Selangor  melalui Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Yasid Bidin berbuat demikian terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan pengetahuan Menteri Besar itu kerana yakin tidak bersalah.

“Ini surat aduan salah laku yang dikatakan dilakukan Menteri Besar. Saya sebagai pegawai Menteri Besar rasa bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan kepada SPRM.

“Tan Sri yakin di pihak benar. Perkara ini diserahkan kepada SPRM untuk menentukan dakwaan itu betul atau tidak,” katanya pada sidang media  di pejabat SPRM Selangor, di sini, hari ini.

Tindakan sedemikian dipercayai pertama kali dilakukan ahli politik di negara ini.

Tindakan itu dibuat berikutan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution membuat dakwaan terbuka terhadap Abdul Khalid melalui nota 91 halaman ‘salah laku’.

Bagaimanapun, Saifuddin tidak membuat laporan kepada SPRM sekalipun dicadang Abdul Khalid sendiri.

Kandungan nota 91 muka surat  itu diserah kepada SPRM bagi membolehkan suruhanjaya itu melakukan siasatan.

Selain Yasid turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar, Azman Bidin Mustapha Talib.

APAKAH HJ HADI MAKSUM SEBELUM INI ?


KHALID SAMAD TIDAK YAKIN DENGAN PR JIKA PRK DIADAKAN


RAFIZI MENGAKU PR AKAN HILANG SELANGOR


SOLAT HAJAT PAS UNTUK HANCURKAN ORANG PAS???



SEBELUM INI PAS BUAT SOLAT HAJAT UNTUK DOA UMNO HANCUR
SEKARANG PUAK PAS BUAT SOLAT HAJAT UNTUK HANCURKAN ORANG PAS SENDIRI YANG MENJADI DALANG PKR DAN DAP

RAFIZI BAHLUL!!!!!!. MASALAH PKR KAU SALAHKAN UMNO


AMBIK KAU PUDIN. KHALID DAH JAWAB TAK SAMPAI 3 HARI



HANIPA MAIDIN BERANI HANTAM NIK AZIZ ?



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.
   
"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu.
   
Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu. 
   
"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya. -Bernama 

BK : BILA PULA PKR DAP DAN PUAK PAS PRO ANUAR NAK BALUN NIK AZIZ. HANIPA MAIDIN BERANI BALUN NIK AZIZ KE???

XAVIER PULA MEMBERI AMARAN KEPADA NASARUDDIN TANTAWI




DAMANSARA 6 Ogos - Timbalan Pengerusi Negeri PKR Selangor, Dr Xavier Jayakumar hari ini memberi amaran kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi agar tidak mencampuri urusan di Negeri Selangor.

Xavier berkata, sebarang kemelut mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor adalah di bawah bidang kuasa PKR seperti yang telah dipersetujui oleh Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

"Pasal apa orang luar Selangor dari PAS ini nak campurtangan di dalam hal ehwal Keadilan (PKR) ini.



"Saya ingin ingatkan di sini ketika Menteri Besar Kedah di pilih ia adalah bidang kuasa PAS, manakala di Pulau Pinang adalah bidang kuasa DAP, di Selangor kita telah ada persetujuan dalam PR bahawa ianya adalah bidang kuasa PKR.

"Jadi PKR yang akan buat keputusan di Selangor jadi saya harap ianya dapat dipatuhi oleh setiap pemimpin dalam PR," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR  di sini hari ini.

Terdahulu, Nasruddin secara terbuka menyatakan pendirian supaya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal meneraju negeri Selangor.

Walaupun beliau diarahkan supaya "menutup mulut" berhubung isu pertukaran MB, namun Nasrudin tetap mempersoal kewajaran tindakan itu terhadap Khalid dan wajar dibela sepertimana dilakukan PAS terhadap Anwar.

BK : TU DIA. PAS MAKI PKR. PKR MAKI PAS. DAP BALUN PAS. PAS BALUN DAP. LAST LAST UMNO JUGA YANG DEPA SALAH NANTI

NASARUDDIN TANTAWI BERANG DENGAN PKR DAN LIM GUAN ENG


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap mengamalkan dasar berat sebelah apabila menjadikan isu pembinaan projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) sebagai alasan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, PKR dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) seharusnya turut mengecam tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 billion yang menghubungkan Persiaran Gurney dengan Bagan Ajam di Seberang Prai.

Tambah beliau, lebih malang projek yang dibiayai sendiri kerajaan Pulau Pinang itu dianugerahkan kepada syarikat Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.

"Saya pelik kenapa Tan Sri Khalid dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak terikat dengan mana-mana pihak. Namun kenapa rundingan terus? Namun tindakan Guan Eng ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana Tan Sri Khalid dikecam dan didesak meletakkan jawatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu timbul sehari selepas PKR membentangkan 'lima dalil' bagi menyokong keputusan parti itu untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain isu Kidex, pendedahan utama berhubung dakwaan salah laku Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat secara mengejut serta menimbulkan 'keraguan munasabah'.

Selain itu menerusi kenyataannya bagi mempertahankan Abdul Khalid, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh sekali lagi membandingkan pentadbiran kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor.

"2014 adalah tahun ke enam kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 juta.

"Apakah agaknya yang difikirkan Guan Eng sehingga berani berbelanja besar (projek terowong) dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap Guan Eng ini?" katanya

BK : PAS MULA MELUAT DENGAN PERMAINAN DAP DAN PKR.BARU HANGPA NAK SEDAQ? SAH LAH LEPAS NI HANG NASARUDDIN KENA COP PRO UMNO

SAH SELANGOR BUBAR DUN???



Penganalisis politik  PAS, Mohd Sayuti Omar berpendapat, jika Abdul Khalid seorang pemimpin yang mempunyai integriti, beliau perlu menasihatkan Sultan supaya membubarkan Dun sebelum undi tidak percaya dilakukan.

Katanya, jika Abdul Khalid hanya menasihatkan Sultan selepas undi tidak percaya maka banyak pihak akan mempertikaikan tindakannya itu.

"Dari segi perlembagaan, memang Tan Sri Khalid masih boleh nasihatkan Sultan untuk bubarkan Dun biarpun mendapat undi tidak percaya dari Adun.

"Tetapi sebagai seorang pemimpin yang bercakap soal integriti dan sebagai pemimpin yang bermaruah, beliau sepatutnya nasihatkan Sultan sebelum adanya usul undi tidak percaya," katanya kepada Astro AWANI.

PAS Pusat dijadualkan akan mengadakan mesyuarat pada 10 Ogos ini bagi membincangkan hasrat PKR yang menamakan presidenya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid.

BK : 8 OGOS JAM 11.59 MALAM DETIK AKHIR KHALID MEMEGANG JAWATAN MB