Tuesday, March 11, 2014

ANWAR ANAK JANTAN KATA NIK AZIZ



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'anak jantan' yang tidak gentar menghadapi sebarang kemungkinan.

Ketua Umum PKR itu, ujar Tuan Guru Nik Aziz menghubunginya pada jam 1 tengahari, 8 Mac lalu bagi memaklumkan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atasnya.

“Dari nada Datuk Seri Anwar semalam langsung tidak tergugat, menggambarkan benar-benar suara ‘anak jantan’ yang tidak gentar menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, semalam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menyarankan PAS Pusat menganjurkan solat  hajat seberapa segera di Kuala Lumpur selepas solat Isyak berjemaah bagi memohon pertolongan Allah terhadap ujian yang dihadapi Anwar.

“Orang Islam solat sunat hajat berjemaah memohon pertolongan dan petunjuk Allah, bukan Islam hadir untuk memberi sokongan,” ujarnya.

Beliau tidak menafikan musibah yang menimpa Anwar mampu membuka ruang kemenangan besar kepada calon PKR yang bertanding dalam PRK Dun Kajang kerana undi protes rakyat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan keluarga Anwar agar bersabar menghadapi ujian besar membabitkan maruah keluarga dan imej Islam.

Beliau yakin dengan insiden itu  semangat benci kepada kezaliman BN bertambah hebat berbanding biasa

BK : SEBAB ANAK JANTAN LE NUAR BANYAK DI SABITKAN DENGAN KES MAIN BELAKANG DEPAN . TAK KIRA HUKUM HAKAM. 

KONSESUS NASIONAL PR DAN BN DIBATALKAN




Anwar enggan bekerjasama dengan BN yang disifatkan sebagai zalim rentetan keputusan bersalah yang diterimanya daripada mahkamah berhubung kes meliwat pembantunya minggu lalu. -11 Mac, 2014.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) membatalkan tawaran konsensus nasional antara Pakatan Rakyat (PR) dengan Barisan Nasional (BN).


Anwar dengan nada tegas di pentas ceramah kempen di Kajang malam tadi berkata, adalah lebih baik mereka menentang BN daripada bekerjasama dengan mereka disebabkan kezaliman BN terhadapnya.

"Dulu kita cadang dialog untuk bincang agama, rasuah, kaum. Kita ulang lagi dengan konsensus nasional.

"Sekarang tiada lagi. Kita lawan. Kerana apa, Biadap! Ini soal badan kehakiman, bukan Anwar," kata Anwar di hadapan penyokongnya dalam satu ceramah di Kajang malam tadi.
Anwar dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Hukuman berkenaan turut tidak melayakkan beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang dijadualkan 23 Mac depan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari ini sebagai Hari Penamaan Calon.
PKR kemudiannya memutuskan untuk menggantikan Anwar dengan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Anwar dalam ceramahnya turut berkata, meletakkan Presiden PKR itu umpama meletakkan dirinya sendiri bertanding di kerusi yang dikosongkan Lee Chin Cheh dari PKR itu.
"Azizah bertanding seolah-olah Anwar juga bertanding di Kajang," katanya.

"Bila saya isytihar perang dengan pemimpin Umno dan BN, walaupun saya tahu di bawah (penyokong Umno), saya rayu orang Umno hijrahlah (ke PR).

"Saya perang dasar. Manusia ini ada maruah. Pertahankan maruah saya tanggungjawab saya dalam syariah Islam," katanya.

BK : HAIRAN ....SAPA YANG SEBENARNYA NAK KONSENSUS NASIONAL?BUKANKAH ANWAR YANG TERGILA GILA NAK BERKONSENSUS ?BN PUN TAK KELAPAQ NAK BERBINCANG DGN PKR 

IMIGRESEN KLIA DI SIASAT???


opss pic ini tiada kaitan dengan tajuk di bawah yer


Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370. 

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. 

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. 

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri. 

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia. 

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. 

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. 

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

BK : ELOKLAH SIASAT SEBAB INI PERKARA KESELAMATAN NASIONAL. KALAU BOLEH SIASAT SMS PILOT SEBELUM INI DAN PELBAGAI LAGI LAH.