Monday, June 4, 2012

BERITA SEMASA : KERAJAAN NEGERI GAGAL SELESAIKAN KESESAKAN LALULINTAS DI LALUAN NIBONG TEBAL-PARIT BUNTAR

Oleh : Azira

4 Jun- Sg Aceh . Penduduk yang menggunakan jalan Nibong Tebal -Parit Buntar kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang sehingga kini gagal menyelesaikan masalah kesesakan jalan di kawasan tersebut.

Kerajaan negeri melalui manifesto sedia ada telah berjanji untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya sekiranya mereka berkuasa. Namun, 4 tahun setengah mereka ternyata gagal menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya.

Kerajaan negeri ternyata tidak adil apabila hanya mahu menyelesaikan kesesakan jalan di kawasan sebelah pulau sahaja dan membiarkan kesesakan jalan terus berlaku di sebelah Seberang Perai Selatan. Pengguna jalan raya setiap hari merasa tertekan apabila menggunakan jalan tersebut antara jam 5.30 hingga 6.30 petang. Sepatutnya kerajaan negeri perlu melebarkan jalan tersebut atau membina jalan alternatif yang lain. 

Sebelum memerintah kerajaan DAP asyik menyalahkan kerajaan BN. Namun, selepas mendapat kuasa mereka lebih teruk lagi daripada kerajaan BN. Rakyat mula bosan dengan janji janji kosong kerajaan  negeri. Kerajaan negeri ternyata gagal dan suka menabur janji kosong.

BERITA SEMASA : TANAH RUNTUH DI LADANG HONG SENG AKIBAT KERAKUSAN KERAJAAN NEGERI

Oleh : Ah Choon

4 Jun- Tangjung Bungah.Tanah Runtuh Di Ladang Hong Seng Dan Taman Puncak Mutiara, Tanjung Bunga  Akibat Hujan Lebat Berterusan Di Pulau Pinang.

Hujan lebat berterusan lebih enam jam pada hari Jumaat yang lalu telah mengakibatkan berlaku kejadian tanah runtuh di  Ladang Hong Seng, Mount Erskine dan di Taman Puncak Mutiara, Tanjung Bungah.

Kedua-dua kejadian itu telah mengakibatkan tembok penahan tanah runtuh dan menimpa bahagian belakang rumah milik salah seorang penduduk di situ dan kenderaan yang letak di kawasan itu tururt mengalami kerosakan.

Penduduk tempatan mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pembangunan di  kawasan-kawasan tinggi yang boleh mengundang kemungkinan akan berlaku tanah runtuh semasa hujan lebat .

Penduduk tempatan mendesak kerajaan Negeri Pulau Pinang agar  menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menjalankan kajian dan tinjauan terhadap  semua projek perumahan di lereng bukit itu supaya memastikan tidak berlaku kejadian tanah runtuh.

BERITA SEMASA : LORI TANAH MENGANCAM PENDUDUK DI LALUAN PONGSU SERIBU KE KEPALA BATAS

Oleh : Azira

4 Jun. Kepala Batas .Lori yang membawa muatan tanah, batu bata, kayu balak dan juga lori kontena sering menjadikan jalan pintas dari Pongsu Seribu menghala ke Kepala Batas melalui Taman Seri Serdang dan Bertam Ria jadi pilihan mereka .

Jalan ini menjadi  pilihan kerana ianya cepat dan tiada halangan  lampu isyarat. Namun begitu, keadaan jalan yang sempit kurang sesuai untuk kenderaan berat kerana ianya mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain terutamanya motosikal.

Setiap pagi boleh dikatakan ramai pelajar sekolah dan juga pelajar AUCMS menggunakan jalan tersebut untuk ke sekolah dan kolej masing-masing. Rungutan telah disampaikan kepada pihak berwajib , namun sehingga kini tiada tindakan di ambil.

PASCA E 13 : JUMLAH KUTIPAN BINA LEBUHRAYA DI KELANTAN


Pada hari perasmian pecah tanah pakej 1 (Machang -K.Krai) 28 Mei 2012.

- Cek bernilai RM1,355, 000.00

- Tunai RM14,777.40

Kutipan pada Dialog Anak Kelantan Di Perantauan 2 Jun 2012

- RM3,577.30

Sumbangan Derma Wakaf Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai boleh disalurkan ke:

No Akaun : 0303 6010 0030 31
Bank : Bank Islam (BIMB)
Nama : Rowstead Systems SDN BHD yang akan dikenali sebagai Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan SDN BHD, anak syarikat milik penuh PMBK.

BK ; SEPATUTNYA DERMA UNTUK DAPATKAN BEKALAN AIR BERSIH. AIR DULU YANG UTAMA BUKANNYA JALAN WEHHHH

PASCA E 13 : FATHUL BAHRI NAK LAWAN JERUNG BUKANNYA CICAK MENGKARUNG. ADA FAHAM KA?


Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) hari ini menyatakan kesediaannya mengambil bahagian dalam debat anjuran Pemuda PAS Gombak jika ia disertai oleh pucuk pimpinan parti itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia Fathul Bari Mat Jahaya juga berkata topik perbahasan, PAS vs Umno: Siapa Sesat yang dipilih oleh Pemuda Pas Gombak harus dikaji semula supaya tidak meremehkan Islam.

“Kami berbesar hati menyambut jemputan ini tetapi lebih berminat berdiskusi dengan orang-orang berperingkat tinggi dalam PAS.

“Bukan tak mahu (debat) dengan mereka (Pemuda PAS Gombak) tapi lebih berminat dengan Nik Aziz ataupun Hadi Awang,” katanya ketika dihubungi MyChannel13.com.

Fathul berkata sebarang debat antara ILMU dengan individu yang tidak punya kuasa untuk membuat perubahan pada dasar PAS tidak akan membawa apa-apa makna.
“Mereka bukan golongan pembuat dasar. Kita (mahu) bercakap dengan golongan pengeluar kenyataan-kenyataan dalam PAS seperti Hadi dan Nik Aziz.

”Kata-kata mereka adalah pemutus dalam PAS. Jadi perbincangan itu patut berlaku dengan mereka. Jika tidak ia tidak akan mencapai satu penyelesaian yang baik,” katanya.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak mengundang ILMU untuk menyertai program debat itu pada 26 Jun.

Fathul juga menegaskan debat untuk menentukan parti yang mana sesat hanya akan menjurus kepada perbahasan yang sia-sia.
“Siapa sesat ? Tajuk itu awal-awal sudah membentuk satu persepsi kalau siapa yang menang pihak lawannya yang kalah bererti dia sesat,” kata beliau.

“Sewajarnya kita berbicara hal tanggungjawab kita sebagai orang-orang politik, orang-orang agama dalam politik untuk menyampaikan Islam,” jelasnya.

Fathul berkata beliau bagaimanapun menyifatkan perdebatan itu sebagai medan muzakarah bagi kedua-dua pihak.

“Usaha untuk mereka bermuzakarah satu usaha yang sangat baik tapi saya kira lunakkan sedikit cara kita meminta dan memohon, untuk mencabar dan berdebat.

“Mungkin intonasi saya berlainan dengan mereka atau mereka maksudkan ‘mari berdebat…’ tetapi bukannya nak berdebat siapa yang sesat,” kata Fathul.