Wednesday, February 19, 2014

SAMPAI RM 5 BILLION HINDRAF MAU. SO APA FUNGSI MIC PULA?


Moorthy mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal menunaikan janjinya kepada kepada komuniti India.




Dalam sidang medianya selama 20 minit hari ini, Waythamoorthy turut menggesa Najib (kanan) supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.
“Over the last eight months, I had at least 16 meetings with the prime minister at his office in Putrajaya,” Waythamoorthy explained.
“In each of these meetings, I kept pushing for the naming of the new unit that he promised I was to head, as well as for the budget that was agreed to.”
Pada Isnin lalu Waythamoorthy menyerahkan surat peletakan jawatan, lapan bulan selepas dia menandatangani memorandum kontroversi persefahaman (MoU) dengan BN beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13.

Apa yang gagal diterangkan kepada umum oleh Waytha Moorthy ialah beliau menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam sistem pentadbiran kerajaan berbanding NGO yang beliau ketuai belum ini. Jika dalam NGO beliau mempunyai kebebasan mengarah dan menguruskan dana, ia tidak akan boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya dalam kerajaan.

Menurut sumber, Waytha Moorthy menuntut mahukan sebuah jabatan khusus yang dianggotai sekitar 50 orang pegawai dengan peruntukan antara RM 4-5 bilion.

Selepas pilihan raya, Kerajaan BN memberi RM750 juta kepada kaum India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian/agensi untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf.

Malangnya, Waythamoorthy mahukan beliau menguruskan secara langsung dana RM 750 juta tersebut. Permintaan ini tidak mungkin dipenuhi oleh Perdana Menteri kerana ia bertentangan dengan prosedur kewangan kerajaan.

Selain itu, adalah mustahil untuk kerajaan memenuhi semua tuntutan Hindraf yang ada antaranya bertentangan dengan perlembagaan negara.

BK : KALAU SEMUA DIA MAU BUAT, MIC DAN PP YANG RAMAI KAUM PEMIMPIN KAUM INDIA BOLEH TUTUP LA. SEMUA DIA MAU

PR MARAHKAN ROS KERANA LEWATKAN PENUBUHAN GABUNGAN MEREKA


Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan segera pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu gabungan parti politik sebelum Konvensyen Pakatan Rakyat pada 8 Mac ini. 

"Sudah lima kali kita berkonvensyen dan sekurang-kurangnya sudah tiga kali kita buat permohonan untuk daftarkan Pakatan Rakyat dengan ROS. 

"Kita menyeru ROS dan menteri dalam negeri untuk berikan kelulusan pendaftaran Pakatan Rakyat secepat mungkin. 

"Kita harap dapat kelulusan pendaftaran sebelum konvensyen ini agar kita dapat lancarkan pada konvensyen ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis setiausaha Pakatan Rakyat di ibu negara pagi ini. 

Turut hadir Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 

Dalam sidang media itu, Mustafa pula menegaskan yang permohonan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat telah lama dibuat sejak dahulu lagi. 

Menurutnya lagi, ia tidak ada kena mengena secara khusus dengan pilihan raya kecil DUN Kajang. 

"Ia (permohonan) berterusan, bukan khusus kerana (PRK) Kajang. 

"Kita dah memohon sejak beberapa tahun lalu," katanya. 

Manakala Saifuddin pula menjelaskan kali terakhir gabungan pembangkang itu membuat permohonan itu pada bulan Januari lalu. 

Tegasnya, mereka kini membuat susulan "hampir setiap hari" dengan ROS untuk memastikan permohonan mereka diluluskan. 

ROS sebelum ini mengumumkan yang permohonan tersebut "masih belum diproses" kerana Pakatan Rakyat gagal memaklumkan ROS tentang perubahan kepimpinan dalam parti yang dianggotainya. 

Menurut ROS, permohonan tersebut dibuat pada "suatu masa dahulu" dan pihak Pakatan Rakyat juga didakwa gagal memaklumkan ROS tentang perubahan jawatankuasa sementaranya. MKINI


BK : TAK PERLULAH BUAT SIDANG MEDIA. HANTAR WAKIL PI BERBINCANG DENGAN ROS. TANYA APA YANG SILAP. SILAP ISI BORANG KE ATAU SEBAGAINYA. SIDANG MEDIA BUKAN SELESAIKAN MASALAH. SIDANG MEDIA SEBAGAI ALASAN HANGPA JE.

KONSENSUS NASIONAL :TERBUKTI PAS MEMANG BERTEMU UMNO


1. Memacu peradaban negara seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan kematangan berpolitik adalah satu tuntutan kontemporary ke arah pembentukan sebuah negara maju bertaraf dunia. Pacuannya pula selari dengan anjakan pemikiran penghuninya yang terdiri daripada pemimpin dan anggota masyarakat awam. Tanpa pacuan yang seiring dan selari antara 4 elemen ini ( peradaban negara, pertumbuhan ekonomi, kematangan berpolitik dan anjakan pemikiran ) , hasrat untuk merajah peta negara sebagai satu blok negara maju bertaraf dunia tidak akan kesampaian. 

2. Sementara 4 eleman tersebut hanya benar – benar efektif untuk diselarikan apabila terdapat faktor lonjakan yang didokong oleh seluruh anggota masyarakat tanpa mengira bendera politik, warna kulit, bahasa lidah dan sijil akademik. Faktor lonjakan yang saya maksudkan di sini ialah persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau dengan istilah yang dipopularkan mutaakhir ini iaitu konsensus. Faktor lonjakan ini ( persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus ) pula tidak mungkin dapat dicerna tanpa adanya konsep damai dalam politik dan hubungan sosial. Meskipun tidak mampu dicapai dalam semua aspek, sekurang – kurangnya dapat dihasilkan dalam perkara – perkara utama yang menjadi kepentingan umum seperti aspek keselamatan, kestabilan ekonomi, kepentingan politik, keadilan sosial dan pemulangan hak. 

3. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di atas kapasiti Presiden kepada Gerakan Islam kontemporary di negara ini telah mengemukakan satu idea yang sungguh brilliant disekitar tahun 2008 bagi menghadapi kemelut negara yang tiada kesudahan pada waktu itu apabila melihat kekuatan parti – parti politik daripada blok pemerintah dan pembangkang mulai seimbang. Negara dan beberapa buah negeri berdepan dengan satu situasi dilema dalam pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil. Masing – masing parti mempunyai keupayaan tawar – menawar. 

4. Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah mengemukakan idea Unity Government sebagai salah satu jendela penyelesaian mendepani suasana seperti itu. Bermaksud semua parti diberi peranan dalam pembentukan kerajaan lalu mentadbir negara dan negeri dengan adil dan saksama demi kepentingan negara dan rakyat melalui persefahaman, persetujuan, kesepakatan atau konsensus yang dicapai dan dimeterai pada peringkat nasional. 

5. Malangnya saya masih ingat pada waktu itu, belum sempat idea besar ini diwacana, dibahas dan dikaji secara tulus dan akademi , idea ini telah dibunuh dengan meletuskan satu persepsi jahat bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi mahu mengheret PAS menyertai UMNO dan polemik ini berlanjutan sehingga 3 siri muktamar tahunan PAS selepas itu. Biarpun dinafi beribu kali oleh Tuan Guru Presiden, ianya gagal menangkis serangan persepsi tersebut. Saya dan sahabat saya Al Fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh membuat percubaan untuk menjernihkan keadaan lalu mengemukakan pandangan mengenai “politik damai” antara tahun 2008 – 2009 namun percubaan itu turut gagal. Persepsi Unity Government (UG) sebagai menyertai UMNO terlalu besar melanda masyarakat bagaikan ombak 7 beradik. 

6. Idea Unity Government ditolak kerana pertemuan antara pemimpin PAS dengan UMNO berjaya didedah lalu ia dijustify sebagai usaha gelap untuk membawa PAS menyertai UMNO. Sungguhpun persepsi itu tidak masuk aqal tetapi ia berjaya diolah dengan baik dan membentuk tanggapan awam. Akhirnya Tuan Guru Presiden menarik balik idea Unity Government dan saya masih ingat antara ucapan beliau sewaktu menarik balik idea ini bahawa 

“saya terpaksa menarik balik Unity Government ini kerana orang masih tidak faham erti Unity Government dan ianya tidak boleh dilaksana dalam keadaan orang tidak faham. Saya yakin dan percaya bahawa suatu masa nanti orang akan faham dan orang akan fikir balik apa yang saya lontarkan ini.” 

7. Berlalu mendung 5 tahun, kini timbul isu Konsensus Nasional. Walaupun tidak dalam terma pembentukan kerajaan (government) tetapi keperluan mewujudkan persefahaman, persetujuan dan kesepakatan atau konsensus dalam perkara – perkara tertentu mula difahami. Sebagaimana 5 atau 6 tahun yang lalu, pertemuan dengan pemimpin UMNO masih berlaku. Paling akhir ialah pertemuan di London dengan Dato’ Zahid Hamidi sebagaimana yang didedahkan oleh The Malaysian Insider baru – baru ini. 

8. Namun pendedahan itu tidak menyenaraikan secara penuh individu yang terlibat. Iaitu nama Saifudin Nasution sengaja dicicirkan dari berita tersebut sedangkan sebelum tiba individu yang disenaraikan olehTMI, Sdr Saifudin Nasution telah sedia berada di dalam bilik hotel tersebut bersama Dato’ Zahid Hamidi di London. Saya difahamkan pada mulanya Tuan Guru Presiden turut disarankan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim agar pergi bertemu Dato Zahid Hamidi di London kerana menurut Dato Seri Anwar, ada beberapa perkara yang akan diperkatakan oleh Dato Zahid Hamidi. Namun Tuan Guru Presiden menguzurkan diri dari menghadiri pertemuan tersebut dan saya jangka ini adalah langkah Tuan Guru Presiden yang sangat berhati – hati setelah menelan pengalaman getir menangani isu ‘Unity Government’ sebelum ini. Sungguhpun telah dibazirkan 5 tahun tempoh masa, Konsensus Nasional ( yang timbul pada hari ini membawa maksud serupa walaupun tidak sama dalam konotasi yang berbeza ), mesti jelas matlamat, objektif dan hala tuju serta syarat memeteraikan konsensus tersebut. 

10. Saya tidak mahu ianya ditolak mentah – mentah sebagaimana berlaku penolakan terhadap Unity Government pada 5 tahun yang lalu. Sementelah saya juga tidak mahu ianya diterima bulat – bulat hanya kerana ia datang dari Dato Seri Anwar Ibrahim tanpa melalui proses kajian, penelitian, perbahasan dan konsensus sesama parti – parti kompenan Pakatan Rakyat terlebih dahulu. Asas yang paling penting ialah terhenti atas 3 perkara : 

Pertama : mestilah Konsensus Nasional ini untuk kepentingan umum iaitu kepentingan negara dan rakyat. Bukan agenda individu bagi melunaskan kepentingan peribadi dalam kancah politik haru biru negara hari ini. 

Kedua : Konsensus Nasional ini mesti melalui proses penelitian yang berasaskan kajian dan perbahasan lalu akhirnya menjadi suatu yang dikonsensuskan terlebih dahulu oleh semua parti kompenan Pakatan Rakyat. 

Ketiga : syarat memeteraikan Konsensus Nasional ini mesti jelas mewakili kepentingan umum yang melibatkan negara dan rakyat. Menurut pemerhatian saya, sekurang – kurang syarat adalah masih sama dengan syarat yang dikemukakan oleh Tuan Guru Presiden dalam cadangan beliau terhadap Unity Government tempohari iaitu : 

a ) Pulangkan Royalti petroleum yang dinafikan sebelum ini seperti Terengganu dan Kelantan. 

b) Penambahan kerusi parlimen dalam pelan persempadanan semula seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah. 

c) Kebebasan media dan ketelusan SPR 

lain – lain syarat terpulang kepada konsensus antara parti anggota Pakatan Rakyat kerana prinsipnya ialah bertitik tolak dari perjuangan untuk kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya. 

Oleh: Ust Nasrrudin Hassan Tantawi (Ahli Parlimen Temerloh) & Ahli Jawatankuasa Kerja Pas pusat.

BK : KESIMPULAN BK MUDAH. SEBENARNYA PAS MENAFIKAN BAHAWA MEREKA TIDAK PERNAH BERTEMU UMNO DALAM HAL UNITY GOV SELAMA INI ADALAH PEMBOHONGAN BESAR. LIHAT SENDIRI NASARUDDIN TANTAWI MENGAKU PERTEMUAN PAS UMNO.

YANG PENTINGNYA PAS TIDAK BERPUAS HATI KERANA PKR MENENTANG UNITY GOV PAS UMNO. TETAPI SEBALIKNYA MENYURUH PAS MENERIMA KONSENSUS NASIONAL

ULAMAK = PELOPOR KASTA PADERI


Kassim mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng kerana mengikut satu sistem “kasta paderi” yang dipanggil ulama. 

"Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat Khalifah ar-Rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri sendiri sebagai pentafsir agama kepada umat Islam. 

"Mereka (umat Islam) mendewa-dewakan pemimpin agama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka," kata beliau ketika memberi ucapan dalam "Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya hari ini. 

Kassim turut membentangkan beberapa lagi kesalahan umat Islam seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan syahadah kedua serta rambut bukanlah aurat wanita. (HUJAH BODOH RAKAN LIBERAL ANWAR )

Beliau berhujah berdasarkan tafsiran terhadap ayat pertama dalam surah al-Munafiqun. INI HUJAH BELIAU BERDASAR AQLI YG CETEK  :


Sementara itu, berkaitan aurat, Kassim berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk. 

Tiga puluh tahun dahulu, katanya, wanita Islam tidak memakai tudung, sebaliknya hanya sehelai selendang “kerana rambut itu bukan aurat”. 

Kassim yang berdepan tuduhan anti-hadis – tuduhan yang dinafikannya – turut mengajak agar al-Quran diletakkan sebagai sumber tertinggi agama dan ditafsir kembali bagi menyesuaikan kepada keadaan semasa. 

"Saya pernah cakap yang al Quran menjelaskan ia sendiri. Method lama ialah menggunakan Hadis untuk menjelaskan al Quran kurang baik kerana bermakna menganggap Nabi Muhammad itu tahu segala-galanya. Ini ridiculous, beliau hanya utusan Allah," kata beliau.