Thursday, May 31, 2012

PASCA E 13 : BUKTI PAS DAH KELUAR PR DALAM HIMPUNAN HIJAU

BAJU PERTAMA
BAJU KEDUA.
TIDAK TERTULIS VOTE FOR PAKATAN RAKYAT. KASIHAN NUAR DAN KARPAL.TIADA PROMOSI UNTUK PR. BK CABAR PKR PLAK BUAT PERHIMPUNAN DEKAT STADIUM..

PASCA E 13 : BUKTI PAS DAH TERHANTUK.

PASCA E 13 : TERBAIK DARI MUFTI PERAK. SIAPA KATA MUFTI PERAK TAK TEGUR. SEKARANG MURSYID PAS KENA TAK TEGUR MISS BOGEL PENANG 2011


KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur penganjur yang mengundang artis dari Korea menghiburkan pengunjung program tersebut minggu lalu.

Menurut beliau, perhimpunan itu bertujuan baik bagi menyatukan golongan belia di negara ini tetapi tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaiannya.

“Sepatutnya tidak ada benda-benda macam itu (artis K-Pop). Kita sekarang dalam proses pembentukan akhlak muda-mudi kita yang sedang merosot, jadi tidak patut ada perkara yang boleh menaikkan nafsu.

“Harap pihak penganjur ambil perhatian serius dalam hal ini,” katanya di sini kelmarin.

Beliau, bagaimanapun, tidak menafikan golongan muda lebih cenderung kepada hiburan seperti itu, namun, katanya, tidak semestinya ia dipenuhi dengan aksi bersifat nafsu semata-mata.

“Kita harus bertindak dengan baik, mungkin boleh digantikan dengan aktiviti lain lebih positif yang boleh menarik minat golongan belia.

“Jangan hanya untuk dapatkan sokongan dan kedudukan sahaja; bimbang nanti ada orang nak dapat sokongan tapi sebaliknya tak disokong pula,” katanya mengulas kritikan segelintir pihak berhubung persembahan artis K-Pop pada perhimpunan itu yang tidak sesuai dengan budaya negara ini kerana artis berpakaian menjolok mata.

BK : KITA TUNGGU MURSYID PAS TEGUR KEMUNGKARAN DI PENANG DAN SELANGOR. TEGUR LA. HANGPA DOK NAMPAK MUFTI PERAK JER. MUFTI PERAK TEGUR BN HANG PA DIAM. BILA DIA TEGUR PAS , HANGPA KATA DIA HARAMSANI. HARAMJADAH SUNGGUH PUAK PUAK PAS ANUAR NI.

[ASCA E 13 : JERUNG TIDAK DITANGKAP.BUKTI BERSURAT AZMIN TERLIBAT RASUAH



AZMIN ALI PANDAI BERLAKON. DIA KUTUK VINCENT TAN KATA BAGI RASUAH DAN BANTU BN , KRONI BN LA DAN MACAM MACAM LAGI. RUPANYA DIA DIBAYAR OLEH VINCENT TAN. HELAH BELA DIRI TERBAIK DARI AZMIN DAN NUAR.

PASCA E13 : ISU PLAT KERETA WWW 1 MEMANG NIAT NIZAR NAK JATUHKAN KESULTANAN MELAYU

WWW 1 ?

MENGAPA DI CATURKAN DAN DI SALAK KUAT OLEH NIZAR DAP. NIZAR BEKERJA UNTUK DAP DAN NUAR BRAHIM. DENGAN MENCABAR KEDAULATAN RAJA RAJA MELAYU, MAKA SISTEM REPUBLIK DINAIKKAN DAN NUAR AKAN JADI PRESIDEN DAN DAP TIMBALAN PRESIDEN REPUBLIK MALAYSIA.

MENGAPA NIZAR TIDAK MENYALAK GAMBAR GAMBAR DI BAWAH YANG JELAS MENGGUNAKAN WANG RAKYAT?SULTAN JOHOR TIDAK MENGGUNAKAN WANG RAKYAT DAN BUKAN TUGAS SULTAN MEMBIAYAI PENTADBIRAN NEGARA. TUGAS KERAJAAN MEMERINTAH YANG MEMBIAYAI RAKYAT.

NIZAR DENGAN SENGAJA MEMALUKAN SULTAN MELAYU DAN MEMUTAR BELITKAN KENYATAAN RAJA ZALIM RAJA DI SANGGAH.





Menteri Besar Kelantan - DAT 55 & DAB 55 - Nombor ini dapat free kah ? Pakai duit rakyat atau duit derma?







Menteri Besar Kedah - Berapa harga nombor ini ?



Anak Musryidul Am Pas - Dapat free ke nombor itu ?


Bekas MB Perak yang putus wayar - tidak membazirkah itu ?
rompak wang rakyat oleh MB nizar. Tolong jawab guna wang mana? wang mak bapak hang ka nizar ?
AGS 10, AFD 11, AFD 22, AFD 33, AFD 55, AFD 66, AFD 77, AFD 88, AFD 99, AFD 333,AFD 999, AFF 33, AFF 88, AFF 99, AGS 828 DAN AEU 606 .SEMUA INI DIDAFTARKAN PADA 9 JANUARI 2009


AAF 26 - Abdul Arif Fahmi 26 tahun. Duit siapa? mengapa nizar tak menyalak?

ORANG MELAYU PERLU BANGKIT MEMASTIKAN NIZAR KURANG AJAR DINAYAHKAN DARI BUMI MALAYSIA. NIZAR IALAH AGEN ASING YANG BERGERAK MEMBAWA GERAKAN KUFAR DAN BERSARANG DI DALAM PAS. INILAH KAEDAH YAHUDI YANG PALING KUAT. NIZAR DI BELA OLEH NUAR DAN DITEMPATKAN KE DALAM PAS.

PASCA E 13 : BLOGGER PR GAGAL MAINKAN ISU ANTARA TARIAN DAN SENAMAN


bloggers pembangkang cuba menyalahtafsir senaman belia waja yang dilakukan sewaktu perhimpunan belia. tengoklah aksi atas pentas semua sama. bukankah senaman yng guan eng buat pun guna aerobik.
Tarian Zumba kini semakin digemari ramai untuk beriadah.
 
RUTIN senaman yang sama setiap hari adakalanya membuatkan seseorang cepat bosan dan tiada dorongan untuk melakukan latihan fizikal.

Justeru, tidak ada salahnya jika sesekali menukar gerakan senaman untuk menjadikannya lebih menarik.
Terbaru anda mungkin boleh mencuba senaman Zumba yang kini semakin digemari dan diminati ramai.
Senaman yang lebih membawa gerakan tarian ini diperkenalkan oleh pengasasnya, Beto Perez, seorang jurulatih senaman terkenal dari Colombia

Perkataan Zumba berasal dari Sepanyol yang membawa maksud tarian parti dengan gabungan pelbagai rentak muzik.

Jurulatih kecergasan di Celebrity Fitness, Alex Phang, 26, berkata, Zumba merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana pergerakannya berasaskan tarian dan menggunakan muzik yang membuatkan rasa teruja semasa melakukannya.

"Senaman Zumba memberi kepuasan dan keselesaan kepada para peserta kerana pelbagai rentak dan lagu yang dimainkan semasa senaman dilakukan," katanya.

Beliau berkata, senaman itu merupakan salah satu cara yang baik untuk meningkat kecergasan.
Tambahnya, ia berbeza dengan senaman lain kerana menggabungkan konsep tarian dan senaman
YANG INI OK PULAK

APA BEZA SENAMAN DI ATAS DENGAN SENAMAN SEKSI DALAM KAWASAN MASJID.
APA BEZA CURI SEKUPANG DENGAN SEJUTA. TETAP JUGA BERDOSA WEHHHH


TU DIA DI PUTRAJAYA. PUAK PR KATA MANA MAJLIS  FATWA?
YANG NI PULAK, KENAPA PAS PENANG  DOK DIAM.....L.....CAU LA LU.
miss hard rock penang 2011

Wednesday, May 30, 2012

BERITA SEMASA : KERAJAAN NEGERI DAP GAGAL MERASAI MASALAH RAKYAT


Oleh : Azira

30 Mei- Tasek. Pengurusan perparitan yang sepatutnya dilaksanakan oleh pihak kerajaan tempatan semakin lama semakin amat merisaukan.Pihak berkuasa tempatan seperti terlalu leka dengan kerajaan sedia ada dan tidak menjalankan tugas yang baik. Sepatutnya ahli majlis yang menjaga kawasan Seberang Perai Selatan harus peka dengan rungutan dan masalah rakyat dan rajin turun ke kawasan melihat masalah rakyat.Perkara ini tidak sepatutnya diserahkan kepada pihak JKR semata mata.

Tinjauan yang dilakukan oleh wartawan lapangan kami, membuktikan sistem perparitan di jalan utama Tasek berdekatan dengan Petronas Bandar Tasek Mutiara tidak diselengagra dengan baik dan sempurna. Rumput dan lalang tumbuh di dalam parit dan ini sekaligus menyebabkan parit menjadi terseumbat dan aliran air apabila hujan turun bergerak perlahan dan mudah bertakung. Masalah yang timbul ini telah berlarutan hampir 2 tahun dan tindakan yang di ambil oleh pihak kerajaan tempatan di bawah kerajaan negeri DAP agak lambat.

Laungan slogan CAT yang di bawa oleh Ketua menteri seperti laungan bersifat retorik semata-mata. Penduduk risau, permasalahan pengurusan perparitan yang gagal di urus akan meninggalkan kesan kepada mereka kelak.

BERITA SEMASA : CYBER CAFE BAGAI CENDAWAN TUBUH DI BANDAR TASEK MUTIARA.BUKTI KEGAGALAN MPSP

LOKASI : BANDAR TASEK MUTIARA

LOKASI : BANDAR TASEK MUTIARA

LOKASI : BANDAR TASEK MUTIARA

Oleh : Azira

30 Mei - Tasek. Penduduk tempatan merasa kecewa kerana setiap aduan yang dibuat kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan pembukaan cyber cafe di Bandar Tasek Mutiara tidak dilayan dan di ambil perhatian. Apa yang merisaukan penduduk ialah, cyber cafe tersebut di buka pada awal pagi dan di tutup sehingga lewat pagi.Berdasarkan tinjauan yang dilakukan. cyber cafe dikunjungi oleh pelajar -pelajar sekolah rendah dan menengah. Rata-rata mereka berada di dalam cyber cafe berkenaan antara 2 hingga 4 jam . Mereka menjadikan cyber cafe berkenaan sebagai pusat permainan dan bukannya mencari bahan pembelajaran. Ada juga yang menonton dan melayari laman-laman yang kurang sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah.

Temubual yang kami jalankan, menunjukkan rata-rata pengunjung ialah pelajar dari SK Bandar Tasek Mutiara, SMK Bandar Tasek Mutiara, SK Seri Tasek, SMK Tasek Permai dan SMK Simpang Ampat. Mereka menyatakan tujuan mereka datang ke cyber cafe ini adalah untuk melayari ruangan pendidikan. Namun, apa yang kami lihat mereka bukannya melayari laman pendidikan, tetapi bermain dan menonton filem dari laman web.

Wang dibazirkan dengan begitu mudah. Dalam tempoh sehari ada dikalangan pengunjung menghabiskan RM 5 hingga RM 10 duduk di cyber cafe berkenaan. Menurut Puan Aminah salah seorang waris yang ditemui, beliau menyatakan tinjauan dan tindakan tegas perlu di ambil oleh pihak berkuasa. MPSP lebih berkuasa mengawal lesen pengusaha cyber cafe berkenaan sekiranya pengusaha gagal mengikut perjanjian perniagaan yang ditetapkan. Kita faham, pengusaha juga ingin berniaga, namun apa yang kami risaukan ialah limpahan murid di cyber cafe tersebut.

Berdasarkan maklumant, pihak Pejabat Pelajaran daerah, PDRM dan PIBG sekolah yang terlibat pernah melakukan serbuan bersama, namun kata mereka kuasa lesen ialah di bawah MPSP. BK melihat isu ini sebagai petanda yang kerajaan negeri gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Tuesday, May 29, 2012

PASCA E 13 : KERAJAAN NEGERI DAP MERASUAH PENGUNDI


SEMUA YANG DIPAPARKAN DALAM  BULETIN MUTIARA MENUNJUKKAN KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI KONONNYA MENJAGA RAKYAT. NAMUN, MEREKA TERLUPA RAKYAT YANG MEREKA JAGA HANYALAH PENGUNDI SAHAJA. JUMLAH PENDUDUK DI PULAU PINANG PADA TAHUN 2010 SAHAJA ADALAH SEPERTI BERIKUT ( DALAM ANGKA JUTA ) :

LAIN-LAIN 118.70  JUMLAH BESAR 1,609.90

SEKARANG MARI KITA LIHAT JUMLAH PENGUNDI MENGIKUT SUKU TAHUN KETIGA TAHUN 2010 SEPERTI BERIKUT :

MELAYU : 251 411
CINA :411 507
INDIA :81 136
LAIN LAIN ; 2577

 JUSTERU KITA BOLEH MEMBUAT SATU KEPASTIAN BERASASKAN ANGKA BAHAWA SEBENARNYA KERAJAAN NEGERI HANYA MEMBANTU SESUATU KAUM SAHAJA DAN MENINGGALKAN KAUM YANG LAIN. PERKARA INI TIDAK BERLAKU DI DALAM PENTADBIRAN BN BAHAWA SEMUA RAKYAT MENIKMATI BANTUAN KERAJAAN.

CUKAI PINTU DAN SEGALA BENTUK CUKAI DI BAYAR OLEH SEMUA PENDUDUK YANG LAYAK MEMBAYAR . NAMUN, YANG MENDAPAT NIKMAT HANYALAH PENGUNDI. INILAH BUKTI KETIDAKADILAN YANG PALING JELAS DILAKUKAN OLEH KERAJAAN NEGERI.

PATUTLAH KERAJAAN NEGERI BERIA IA MELETAKKAN SYARAT PENGUNDI SAHAJA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN.

 

BUMI= 676.90    CINA= 658.70    INDIA = 155.60 

BERITA SEMASA : PERPINDAHAN PENDUDUK KE LUAR DARI PULAU PINANG MEMBIMBANGKAN

Oleh : Azira

29 Mei- Pinang Tunggal. Laporan yang menyatakan bahawa terdapat sejumlah 18,000 orang Melayu dan kaum lain berpindah keluar dari bahagian pulau di Pulau Pinang amat membimbangkan penduduk setempat.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku perpindahan beramai-ramai dalam masa 3 tahun ini adalah kerana harga rumah yang mahal, dan tiada rumah kos rendah atau rumah mampu milik di bahagian pulau.

Menjadi kesukaan kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh DAP untuk menggalakkan pembinaan rumah mewah dengan harga mencecah jutaan ringgit, sedangkan dasar kerajaan negeri yang dilaung-laungkan adalah menjaga kebajikan rakyat.

Adakah ini salah satu daripada strategi DAP untuk menghalau orang Melayu dari bahagia pulau? Jika ini perkara yang tersirat, bermakna DAP bukanlah sebuah parti yang mengutamakan rakyat terutamanya orang Melayu dan golongan miskin. DAP hanya menjadi alat kepada golongan kapitalis dan pemaju yang kaya raya.

Menurut Kamal salah seorang penduduk tempatan, mereka menyatakan pembinaan rumah kos mewah pada hari ini adalah disebabkan kesediaan kerajaan negeri yang lebih mementingkan golongan elit daripada golongan bawahan. Kerajaan negeri mampu menutup mulut rakyat dengan memberikan wang RM 100 dan pelbagai bentuk one off kepada pengundi sahaja. kami penduduk di Pinang Tunggal juga kecewa kerana bantuan one off hanya untuk pengundi. Anak Emas, sumbangan kepada waris si mati, warga emas dan sebagainya hanya untuk pengundi. Penduduk yang membeli rumah di Pulau Pinang tetapi tidak mengundi, tidak layak menerima sebarang bentuk bantuan kerajaan negeri.

BERITA SEMASA : TUMBUHAN LIAR MEMANDU PEMANDANGAN PEMANDU

Oleh : Azira

29 Mei - Permatang Berangan . Beberapa orang penduduk Kg Desa Puri hari ini menyatakan kekesalan di atas kelemahan kerajaan negeri melalui MPSP yang gagal menyelia pokok-pokok kecil yang tumbuh di bahu jalan raya.

Antara jalan yang terlibat ialah Jalan Ara Kuda ke Tasek Gelugor dan Jalan Guar Petai ke Masjid Nyior Sebatang .Pihak kerajaan negeri sepatutnya peka dengan masalah penduduk dan bukan hanya masalah pengundi sahaja. Penduduk berharap kerajaan negeri mengambil tindakan segera demi kebaikan masa akan datang.

Monday, May 28, 2012

BERITA SEMASA : TUNKU AZIZ KHIANATI DAP.

Oleh : Ah Choon


Gambar : Ihsan NST

28 Mei-Jelutong Kaum Cina menyifatkan Tunku Abdul Aziz ini agak melampau dan tidak sesuai lagi duduk bersama  DAP.Mereka pelik dan mempersoalkan tidak ada pemimpin pusat parti politik yang mendukung  dan  menghayati dasar pesaing politiknya . Inilah kali pertama berlaku dalam kepimpinan DAP .

Sebelum ini Tunku Aziz dilihat begitu lantang membantah Himpunan BERSIH dan seolah olah menyokong transformasi yang dilakukan BN. Beliau tanpa segan silu meminta  orang ramai sokong Najib dan  memberi masa yang lebih panjang untuk Najib merealisasikan program transformasi.Kaum Cina yang pro kepada DAP rata-rata menyatakan bahawa beliau telah dibeli oleh BN. Kata salah seorang yang kami temui " Entah apa habuan yang dia dapat"."Tak sangka dia menghayati dasar transformasi PM, dia ini pemimpin yang benar-benar berfikiran terbuka."

BERITA SEMASA : PENDUDUK KECEWA DALAM HAL PEMILIHAN PEKERJA

Oleh : Ah Choon

28 Mei -Batu Lanchang .Penduduk yang ditemui menyatakan majikan hari ini lebih rela mengambil pekerja-pekerja yang berpengalaman berbanding dengan graduan-graduan lepasan kolej/universiti

Mengikut pemerhatian yang dibuat oleh segelintir waris di kawasan ini, majikan-majikan zaman sekarang lebih rela mengambil pekerja-pekerja berpengalaman kerana tidak payah membuang masa untuk melatih graduan-graduan lepasan kolej/universiti.

Menurut salah seorang majikan yang pihak BK temui, graduan-graduan sekarang memandang tinggi terhadap pekerjaan yang sedia ada dan juga mahu gaji lumayan sedangkan mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja yang sesuai. Graduan-graduan belum bersedia untuk bekerja dan perlukan lebih latihan dan ini akan merugikan pihak majikan sendiri.

BK : KERAJAAN NEGERI PUN GAGAL MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA ANAK NEGERI PENANG SENDIRI

Sunday, May 27, 2012

PASCA E 13 : SEKITAR KEJAYAAN PAKATAN LGBT SELANGOR MENGUMPULKAN ANAK MUDA.JOM KITA TENGOK

TU DIA BANTING YANG GAH ..........................
TU DIA RAMAINYA YANG HADIR. TAK CUKUP TEMPAT LETAK KERETA
RAMAINYER ...SAMPAI PERLU TAMBAH KERUSI TAMBAHAN
ADA KONSERT LAGI...NAK TARIK ANAK MUDA
PANEL FORUM YANG HEBAT HEBAT BELAKA. ......TUIHHH JIJIK
NAMPAK TAK BERMAYA
LA BANYAK NI JAER KER.....URUSETIA JER YANG MAI NI

ITU PUN ADA YANG NAK BLAH DAH
SEMUA TAK MAU DENGAQ PEMBOHONGAN MUNAFIK


SOALAN BK : BERAPAKAH KOS YANG TELAH KERAJAAN NEGERI BELANJAKAN UNTUK TUJUAN INI? MEMBAZIR .TIADA YANG MAI MELAINKAN PENGGERAI SAHAJA.

PASCA E 13 : ORANG MUDA TOLAK PAKATAN LGBT DI SELANGOR


FORUM ANAK MUDA YANG HANYA DI HADIRI OLEH BANGKU DAN BEBERAPA ORANG URUSETIA SAHAJA. ITU PUN DOK JENUH KELUI.....

JUALAN DI LUAR DEWAN JUGA AMAT MEMBANGGAKAN APABILA PENJUAL MEMBELI APA YANG RAKAN MEREKA JUAL SAHAJA.
APABILA NIAT TAK BAIK INILAH JADINYA...ANAK MUDA TOLAK PAKATAN LGBT

BERKONGSI SUMBER DENGAN AGENDA DAILY

Saturday, May 26, 2012

PASCA E 13 : PR SELANGOR UTAMAKAN WANG HAPUSKAN HAK RAKYAT


Di luar dewan banner-baner direntangkan berbunyi, “Selamatkan padang SS7″, PKR Perompak Kekayaan Rakyat”, manakala di dalam dewan pula wakil penduduk marah-marah dan memaki Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dalam sesi dialog di antara penduduk Kelana Jaya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan pemaju yang diadakan di Kompleks Sukan Kelana Jaya, 23 Mei.

“Jangan cakap tak serupa bikin..kenapa dekat sini MB (Menteri Besar) tak datang..”, begitulah bunyi suara-suara protes dalam dewan itu.

Selain Azmin yang hadir mewakili PKNS, Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, YB Nik Nazmi Nik Ahmad juga hadir.

“Batalkan saja..orang sini hidup aman..jangan cari gaduh di sini..tak pasal-pasal nanti..you all kalah pilihanraya..” protes salah seorang penduduk.

Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam itu berlangsung dalam keadaan tegang apabila hampir 300 penduduk sekitar yang hadir tidak bersetuju dengan penjelasan demi penjelasan yang diberikan.

Terdengar juga jeritan-jeritan mengecam Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri.


Penduduk, sejak awal sesi dialog, masih mempertahankan kehendak mereka yang mahu projek itu dibatalkan sama sekali di situ. Ada yang mencadangkan agar projek itu dipindahkan ke tempat lain agar tidak mengorbankan padang harian kesayangan mereka.

Padang bersejarah yang pernah menjadi gelanggang perlawanan kriket Sukan Komanwel 1998 dan medan ‘melahirkan’ jaguh bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari itu dikatakan akan dijadikan tapak pembangunan untuk tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat.

Ia yang terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan berdekatan dengan sistem pengangkutan awam kini memiliki dua buah padang bola sepak, enam gelanggang tenis dan rumah kelab yang digunakan penduduk untuk mengadakan keramaian.

“Mutakhir, padang ini yang dahulunya aman damai kini telah menjadi satu ‘spotlight’ kepada rakyat umum terutamanya rakyat negeri Selangor. Ini gara-gara pendedahan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan padang tersebut menjadi satu kawasan komersial yang dijangka memberi pulangan dalam bentuk wang ringgit dan juga faedah-faedah setempat yang dijangka boleh dinikmati oleh penduduk Petaling Jaya amnya dan Kelana Jaya khususnya.

“Sepantas berita tersebut diketahui, maka ramailah yang membuat bantahan kepada kerajaan negeri dan mendesak agar rancangan tersebut dimansuhkan,” komen penduduk di kawasan itu dalam laman peribadinya,

PASCA E 13 : BALIK PULAU TANAH PUSAKA BANGSA BAKAL DINYAHKAN OLEH KERAJAAN DAP

untuk apa semua ini dibina di sebuah kawasan pendalaman. kerajaan bn bersungguh nak membawa kedai jimat rakyat , rumah kos rendah dan pelbagai bantuan untuk kawasan luar bandar. kerajaan dap nak halau penduduk tempatan dan pastikan hanya orang kaya saya duduk di balik pulau. orang miskin dan penduduk tempatan boleh beransur perlahan lahan
siapakah yang mendiami rumah ini? sudah pastilah warganegara asing sebab rumah ini dibina khas untuk warganegara asing yang mudah menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa yang dibina bersebelahannya 

inilah perancangan rapi yang dibuat oleh kerajaan dap bagi memastikan melayu dan rakyat pulau pinang barat daya terus dihalau keluar. sepatutnya dap membina banyak rumah kos rendah untuk penduduk tempatan tanpa mengira melayu cina atau india.

APA BOLEH BUAT NASI SUDAH MENJADI BUBUR. BARAT DAYA BALIK PULAU AKAN BERUBAH WAJAH . PROGRAM TUKAR GANTI TELAH BERMULA. PENDUDUK ASAL AKAN DITUKAR DENGAN PENDUDUK YANG KAYAR RAYA DARI LUAR. TUNGGULAH SAAT MANIS INI WAHAI PENYOKONG SETIA PAS, PKR DAN DAP.

PASCA E 13 : LANGKAH JAHAT KERAJAAN DAP RAMPAS TANAH BINA SEMULA SMK ST GEORGE

demi sebuah kuasa dan ketamakan harta, dap menggunakan secukupnya ruang untuk melingkupkan pendidikan anak bangsa tanpa mengira kaum di balik pulau. DAP lebih mengutamakan sekolah antarabangsa yang khas untuk orang kaya di kawasan perkampungan melayu balik pulau. tapak sekolah antarabangsa tersebut ialah tapak asal smk st george jika dipindahkan.


The Titular Roman Catholic Bishop Of Penang. pihak gereja mengarahkan untuk kembali tiga lot tanah yang selama lebih 100 tahun dahulu menyediakan kemudahan sekolah (SMK & SK St. George Balik Pulau) kepada anak-anak orang Melayu, cina dan india  Balik Pulau untuk diserahkan keseluruhannya kepada orang Cina (SMJK & SJK (C) Sacred Heart Balik Pulau).

Oklah Bk tidak ada hak nak menghalang kerana sekolah tersebut di bina di atas tanah milik gereja. tetapi dimanakah tanah gantian sekolah st george? yang ini BK betul betul marah dan BK melihat pendekatan kerajaan negeri betul betul mengutamakan kapitalis daripada pendidikan rakyat. Tanah yang sepatutnya di bina smk st george telah digantikan dengan pembinaan sekolah antarabangsa. kerajaan negeri nak ganti tanah tepi hutan mana? mengapakah hak asal tanah yang telah di zonkan untuk smk dan sk  st george di rampas?

 pakah anak jkkn dan semua orang pas dan pkr akan bersekolah di sini?
 apakah anak orang melayu cina dan india akan bersekolah di sini tyang pendapatan mak ayah mereka lebih kurang rm 2000 dan ke bawah

tahukah orang melayu yang menjadi rakan setia dap bahawa inilah tanah gantian sekolah smk st george? kerana tamakkan kuasa dan mendapat untuk berganda, kerajaan dap sanggup menggadaikan hak dan maruah melayu, cina dan india balik pulau.

PASCA E 13 : DAH 4 TAHUN LEBIH BERBOHONG BARU NAK BAGI RM 50 UNTUK TADIKA


selepas di hentam kuat oleh KJ dalam  perdebatan dengan rafizi barulah kerajaan mohong kuat selangor meluluskan pemberian kepada 3000 pelajar rm 50 sebulan. sepatutnya dia kena bagi semua pelajar di bawah kpm, tabika dan tabika persendirian. mak bapak depa bayar cukai juga pada kerajaan negeri. ramai pelajar di kelas pra KPM yang miskin kerana syarat masuk ke pra KPM pun mesti status dari keluarga susah. mengapa jumlah yang nak diberi itu 3000 orang sahaja?

Friday, May 25, 2012

PASCA E 13 : BUKTI BARISAN NASIONAL TIDAK PERNAH MEMBELAKANGKAN SEKOLAH CINA


 

(Perhimpunan merah di Kuantan)

"MCA sentiasa bersedia membantu pembinaan sekolah bebas Cina dan tidak pernah mengabaikan untuk mempertahankan kepentingan Cina," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu.

Hadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik.

Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu.

Berucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian.

Dua resolusi diluluskan di perhimpunan tersebut– menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas dan Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut.

PASCA E 13 : TERBUKTI JELAS BERSIH 3.0 GAGAL DAN MEMBAWA MUDHARAT



BERSIH 3.0: Ambiga Minta Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia

Mynewshub – Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung penganjuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.

Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.
“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.

“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman.

“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga di sini hari ini.

Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.
Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.

Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.

Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

PASCA E 13 : RAFIZI KANTOI LAGI.MOHONG KUAT

Thursday, May 24, 2012

PASCA E 13 : PEMBINAAN RUMAH MEWAH DI BALIK PULAU.PENDEDAHAN EKLUSIF

BK paparkan beberapa keping gambar sebagai pengetahuan semua rakyat malaysia tentang bagaimana projek kerajaan dap untuk menghalau penduduk tempatan dari kawasan balik pulau. kerajaan guan eng mahu jadikan balik pulau sebagai kawasan elit kaya raya dan untuk itu golongan miskin tanpa mengira kaum perlu dibuang keluar. bagaimanakah cara terbaik untuk membuang keluar orang miskin? tektikal yang digunakan ialah pemaju akan membeli tanah yang ingin dijual atau membeli tanah yang geran nama bertindan. kemudian selepas itu binalah rumah mewah berharga rm 500 000 dan ke atas. siapakah yang meluluska? sudah pastilah kerajaan dap negeri. kerajaan dap bertanggungjawab dalam hal ini.

 rumah mewah di bina berdekatan dengan pangsapuri kos rendah. perhatian zaman bn dahulu, bn bina rumah kos rendah untuk rakyat balik pulau. zaman la ni, dap bina rumah mewah. nampak jelaskan?
 siapakah anak balik pulau yang mampu membeli rumah mewah sebegini? apakah semua nelayan, petani dan pekedai mampu membelinya?
 bagaimana rumah mewah di bina berdekatan dengan kampung tradisi. bertahankan rumah kayu dan kampung ini sedangkan sekeliling kampung telah dibina rumah mewah
 rumah mewah tersergam indah di bina bersempadan dengan rumah kampung melayu di atas perkampungan melayu. mengapa dahulu tiada rumah mewah ? inilah perikemanusiaan dan dasar bijaksana bn?dap kerja nak baham jer
 semua projek perumahan kos mewah
 dibina berdekatan dengan kawasan kampung
 tak termampu untuk penduduk tempatan membelinya

 desa baru ala dap. tengok tu masuk desa pun penuh dengan kawalan keselamatan
 patutlah orang belah pulau pakat lari keluar
untuk siapa rumah rumah ini di bina. kerajaan bn buat jalan baru dari bayan lepas ke balik pulau untuk memudahkan org kampung bukan untuk memudahkan kerajaan dap membenarkan rumah mewah sahaja yang dibina .

BK TIDAK MENYALAHKAN PEMAJU. ITU HAK MEREKA. TETAPI INILAH DASAR PERUMAHAN KERAJAAN DAP. APALAH SALAH KALAU BINA RUMAH KOS RENDAH        10 000 UNIT SEBAGAI TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNTUK PENDUDUK BALIK PULAU?LAGI LAMA DAP MEMERINTAH, MAKA CINA MELAYU DAN INDIA DALAM KATEGORI SEDERHANA KE BAWAH AKAN PINDAH TERUS DARI PULAU PINANG.

......akan didedahkan tanah sekolah menengah  yang digazetkan di zaman bn di tukar kepada pembinaan sekolah antarabangsa di zaman kerajaan dap .malang lagi penduduk balik pulau terus di timpa bahana.