Tuesday, October 23, 2012

PASCA E 13 : MENJELANG IDUL ADHA 1434 HIJRAH. IDUL ADHA 2011 ANWAR BERJOGET BUKAN BERTAKBIR

PASCA E 13 : ACU TEST ...MAI TUKAQ PAKATAN DI PENANG

PASCA E 13 : OH KELATE . DIKIR MU

PASCA E 13 : MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI SELATAN TIDAK IKUT CAT?


PROJEK PEMASANGAN CCTV

Projek pemasangan fasa pertama dimulakan pada 15 Februari 2010 hingga 1 April 2011 melibatkan 496 unit CCTV di 25 buah PBT di 10 buah negeri dengan kos sewaan sebanyak RM59.87 juta selama 5 tahun.

Tetapi penggunaannya kurang memuaskan dari aspek pemantauan aktiviti seperti lalu lintas, vandalisme harta Majlis, pembuangan sampah haram dan halangan di kawasan Majlis. Antara punca yang ditemui adalah seperti berikut:

1)Kes-kes untuk siasatan tidak direkodkan untuk tindakan.(PROSEDUR KERJA DALAM CAT TAK AJAQ KOT)

2) Petugas bilik kawalan CCTV tidak mahir dan agihan petugas tidak selari dengan
SOP.( TAK DIHANTAR BERKURSUS. TAHAP KOMPETENSI YANG KURANG MEMUASKAN. HANTARLAH PI KURSUS BAGI MAHIR SIKIT)

3)Liputan CCTV kurang jelas.

4) Bilangan CCTV terhad dan lokasi pemasangan CCTV kurang tepat


PASCA E 13 : MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG INDAH KHABAR DARI RUPA. GAGAL!!!!! DAN MEMBAZIRKAN WANG RAKYAT


Bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, Bahagian Pelesenan telah menerima peruntukan sejumlah RM17.10 juta daripada bajet tahunan Majlis untuk tujuan pembangunan, naik taraf dan penyenggaraan kompleks makanan dan pasar awam.

 Terdapat sejumlah 62 kompleks makanan dan pasar awam diurus oleh Majlis yang dipecahkan kepada tiga zon iaitu 27 buah kompleks makanan dan pasar awam di Zon Utara, 18 buah di Zon Selatan dan 17 buah di Zon Tengah.

Pengauditan yang dijalankan mendapati pada keseluruhannya pengurusan kompleks makanan dan pasar awam yang dilaksanakan Majlis kurang berjaya mencapai objektif kerana ada beberapa perkara yang wajar diberi perhatian seperti berikut:

Tiga kompleks makanan yang dibina tidak digunakan. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya aktiviti vandalisme, kerosakan dan kecurian terhadap kemudahan dan peralatan yang disediakan di kompleks makanan tersebut. Majlis terpaksa menanggung kos sejumlah RM334,738 dalam tempoh 2 hingga 5 tahun sebagai bayaran perkhidmatan kawalan keselamatan untuk menangani masalah ini.( MAHALNYER BAYARAN KESELAMATAN . KAN PERCUMA DI PULAU PINANG NI. SURUH NG WA EIK JAGA LA)

Sebanyak 25% lot niaga di kompleks makanan dan pasar awam yang disediakan tidak dapat disewakan.( BUKTI PERANCANGAN MPPP GAGAL DAN BUKTI PENJAWAT AWAM DI BAWAH KERAJAAN NEGERI TIDAK EFISYEN DI BAWAH KERAJAAN CAT)

Sehingga Disember 2011 jumlah tunggakan sewa lot niaga kompleks makanan dan pasar awam adalah berjumlah RM0.81 juta.( HASIL NEGERI TIDAK DIKUTIP. AKU CADANGKAN ELOKLAH KERAJAAN NEGERI MANSUHKAN SAHAJA TUNGGAKAN INI .. KAN KERAJAAN NEGERI DAH KAYA )

PASCA E 13 : KERAJAAN CAT KEHILANGAN HASIL. BUKTI TAK CEKAP


Pada umumnya, pengauditan yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan oleh Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2011 yang saya laporkan dalam Laporan ini. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan.
 ( BUKTI KERAJAAN NEGERI GAGAL DALAM MEMBAIKI SISTEM PENTADBIRAN SEPERTI YANG DI WAR WARKAN)

Pengauditan yang dijalankan mulai bulan Mei hingga Ogos 2011 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan sistem e-Tanah di Pejabat Daerah Dan Tanah Seberang Perai Selatan adalah kurang memuaskan. Antara masalah yang dikenalpasti ialah Ketepatan laporan yang dijanakan, Surat peringatan tidak dikeluarkan kepada pemilik yang mempunyai tunggakan Cukai, Manual pengguna tidak dikemaskinikan, Pengurusan ID Pengguna dan kata laluan yang tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Premium tanah yang dikutip setakat 30 November 2011 Pejabat Tanah SPU  adalah berjumlah RM27.71 juta.Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos dan Disember 2011 mendapati pengurusan pemberimilikan tanah adalah tidak memuaskan terutama dari aspek pemantauan proses pemberimilikan sehingga pengeluaran Hak Milik Muktamad. Antara kelemahannya adalah seperti berikut:

Kelulusan pemberimilikan tidak berdasarkan penggunaan tanah semasa yang
menyumbang kepada kehilangan hasil Kerajaan berjumlah RM261,841.