Thursday, July 5, 2012

PASCA E13 : RIZAL HAMID DARI KEM MANSOR OTHMAN BAKAL CALON DUN SG ACEH. INI KEPUTUSAN PKR NEGERI?



BERKENALAN DENGAN BAKAL CALON PKR SG ACEH :

Nama : Rizal bin Haji Hamid
Tarikh Lahir : 14 Jun 1975
 Umur : 37 Tahun
 Alamat : N0. 2 Lorong Ilmu 3 Taman Ilmu 14300 Nibong Tebal
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan , USM.

pergolakan bakal calon PKR bagi DUN Sg Aceh bermula selepas cubaan rizal yang mahukan jawatan ketua cabang  dalam pemilihan pkr cabang nibong tebal pada tahun 2010. wujud 2 kem dalam cabang pkr nibong tebal iaitu kem yb makhtar dan kem rizal hamid. dari segi ketrampilan dan gaya anak muda serta segak berpidato , kredit menyebelahi rizal.

rizal hamid kalah di tangan yb makhtar. inilah tamparan besar yang berlaku di cabang nibong tebal. rizal hamid merupakan proksi kuat kepada mansor othman dan sekarang berniaga di sg petani. khabarnya dapat projek dari pakatan kedah.

selaku anak muda, semangat muda yang mengalir dari tubuhnya berkehendakkan sangat beliau dicalonkan sebagai calon dun sg aceh. kempen telah di susun supaya pkr negeri mencalonkan nama beliau dan mengenepikan pesaing beliau mohd kamil abu bakar.

kem rizal mendapat sokongan padu daripada mansor othman dan mansor sendiri agak kurang baik dengan yb makhtar. yb makhtar seorang yb yang agak ortodok dan amat slow dalam segala tindakan. pkr memerlukan calon yang liberal dan cepat dalam tindakan.

rizal cuba bertindak sebagai hero dalam kes mendapatkan geran tanah bagi perkampungan pprt chenaam. persaingan menjadi hero berlaku antara beliau dan kamil abu bakar. lalu pernah berlaku pertemuan penduduk pprt chenaam dengan kerajaan negeri sebanyak 2 kali. pertama dianjurkan oleh kamil dan kedua dianjurkan oleh rizal.

kamil pula dikhabarkan boleh berbincang dengan pejabat daerah dan tanah SPS. manakala harapan rizal terletak pada mansor sahaja. pembinaan bilik gerakan pkr di tg berembang juga adalah iltizam rizal.

sewaktu di zaman kampus, rizal bukanlah seorang yang aktif dalam gerakan mahasiswa usm. beliau hanyalah seorang pelajar biasa dan naik selepas jiwanya yang kuat terarah kepada anwar. rizal amat bercita cita besar untuk menumbangkan adun sg aceh yb dato mahmud. secara kebetulan rumah mereka berdekatan . Rumah dato mahmud bernombor 6 dan rumah rizal bernombor 2. bak kata kawan BK menjerit pun sampai.

dun sg aceh sememangnya menjadi kubu kuat umno sejak dari dulu. pun begitu arus 2008 tidak menjanjikan keselamatan untuk dun ini. jika leka dan berlaku larian undi di Daerah mengundi sg udang, maka dun sg aceh boleh kalah. sekiranya pengundi cina di permatang tok mahat dan sg udang memberi 77% undi kepada pkr, dun sg aceh boleh kalah.

perkhidmatan yang diberi oleh dato mahmud pada dapatan BK amat memuaskan. namun, perasaan orang mungkin kurang di ambil perhatian. dato mahmud perlu menggiatkan usaha berjumpa pengundi cina dalam erti kata yang lebih krtikal. selama 3 hari BK di dun sg aceh dan berbual dengan penduduk melayu dan cina di DM sg udang ternyata kawasan ini dalam kategori kelabu.

bagi bakal calon pkr, sudah pastilah rizal berkehendakkan kemenangan . bila menang maka jawatan exco akan diserahkan kepada beliau mewakili kerusi pkr. beliau anak muda. paling teruk pun di beri kerusi ahli lembaga pengarah mana-mana syarikat di bawah kerajaan negeri.

yang menarik di sini ialah rizal mempunyai seorang ahli keluarga yang merupakan pimpinan umno bahagian nibong tebal. macam cerita antara khalid samad dan sharir samad. seorang pas dan seorang umno. yang ini pula seorang pkr dan seorang umno. bak kata pepatah " air di cincang tak kan putus"

pernah terlantar di wad 499, KPJ Jalan Perda akibat penyakit batu karang
ikuti kisah lanjut dalam siri  ke 3