Monday, June 11, 2012

PASCA E 13 : ANWAR VS MUHYIDDIN ( RM 3 BILLION VS DUIT SEWA RUMAH )


ANWAR JAWAB DULU BAGAIMANA DIA MENGAWAL 20 AKAUN UNTUK RM 3 BILLION. INI DUIT RAKYAT YANG DIA ROMPAK MASA JADI TPM

KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

BK : AKAI SESUMPAH NUAR DAH LAMA ORANG TAU.....MINTA SUMPAH LAKNAT PUN TAK MAU. DIA MAIN PUN DIA TAK MAU NGAKU.....LANTAK KAU LAH LABU....

PASCA E 13 : ANAK - ANAK ANWAR BAKAL BERTEMBUNG DENGAN DATO NON DI NIBONG TEBAL

IZAAH DI JANGKA AKAN TURUN KE NIBONG TEBAL MENGGANTIKAN TAN TTE BENG YANG MERUPAKAN PETUALANG PKR.
TIDAK KETINGGALAN JUGA NAMA NURUL NUHA AKAN BERTEMBUNG DENGAN DATO NON DI NIBONG TEBAL

Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha mungkin membuat penampilan pertama dalam politik apabila dikatakan bakal bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber dalaman yang BK temui semalam sekali cuba mengesahkan kehadiran anak anak anwar di Nibong tebal. Sebelum ini mansor selaku  Pengerusi PKR Pulau Pinang ada mengesahkan cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan campuran separa bandar itu.

"Namanya muncul pada november 2011 yang lalu. Ia akan disahkan sama ada beliau calon akhir. Kenyataan ini boleh kita baca di dalam akhbar  China Press.Mansor turut mendedahkan, selain cadangan daripada cabang, pemimpin lain di peringkat nasional turut mengesyorkan PKR mempertaruhkan Nuha.
 
Namun, pada April 2012 semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi olehnya Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang.

Anwar cukup yakin bahawa  PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ. Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu.

Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu. Berdasarkan kepada sumber dalaman PKR cabang Nibong tebal yang Bk temui semalam, ust makhtar selaku ketua cabang tidak keberatan menerima kehadiran anak anak anwar. Bagi ust makhtar beliau yakin undi melayu akan bertambah dengan ekhadiran anak anwar.
 
Makhtar terlalu yakin bahawa undi kaum cina kepada mereka sekarang berada di paras 80% , India 70% dan melayu 60%. PKR cabang nibong tebal melihat sokongan melayu kepada dato non agak bertambah tetapi sokongan cina mereka yakin tidak berubah.
 
kehadiran anak anak anwar sebagai calon pkr di nibong sudah pasti akan mengubah lanskap poltiik di pulau pinang. soalnya sipakah yang akan menjadi mentor anak anak anwar di nibong tebal? apakah ketua cabanng pkr sendiri yang belum tentu dapat bertahan di dun sg bakap?dr pripal singh sudah bersedia menggantikan yb makhtar.Keseronokan yb makhtar mencatur calon calon pkr, silap silap namanya bakal digugurkan.
 
BK : KATA DATO NON BELIAU TIDAK AKAN BERGANJAK SEINCI DARI BUMI NIBONG TEBAL. BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN.