surat di atas di edarkan kepada setiap pengerusi qariah mulai kelmarin . terkejut juga BK mendapat satu salinan yang diberikan oleh seorang sahabat qariah. soalnya sekarang apakah benar malik kassim menjemput seluruh anak qariah hadir ke dalam majlis berkenaan atau ini merupakan kaedah sabotaj yang dibuat oleh malik kassim supaya majlis berkenaan hambar dan tidak dihadiri oleh mereka yang mencintai islam . di pulau pinang ramai dikalangan umat islam cukup marah dengan tindakan bebal kerajaan negeri yang sering berkonfran di dalam perkembagan syiar islam. pelik juga membaca surat berkenaan. bila pulak la kerajaan negeri nak sokong himpun sedangkan mereka bertegas tidak menyokong apatah lagi ini membabitkan pendedahan terhadap gerakan kristianisasi. pak ketua menteri LGE sah sah pengamal kristian yang kuat atau malik telah berkonfran dengan LGE. terlalu banyak tanda tanya.
MALIK KASSIM PERLU JAWAB DAN BUAT SIDANG MEDIA BAHAWA KAMU TIDAK MENGELUARKAN SURAT INI. UMAT ISLAM PULAU PINANG TOLAK MALIK KASSIM. MALIK KASSIM JUGA MEMANG NAK JAWATAN YDP MAIPP.TAPI MUNGKIN BERLAKU SEBALIKNYA WALAUPUN BK MELAPORKAN SEBELUM INI MALIK KASSIM AKAN MENDAPAT JAWATAN INI. BERDOALAH MOGA USTAZ ELIAS CEPAT SIHAT DAN MENERUSKAN TRADISI YDP MAIPP
KENYATAAN MEDIA YANG DI BUAT OLEH SEKRETARIAT HIMPUN SEBELUM INI
KEPALA BATAS – Selepas berjaya mengadakan dua perhimpunan di Selangor dan Perak tahun lalu, Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) bakal mengadakan Himpun peringkat negeri Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini pada 28 Januari ini.Menurut Pengerusi Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan itu terbuka kepada sesiapa sahaja bermula pukul 8 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Menurutnya, perhimpunan bertema ‘Selamatkan Aqidah’itu merupakan langkah terbaik untuk menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.“Kita mengundang pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah mengenai isu-isu terbaru tentang termasuk isu golongan tertentu mahu merosakkan akidah umat Islam,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai Himpun di Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas di sini.Mohd. Azmi berkata, perbuatan yang merosakkan akidah umat Islam tidak boleh dipandang remeh, termasuk ahli politik dan pemimpin Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di negara ini.
Menurut beliau, pihaknya sedia berdailog dengan sesiapa sahaja dalam menangani perkara itu.
Katanya, isu akidah dan isu Islam harus dihormati oleh mana-mana pihak dan mereka tidak harus menimbulkan prasangka buruk terhadap Islam
( TIDAK DINYATAKAN PENGLIBATAN KERAJAAN NEGERI DALAM SIDANG MEDIA INI. APAKAH MEMANG SAH MALIK KASSIM MENSABOTAJ ATAU INI PERMAINAN TEKTIKAL MALIK KASSIM DAN GEROMBOLAN NAK BUAT HURU HARA . SELEPAS KELUARKAN SURAT INI, MEREKA AKAN LAPORKAN KEPADA POLIS BAHAWA SURAT INI PALSU DAN PELBAGAI LAGI KENYATAAN AKAN KELUAR DARI MEREKA. TAK PERCAYA TUNGGULAHHHH.DAH TAHU SANGAT JAWAPANNYA)