
Selasa 4 Februari 2014 
Parti Islam SeMalaysia (PAS) 
telah mengadakan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya pada jam 9.00 malam, 
Isnin 3 Februari 2014 bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah 
membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah 
Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah 
berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya 
dalam PRU13 yang lalu. 
Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat 
maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR 
berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan 
Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk 
mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan 
Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit. 
Mesyuarat juga 
merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh 
Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 
2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer 
Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau telah dinafikan 
perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. 
PAS mendesak agar pihak Tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik 
kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman 
dan hak asasi manusia antarabangsa. 
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi 
Awang 
Presiden PAS
BK : SENYAP SEMUA PEMUDA PAS YANG HINGAQ SANGAT. MANA PI HANGPA ....KIH KIH .PORAHHHH

