Monday, May 11, 2015

ZAMAN TUN M LEBIH BANYAK BAIL OUT - DS SALLEH KERUAK



KOTA KINABALU: Tanah yang dibeli oleh Tabung Haji dari 1MDB bukan 'bailout' (menyelamat) jika dibandingkan dengan tiga langkah menyelamat utama yang dilakukan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, kata Speaker Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

"Perkataan 'bailout' adalah istilah negatif dan telah sengaja digunakan atau disalahgunakan untuk menyindir bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku," kata Salleh, yang juga Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Sabah di dalam blognya.


Salleh membangkitkan isu-isu 'bailout' di bawah era Dr Mahathir, memetik kes Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), yang dikatakan muflis kerana rekod pinjaman BMF yang buruk di Hong Kong, sambil menambah Petronas terpaksa menyuntik wang untuk menyelamatkan bank tersebut.

"'Bailout' berlaku apabila wang dipam ke dalam sebuah organisasi yang sakit tanpa sebarang pulangan ke atas wang itu.

"Sama ada anda menerima dividen atau anda tidak mendapatkan wang anda kembali.

"Perwaja adalah 'bailout' kerana jika wang tidak dipam ke dalam syarikat itu, ia akan muflis.

"Sekali lagi, tidak ada pulangan wang kerajaan yang dipam ke dalam Perwaja," katanya.

Salleh berkata kerajaan membeli balik saham MAS daripada Tajudin Ramli dan itu juga merupakan 'bailout'.

"Jika kerajaan tidak membeli saham tersebut, Tajuddin akan muflis. Kerajaan terpaksa membeli balik saham pada cara di atas harga pasaran," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa pembelian Konsortium Perkapalan Berhad oleh Petronas bukan 'bailout'.

Beliau berkata Mirzan Mahathir mahukannya pada harga RM2 bilion untuk membolehkannya menampung hutang RM1.7 bilion beliau.

"Tetapi Petronas hanya bersetuju untuk membayar RM1 bilion. Jadi Mirzan hilang RM1 bilion dalam perjanjian itu manakala Petronas kemudian menjual syarikat itu untuk keuntungan besar beratus-ratus juta."

Beliau berkata, keadaan seperti itu yang tidak boleh dianggap sebagai 'bailout' tetapi 'pembelian', walaupun jika Petronas tidak membeli syarikat itu, Mirzan akan menjadi muflis.

"Oleh itu, apabila Tabung Haji membeli aset dari 1MDB pada harga diskaun sedikit berbanding nilai pasaran, adakah anda memanggilnya 'bailout' apabila Tabung Haji tidak mengepam wang ke dalam 1MDB tanpa pulangan sekalipun, seperti yang berlaku dalam semua contoh-contoh lain di atas?" dia bertanya. - Mstar 

TI-M PULAK PERSOALKAN NAJIB




Transparency International-Malaysia (TI-M) hari ini menggesa Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan menteri kewangan susulan kebimbangan yang makin memuncak berhubung pengendalian syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Jawatan perdana menteri dan menteri kewangan seharusnya tidak dipegang oleh seorang individu pada masa yang sama, kata badan pemerhati anti rasuah itu yang memandang serius isu terbaru yang hangat diperkatakan, membabitkan Lembaga Tabung Haji dan 1MDB.


Presidennya Datuk Akhbar Satar berkata, amalan sedemikian bercanggah dengan prinsip "semak dan imbang" dalam Kabinet.

"Dengan memastikan menteri kewangan dan perdana menteri adalah individu berbeza, rakyat sedikit sebanyak akan mendapat jaminan yang pandangan berbeza dan pemikiran yang berbeza boleh mempertimbangkan keputusan kewangan secara wajar dan objektif," kata Akhbar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas percanggahan kepentingan yang berlaku dalam urus niaga antara Tabung Haji dan 1MDB dalam proses pembelian tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX).

Ia menyaksikan 3 anggota lembaga pengarah Tabung Haji turut memegang jawatan dalam 1MDB.

"Bukan semua keputusan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan, dan menteri kewangan mempunyai kuasa luas dalam tangannya membuat keputusan sendiri dalam negara seperti kita ini.

"Dari sudut integriti, ketelusan dan urus tadbir yang baik, tidak lagi sesuai meletakkan portfolio itu pada perdana menteri," kata Akhbar.

Katanya, mungkin pada masa lalu wujud keperluan dua portfolio itu dipegang seorang individu bagi tujuan kecekapan pentadbiran.

"Bagaimanapun, ketika ini, yang lebih penting ialah memastikan rakyat melihat proses yang sewajarnya dijalankan dan wang pembayar cukai dilindungi," katanya.

Sehubungan itu, TI-M menggesa Putrajaya tidak lagi melaksanakan amalan sedemikian dan melantik individu yang kompeten di Kabinet bagi mengisi jawatan menteri kewangan.

"Wujud keperluan mendesak untuk negara bagi menyaksikan perubahan struktur kepimpinan dalam menangani tuduhan-tuduhan kerajaan tidak mengamalkan 'bersih, cekap dan amanah'," katanya.

NAJIB SERANG TUN M .....POMPPPP

ACARA SAMBUTAN UMNO MALAM INI