Pada umumnya, pengauditan yang dijalankan mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam perancangan, pelaksanaan dan pemantauan oleh Jabatan/Agensi Negeri pada tahun 2011 yang saya laporkan dalam Laporan ini. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan.
Premium tanah yang dikutip setakat 30 November 2011 Pejabat Tanah SPU adalah berjumlah RM27.71 juta.Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos dan Disember 2011 mendapati pengurusan pemberimilikan tanah adalah tidak memuaskan terutama dari aspek pemantauan proses pemberimilikan sehingga pengeluaran Hak Milik Muktamad. Antara kelemahannya adalah seperti berikut:
Kelulusan pemberimilikan tidak berdasarkan penggunaan tanah semasa yang
menyumbang kepada kehilangan hasil Kerajaan berjumlah RM261,841.