Monday, December 17, 2012

PASCA E 13 : MAI PAKAT BACA APA YANG NUAR BRAHIM GEBANG DI PADANG AWAM JAWI PADA 15/12/12

 
APA YANG NUAR BRAHIM GEBANG PADA PERHIMPUNAN RAKYAT PENANG. MAI PAKAT BACA :
 
ANWAR IBRAHIM
 

nuar brahim dok ulas Lagu “anak kecil” yang dinyanyi dalam Perhimpunan Agong UMNO kepada masyarakat Cina. Bumi dipijak milik orang merujuk kepada tanah yang telah dimiliki oleh orang Cina dan India.
BK
 
bila masa pulak lirik lagu tu ditujukan kepda kaum cina dan india. lagu tu ditujukan kepada penjajah british . mai kita baca lirik lagu tersebut di bawah :
 
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi

Air mata darah bercampur keringat ( merujuk kepada pejuang melayu melawan penjajah seperti tok janggut, maharajalela, tok bahaman dll)

Bumi dipijak milik orang ( 446 tahun di pijak oleh penjajah portugis, belanda, british, jepun dan british semula

penulis lirik ialah tan sri nordin kardi bukannya nuar brahim. pi tanya nordin kardi la. jangan ambil kesempatan. kenapa lagu ni hang nuar tak ulas sebelum ini. oooo sebab lagu ini dinyayikan masa perhimpunan agung umno? nuar main sentimen kebencian lagi.
 
NUAR BRAHIM
 
Ketua-Ketua UMNO banyak dapat “AP”.bayar “AP” Cuma 50 sen tapi jual dapat RM50,000.
Begitu juga permit Teksi, Pemandu Teksi tertekan Cuma dapat 4 tayar. Permit teksi juga akan hanya diberi kepada pemandu sendiri.
 
BK
 
Buku Dailog untuk Keadilan Edisi 2, Penerbit Ikhwan Kamil, dicetak oleh Excellent Connection. Cetakan Pertama May 1999 dan cetakan kedua Ogos 1999 telah memaparkan senarai kroni-kroni ANWAR IBRAHIM semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Meneliti nama-nama dalam senarai tersebut amat mengejutkan ramai ahli-ahli UMNO, terdapat seramai 28 nama yang tidak asing dalam kedudukan kepimpinan UMNO pada awal tahun 1990an. Senarai nama adalah seperti berikut:

Bil. Nama DAN Jumlah Syarikat

1. Yusuf bin Jusoh 34
2. Ghazi@Hasbullah bin Hj.Ramli 41
3. Dato Nasaruddin Abdul Jalil 111
4. Dato Ahmad Zahid bin Hamidi 95
5. Dr Abdul Rahim bin Md Ghouse 44
6. Dato Wan Ismail bin Wan Salleh 12
7. Dato Wan Ismail bin Abd.Rahman 15
8. Tahrin Bin Mohd Yusof 1
9. Malek bin Mansor 1
10. Azmi bin Tan Sri Abdul Hamid 8
11. Johari bin Abdul Ghani 14
12. Norhashimah bt.Ahmad Tajudin 3
13. Zulkifli bin Abdullah 2
14. Ahmad Jamali bin Sephie 3
15. Dr Munawar Ahmad Aness 4
16. Sukma Darmawan Sasmitaatmadja 13
17. Dato Nalakaruppan AL Solaimalai 9
18. Encik Khalid 7
19. Dato Ibrahim bin Abdul Rahman 48
20. Dato Ahmad Nazri bin Abdullah 27
21. Dato Haji Ahmad Bin Saad 51
22. Marzuki bin Ibrahim 9
23. Dato Hj. Mohd Sarit bin Hj. Yusoh 80
24. Dato Ishak Bin Ismail 4
25. Ruhanie bin Ahmad 42
26. Dato Hj. Ahmad bin Ismail 30
27. Mohd Ali bin Mansor 4
28. Hamdan bin Mohd Taha 14
29. Wan Jusoh bin Wan Kolok 10
mujuq selepas nuar kena pecat amalan kroni dah berkurang dan hilang sedikit demi sedikit
 
NUAR BRAHIM
 
Pulau Pinang belanjawan lebihan RM2 billion, Selangor lebihan RM2.4 billion, kemudahan kepada rakyat jauh lebih banyak. Dia lebih tahu kerana 8 tahun sebagai Menteri Kewangan jika disbanding dengan DS Najib yang baru 3 tahun setengah saja. Kalau Negara berhutang, maknanya rakyat hutang. Kalau dia tak kena bayar sekarang anak dia yang kena bayar masa depan.
 BK
 
lebihan belanjawan melebihi rm 2 billion. aik guan eng pun tak habaq dia boleh habaq. mana data. tabungan pulau pinang baru rm 1.3 billion dan disimpan dari zaman bn bernilai rm 830 juta. ada faham ka. rujuk la akaun kerajaan negeri nuar oiiii. jangan dok bohong orang penang .
 
NUAR BRAHIM
 
Beliau janji turunkan tariff letrik. Harga letrik tinggi sekarang kerana IPP (Syarikat Penjana Letrik Bebas) seperti Genting, YTL,Malakof (Syed Mokhtar) dan PD Power (Ananda Krishnan) diberi peruntukan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM20 billion. Syarikat-syarikat ini untung Berbillion RM, beli bahanapi dari Petronas dengan harga murah dan menjual tenaga kepada TNB dengan harga yang tinggi sehingga TNB terpaksa menekan pengguna dengan tariff yang tinggi kerana tidak mahu rugi. Bila kerajaan diminta runding semula dengan IPP mengenai harga, kerajaan takut dan tak buat malah beri lagi kepada IPP. Ini dasar ekonomi yang tidak waras. Jika menang Pakatan akan buat rundingan semula tanpa IPP rugi dan kerajaan dapat jimat RM3billion dan rakyat dapat bekalan letrik pada harga yang rendah.
BK
 
yang buat IPP ni siapa. tahun 1993 siapa menteri kewangan malaysia. siapa yang pi hadir mesyuarat dengan EPU zaman tun mahathir jadi pm. siapa yang dok balas rm 100 juta dari keuntungan malakoff. dato astamam kan dah cerita nuar balas untung dari ipp. la ni dia teriak sebab tak dapat habuan  
NUAR BRAHIM
 
UMNO kata tanpa UMNO Melayu akan hancur. Nasib Melayu akan lebih baik tanpa UMNO dan tidak akan nada rusuhan kaum jika Pakatan menang.  Lebih rela jadi alat Cina yang baik dari jadi alat kepada Chua Soi Lek.
 BK
Tahniah la nuar rela jadi alat dap. nuar nak jadi pm tapi rela jadi alat dap. pm boneka lah namanya tu. Allah maha berkuasa buktikan nuar boneka dap. nuar dah ngaku secara terang terangan
NUAR BRAHIM
 
Dalam masa 24 jam selepas menang, Pakatan janji akan turunkan harga minyak.
 BK
 
aku cabar nuar umum jika pakatan menang harga minyak jadi rm 1.05 selama 5 tahun. umumkan nuar. jangan dok cakap dan janji. rakyat mau tau berapa banyak yang hang nak turun dan jangan pulak turun harga minyak naik cukai dan insurans
 
NUAR BRAHIM
Pendidikan kepada semua kaum akan diberi pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke Universiti dan PTPTN serta hutang PTPTN akan dihapuskan. Toll Utara-Selatan juga akan dihapuskan. Negara tak akan bankrupt, kenapa hutang kroni boleh dihapuskan sedangkan faedah untuk rakyat tidak boleh.
BK
 
masa dia jadi menteri dan tim perdana menteri dan perdana menteri sebulan mengapa tak hapuskan tol. kenapa tak bantah tol. menteri kewangan masa tu buat apa
 
banyak lagi nak Bk ceritakan. tapi dah bosan dengar. bab hutang negara, rasuah, lembu dan semua lagi yang kena batang hidung dia balik